Salam hi semua!

Harini sejuk beno. Cek suhu paling sejuk cecah 24darjah.

Ok kiter pegi terus pada tajuk! :p

Last weekend aku pegi makan dengan kengkawan. Aku makan Nasi Goreng Embah Special. Ni haaa..


Pernah makan? Sedap! Saper belum pernah makan, pi makan dekat Kedai Sebelah. Hipster restoran around Kelana Jaya. Harga sepinggan, RM8.50.

Nasi Goreng Embah ni, ader 2 versi;
  1.  Nasi Goreng Embah
  2.  Nasi Goreng Embah Special
Bezanya cuma, yang biasa tu takde ayam goreng dengan telur. Harga agak murah skit. Maybe dalam RM6. Nasi ni takde set. Sebab dekat situ, kalau order air kosong memang FREE. :)

Tadaaaa, Kedai Sebelah!


Sape belum try sini, pegi serbu!

Kedai Sebelah,
Alamat: 02, Jalan SS6/20A, Kelana Jaya, PJ Selangor.
Waktu Urusan: 9.30pg-12pg, Sabtu tutup.
Fon: +601123181463

OkBai,
ASTraveler

Nasi Goreng Embah Special

Tuesday, January 24, 2017

Nah last minit join GA dari MF

Mana tau ada rezeki kan? hahah! Kalau korang nak join, sempat lagi ni.. jom jom, jangan lupa klik banner kat bawah ni,



Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.

http://myafarisha.blogspot.my/2016/12/new-year-giveaway-by-mf.html

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah:

Grand Top Referral : RM100

Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)

Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners

*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*

Goodluck,
ASTraveler

New Year Giveaway by MF

Wednesday, January 11, 2017

Assalam hi!

Korang nampak tak dekat sidebar ada side untuk TOP KOMENTAR? So sekarang ni, aku nak start buat, siapa yang tersenarai dalam 2 orang paling top komen dalam blog aku.. Aku nak bagi hadiah.



So, rajin-rajinla korang komen dan borak kat sini ek :p

Setakat ni dari tahun lepas, JM paling teratas. Bulan depan kalau tak berganjak. Memang kena contact 2 orang top 2 yang tersenarai tu. hihi..

Tunggu!

OKBai,
ASTraveler

Top Komentar

Tuesday, January 10, 2017

Salam,

Korang pernah dengar lagu ni?

Aku tak suka lagu dia, sebab tak sedap. Tapi lirik dia, agak bagusla banyak nasihat..


Lirik Lagu Altimet – 

Amboi Kalau Tinggal Rumah Sewa 
Tapi Beli Kereta Mewah, 
Amboi Amboi, 
Kalau Mahu Gaji Besar Tapi Kerja Sambil Lewa, 

Amboi Amboi. Amboi Amboi, 
Amboi Amboi (loop).

Mari-mari Tuan Puan Akak Adik Abang Dengar Ini Cerita, 
Ambil Teropong Kaca Mata Tengok Jenguk Dipersila, 
Nak Panggil Waras Susah Tak Baik Kalau Gelar Gila, 
Sebelanga Susu Rosak Akibat Dua Tiga Titik Nila. 

Bila Masuk Kerja Tak Pernah On Time, 
Lepas Masuk Kerja Dia Terus Online, 
Tak Boleh Buat Kerja Sibuk Jaga Hal Orang Lain, 
Tangan Mengelat, Kaki Mengular, 
Mulut Celupar, Lambat Masuk, Awal Keluar. 

Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas, 
Siapa Rasa Pedas Kata Aku Main Cakap Lepas, 
Ambil Baju Ukur Kat Badan Sendiri, 
Baru Tahu Kena Setepek Ke Tempias Sipi Sipi. 

Kalau Tinggal Rumah Sewa Tapi Beli Kereta Mewah, 
Amboi Amboi, 

Kalau Mahu Gaji Besar Api Kerja Sambil Lewa, 

Amboi Amboi. Amboi Amboi, 
Amboi Amboi (loop). 

Tak Baik Tau Pedas Kaw Kaw, 
Eh Tak Boleh Gurau Duduk Surau, 
Ambil Mc Fb Mengadu Kat Sb Dan Mcmc. 
Tarbiyah Sentap Punca Pendekar Papan Kunci Rentap, 
Masa Mengkritik Cekap Lepas Itu Confirm Lenyap, 
Keberanian Atas Talian Kejadian Harian, 
Omong Kosong Terus Disajikan. 

Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas, 
Siapa Rasa Pedas Kata Aku Cakap Lepas, 
Semua Ambil Baju Ukur Badan Sendiri, 
Mana Tahu Kena Setepek Ke Tempias Sipi Sipi. 

Kalau Tinggal Rumah Sewa Tapi Beli Kereta Mewah, 
Amboi Amboi, 

Tujuh Kali Pergi Usrah Sudah Pandai Tepis Fatwa, 
Amboi Amboi. Amboi 
Amboi, Amboi Amboi (loop). 

Sampai Bila Orang Kita Layu Ditolong (x2), 

Ketua Kampung Gadai Tanah Untuk Sepitis Wang Saku (x2), 

Tapi Apa Aku Tahu Aku Cuma Tulis Lagu (x2), 

Bukan Nak Sekolahkan Korang Aku Bahasakan Aku (x2). 

Amboi Amboi (loop).

Terbaikkan. Semua kena! :p

ASTravel

Lagu Amboi -Altimet

Salam,



semalam layan movie ni. Tiket 2 orang RM25 dengan GST tanpa popcorn bagai :p Saje nak layan semalam. Sebab tengok trailer movie ni macam best.

Bila dah tengok, rating aku boleh bagi 3.5 bintang dari 5. Takla sampah sangat, dan takla seram/menakutkan sangat.. huhu..

So korang bolehla tengok dan nilai sendiri..

Ni ada sikit review

The Icebreaker

The movie is based on the 1985 Russian tragedy, where an icebreaking cargo vessel named "Mikhail Somov" gets trapped and drifts in Antarctic ice for 133 days. The crew battles the unforgiving weather and the pressure is on the captain to safely manoeuvre the ship, as one wrong move can bring catastrophe to everyone on board.

Language: English
Classification: P13
General Release Date: 05 Jan 2017
Genre: Adventure
Running Time: 1 Hour 32 Minutes
Distributor: Rainfilm Sdn Bhd
Cast: Pyotr Fyodorov, Sergey Puskepalis, Anna Mikhalkova, Olga Filimonova
Director: Nikolay Khomeriki
Format: 2D

Sumber: http://www.cinema.com.my/

Okbai,
ASTraveler

The Icebreaker 2017

Salam,

Join ni, jom.


Nak join, klik banner kat atas ni.

ASTraveler

Pencarian Bloglist Januari & Februari 2017

Salam,



Paling sedih pagi ni. Dapat tahu akaun kucing kesayangan dah kena hack. Tak tau nak buat macamane. Email dah tak boleh log in. No fon untuk backup kebetulan memang dah tak guna.. Dahla banyak gambar kenangan dalam tu..

So,..... So tinggal page jela.. OyenTheCat

Tak boleh nak buat apa-apa.. :(

Instagram @_oyenthecat Kena Hack

Salam hi,

Sape sini kaki wayang? Dah register jadi GSC member? Sape yang belum, korang boleh register free jer dekat webiste GSC.

Ada 2 reward yang kita bole dapat.


Yang bestnya Birthday Vouchers la. Diorang akan bagi free 2 tiket voucher, dalam bulan besday kiter. Nak redeem senang jer. Print out, borang yang diorang kasi via emel,

Just isi nama, IC, tarikh lahir dan Login ID. Biasanya Login ID ni cuma emel yang korang guna untuk daftar.

Redeem on the spot di kaunter, mana-mana GSC terpilih. Then, korang akan diberi pilihan movie mana yang korang nak tengok. Dalam 5 movie terpilih jugakla, tapi terhad. So nak redeem pun kena cepat-cepat. Kalau lambat, takut citer yang tak bape nak best je tinggal. So kalau dah dapat notification dari GSC untuk reward ni, korang cepat-cepatla redeem ok :D

Biasala benda free kan?

Dari pilihan movie tu, kalau nak tengok yang 3D, kena tambah RM5.50 kalau xsilap untuk each ticket.

Reward untuk diskaun dari GSC tu, aku tak pernah try lagi. Tapi tu terhad untuk di sesetengah GSC jer..

Okla tu je nak bagitahu :p

Bai,
ASTraveler

Golden Screen Cinema, Member's Reward

Monday, January 9, 2017

Salam,

Haritu aku dapat 2 tiket FREE dari GSC sempena birthday aku bulan ni..Opss! :p


Then semalam baru pi redeem. Kalau birthday gift ni, ada beberapa movie je kita boleh pilih. Ada 5 movie tak silap aku semalam. Dan aku pilih Assassin's Creed (Rukun Asasin). Tak sempat nak review, so tengok jelah. Free je kan?



Ada dua time je yang ditayangkan semalam. Paling awal pukul 7pm, paling lewat 12.10am. So aku pilih pukul 7pm. Standby maghrib dulu, then dalam pukul 7.30pm aku masuk.

Dah start citer so blur kejap..

Cuba nak pahamkan....

Sampai habis cerita, kepala rasa berat. hahhaa! Sebab apa? Ok, ni nak kasi review sikit.

Overall, cerita dia agak berat untuk dipahamkan, kecuali gamer tegar Assassin's Creed ni, maybe diorang boleh paham. Cerita berunsurkan keugamaan, kitab lama dan sejarah lama diorang. huhu

So, aku bagi 2 bintang jer. Nasib baik free!

OKBai,
ASTraveler

Filem Assassin's Creed

Nak try join GA Abam Kie. Mana tau ada rezeki kan.? :p

Saper nak join boleh klik banner kat bawah ni, jom!

http://www.zukidin.com/2017/01/back-to-school-giveaway-by-abam-kie.html


OKBai,
ASTraveler

Back To School Giveaway by Abam Kie

Sunday, January 8, 2017

Salam semua,

Dalam seumur hidup ni, korang pernah belah gusi tak? Sebab gigi geraham bongsu tumbuh senget? :p Belah gusi ni, 2 kali aku kena. Kiri kanan..! Pengalaman ngeri betul, huaaaa

1st dulu, aku tak tahu pun pasal belah gusi. Ni dah kena batang hidung sendiri, barula tahu. Kalau gigi geraham bongsu tumbuh senget sampai tolak gigi yang ada kt depan dia, memang doktor akan suruh buang gigi tu. Cara nak buang/cabut,

kena belah gusi! :O

Gini La kot contohnyer. Gigi tumbuh senget


Mula-mula nak pegi klinik, jumpa doktor gigi tu. Adui, takutnyer..

Tujuan aku pegi klinik dulu pun, mula-mula ingat nak tanya je. Kalau ada cara lain selain belah gusi.. Mana la tau ada cara lain kan? Dengan harapan tak payah susah-susah nak belah gusi..

Pegi klinik, doktor cek. Memang wajib kena belah gusi dan buang gigi tu. Sebab kalau kita biar, doktor kata akan efek pada gusi dan efek pada jiran gigi yang lain. Gusi jadi bernanah, lepas tu, gigi lain pun nanti rosak. Sebab ada jangkitan kuman kan.

Boleh tahan ke macamtu?

Kali pertama, disebabkan aku takut giler. Aku pegi private. Kos dia RM600. Buat dekat kampung. huhu. Takut nak buat dekat gov kan, baca dekat banyak forum dorg kata government buat kasar dan sakit, tu sebab bayar murah.

So, terpaksala keluar duit banyak. Konon dekat private tak sakit. huhu

Dekat private, dalam 10minit siap. Cepat doktor tu buat. Yela bayar pun mahal kan. Masa belah gusi dan cabut gigi geraham tu memang tak rasa sangat. Mungkin ubat bius dia letak banyak. Sampai rasa bibir, gusi ni rasa tebal giler..

Balik rumah, habis ubat bius. Nah amik, rasa dia sakit giler. Nangis!

Seminggu jugak aku dok umah.. huhu

Kali kedua, setahun++ kemudian. Gigi sebelah lagi pulak kena, adui..


Benda yang paling aku taknaklah selalunya terjadi.. Terpaksa hadapla nampaknya. Sebab simptom dia sama je macam sebelum ni..

Tapi kali ni, pegi government.

Memang beza, dulu masa buat private dalam masa 10minit siap. Tapi masa buat dekat government, agak-agak dalam sejam jugak. Tapi bayaran dia sangatla murah. RM1 daftar. Lepas tu bayar kos belah gusi tu RM50.

Cuma lama, dan ada kesilapan sikit. Masa doc nak cabut gigi tu, ada serpihan sikit tinggal. Aku dah risau. huhu..Takkan kena belah lagi kan? huhu. Doc tu ukur gigi yang tertinggal dekat gusi tu. Kurang dari 3mm kot.

Dia kata kalau kurang dari 3mm mcmtu..Xperlu buat apa-apa dah. OK. Nasib baik. Kalau lebih 3mm (lebih kurangla aku pun tak igt) memang kena cabut jugak kata doktor. huhu..

Lepas habis ubat bius, macam biasala meraung!

Tu la dia pengalaman belah gusi..Gigi aku tak pandai nak tumbuh elok. Menyenget lak dia huhu..

Pada yang memang kena belah gusi tu..Memang kena buat.. Tak boleh lari dari kenyataan dah hahhaa..Cuma, pilihla nak buat dekat Gov atau Private. Kalau private sekarang tak tahu la, berapa dah kos dia. Sebab yang aku buat dulu tu, takde GST lagi masa tu.

Tapi mana-mana korang buat pun, lepas ubat bius sakit dia sama je. Memang tak boleh nak lari.. hahhaa!

OkBai,
ASTraveler

Belah Gusi

Friday, January 6, 2017

Salam, hi all.

Sempena tahun baru 2017 ni, aku teringin lagi nak buat GiveAway. Saje nak tambah lagi kenalan...


Macam tahun lepas aku bagi buku Travel & tabung.


"Pstttt, ada satu tabung aku pos pecah sampai kat tuan nyer.. Tapi sampai sekarang aku belum post lagi. Sebab aku hilang nombor dia. Tabungnya ada lagi. Aku harap dia bacala post aku ni. Dan try contact aku balik huhu.."


Ok kita sambung ceriter... GA kali ni aku nak bagi hadiah yang aku rasa semua orang pakai.



1. 3x Topup RM10 untuk 3 pemenang
2. 3x Topup RM5 untuk 3 pemenang

So total yang akan aku pilih adalah 6 orang. Syarat kali ni, simple jer..

Korang kena ikut 3 syarat kat bawah ni,


1. Follow blog ASTraveler

2. Tag 3 orang kawan
3. Post entry bertajuk "Give Away by ASTraveler - 6 Jan 2017- 6 Feb 2017" dekat blog korang dan copy sekali Logo kat bawah ni beserta backlink post ini.





Done!


So, apa lagi. Jom arr join! Ajak kengkawan sekali ek! :p TQVM


Senarai Peserta:


1. http://min-mi.blogspot.my/2017/01/622016-give-away-by-astraveler-6-jan.html

2. http://cikdylah.blogspot.my/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
3. https://belogsjm.blogspot.my/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
4. http://mellyacrayola.blogspot.com/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
5. http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
6. http://littlesnorlax.blogspot.my/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
7. http://www.huhahuhajerr.com/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
8. http://www.nooratikahramli.com/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
9. http://hati-dan-bicaranya.blogspot.my/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
10. http://bluechoralpearl.blogspot.my/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
11. http://deariescouple.blogspot.my/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
12. http://aimanziyad.blogspot.my/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
13. http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
14. http://bajetciputselerabesar.blogspot.my/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
15. http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
16. http://www.adianiez.com/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
17. http://messarah.blogspot.my/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
18. http://www.syahidahfadilah.com/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
19. http://muslimahsejati96.blogspot.com/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
20. http://jombercontest.blogspot.my/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
21. http://www.syuhadasalleh.my/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
22. https://unnianje.blogspot.my/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
23. http://www.jun-zie.com/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
24. http://nrzr-chryblsm.blogspot.my/2017/01/giveaway-by-astraveler-6-jan-2017-6-feb.html
25. http://theieraziera.blogspot.my/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
26. http://at-tarmizi.blogspot.my/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
27. http://jom-santai-aje.blogspot.my/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
28. http://www.sayidahnapisah.com/2017/02/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html
29. http://kanvaskehidupanku.blogspot.my/2017/02/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html

P/S: Dah join tu, jangan lupa komen dan paste link post korang dekat bawah ni ek.. Pemenang akan di pilih secara random, di area komen kat bawah ni :D


Selesai,

ASTraveler

Give Away by ASTraveler - 6 Jan 2017- 6 Feb 2017

Salam,

Pernah tengok Filem Resident Evil (R.E)?

19 Januari 2017 ni, dah nak keluar dah yang final sejak sekian lama..Resident Evil, The Final Chapter.

Pelakon utama dia, Milla Jovovich. Cun wei, orang Ukraine! Heroin dia memang tak pernah tukar. Si Milla tu jerla.. Dalam movie tu, nama dia Alice.

Mula-mula aku ingatkan heroin dia si Jill Valentine tu, rupanya bukan. Si Alice tu lagi super kuat. hahha!

Movie ni start dari Tahun 2002. 1st time aku tengok dulu, pada tahun 2004 kalau tak silap, bertajuk Apocalypse. Aku terbeli CD yang orang dok jual, seller yang datang jual dari bilik ke bilik dekat Kolej Mawar, UiTM dulu. hahah!

Aku main beli je masa tu, tengok cover macam best. Padahal R.E Apocalypse, dah siri yang kedua.

Bila best layan R.E Apocalypse, aku mula terjebak dengan movie ni, then sampai sekarang still follow!

Walaupun ada certain-certain part yang agak tak logik, tapi still the best bagi aku. Sampai game pun aku layan, tapi takut hhaha!

Marathon kita balik dengan movie ni,

1. Resident Evil (2002)
2. Resident Evil: Apocalypse (2004)
3. Resident Evil: Extinction (2007)
4. Resident Evil: Afterlife (2010)
5. Resident Evil: Retribution (2012)
6. Resident Evil: The Final Chapter (2016)











Paling syiok, Resident Evil: Extinction (2007). Memang banyakali kot tengok. Tak jemu. So, Final Chapter ni memang tak sabar nak tengok apa kesudahan yang selama ni tak habis-habis. Maklumla ketua orang jahat tu kuat. Cipta sesuatu untuk diri dia kuasai dunia dan biarkan semua orang dalam dunia ni, kena virus jadi hantu. Macam-macam. hahaa..

Pada siapa yang belum pernah tengok movie ni, korang carila mana-mana pegi download. Tengok dari mula sampai Final Chapter yang bakal ditayangkan pada 19 Jan 2017 ni..

Tak sabar wei! Harap-harap jalan cerita dia best..

Nah kasi tengok sikit Official Trailer, R.E The Final Chaper,


 Sape kat sini perminat filem ni? Kita geng!

OkBai,
ASTraveler


Resident Evil

Thursday, January 5, 2017

Salam,

Pada siaper yang belum pernah jejak Puncak Kinabalu, nahh tengok!

Puncak Kinabalu Sebelum Ke Puncak Laban Rata

View dia jangan cakapla, memang #Awesome!

Pada saper yang berhajat nak pegi hiking Mt Kinabalu, boleh roger aku. Sebab ada kawan dekat sana, boleh tolong uruskan :)

OKBai,
ASTraveler

Virtual Tour Mount Kinabalu

Wednesday, January 4, 2017

Salam,

Saper yang belum pernah jejak gudang barang sukan Sport Direct.. Nah, tengok ni..
 

Melambak-lambak barang. Memang rambang mata wei. Harga barang pun not bad!

Cawangan Sport Direct yang ada dekat Malaysia ni,

1. Sports Direct Tesco Ipoh Garden Mall

2. Sports Direct Tesco Rawang

3. Sports Direct Intermark Mall, Kuala Lumpur

4. Sports Direct Sunway Putra Mall

5. Sports Direct Mont Kiara

6. Sports Direct Mid Valley Megamall

7. Sports Direct Atria Shopping Gallery

8. Sports Direct Subang Jaya Flagship Store

9. Sports Direct Tesco Puchong

10. Sports Direct Tesco Extra Bukit Tinggi, Klang

11. Sports Direct IOI City Mall

12. Sports Direct Tesco Extra Seberang Jaya

13. Sports Direct Udini Square, Penang

14. Sports Direct Hatten Square

15. Sports Direct Aman Central

16. Sports Direct Tesco Extra Desa Tebrau

17. Sports Direct KSL City Mall

Sekarang ada lagi satu gudang sukan terbesar selain SportDirect ni, iaitu Decathlon Malaysia. Barang murah! Alamat dia,

8trium, 8trium @ Bandar Sri Damansara, Sri Damansara, 8trium @ Bandar Sri Damansara, 52200

Cawangan tak banyak lagi!

OKBai,
ASTraveler

Virtual Tour Sport Direct


Assalam,

Rasa dah lama tak buat GA. Tahun lepas alhamdulillah berjaya buat dan tahniah pada yang dah dapat hadiah.

Errr,....

Cuma ada sorang sajer peserta yang dapat tabung, tapi pecah. Mungkin aku bungkus tak  bape cantik kot. Maaf sangat-sangat. Then aku belum ganti lagi, untuk tabung baru..

Kalau awk baca ni, boleh tolong wasap saya balik tak? +6011-14922333 Tabungnya ada, tapi belum sempat di pos.

Untuk next GA ni, nak bagi apa pulak ek? :D

***Kena pikir habis-habis dulu!

OKBai,
ASTraveler

GiveAway!

Tuesday, January 3, 2017

Salam semua,

Pernah makan tak dekat Restoran Mai Rasa, Seksyen 7 Shah Alam?

Maveles la diorang punya masakan. Setakat yang aku try semua sedap-sedap.

Antaranya,

1. Sizzling Mee
2. Tomyam
3. Nasi Kambing Bakar Nangis **recommended.

Nasi Kambing Bakar Nangis ni memang maveles. Kawan dah try. Daging bakar dia. pergh...

Lumayan! Tak silap set ni RM10.00



Maaf gambar senget-senget. Wakaka!


Antara menu-menu yang ada...





Kalau tengok dekat list harga diorang, takde la mahal. Okla.. Puas hati.

So pada sape yang nak try makan sini, boleh #waze alamat kat bawah ni.

Restoran Mai Rasa,
18, Jalan Plumbum Y7/Y, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor 40000.

Waktu Operasi,

Isnin - Ahad (Tiap hari bukak)
04:00 PM - 12:00 AM

Maaf, gambar menu Nasi Daging Kambing Gambar tak dapat nak share, lupa nak snap gambar huhu!

OKBai,
ASTraveler

Restoran Mai Rasa


Assalam,

Tetiba je rasa nak tulis pasal isu "Remaja Panjat Signboard Ipoh"

Korang agak-agak, ini contoh terbaik ke untuk dunia outdoor?

Bagi pendapat akula,

Ini contoh yang kurang baik.

Sebab apa?

1. Langsung takde pakai apa-apa alat keselamatan.
2. Ceroboh kawasan larangan, papan tanda milik Majlis Bandaraya Ipoh.

Aku tahu korang hebat, berani panjat signboard yang agak tinggi tanpa alat keselamatan. Siap gantung hammock atas tu. Terbaik! Tapi silap korangla, panjat ditempat yang kurang sesuai. Tempat larangan. Maksud aku menceroboh..

Kalau dibenarkan oleh pihak MBI (Majlis Bandaraya Ipoh), aku rasa takde masalah kot.

Macam dunia outdoor lah. Kalau nak naik gunung mana-mana pun, kena ada permit dan pastilah pihak terbabit mengutamakan aspek keselamatan kan?

Then lagi satu contoh, musim hujan. Ada sesetengah gunung, pihak yang bertanggungjawab akan tutup trek kalau gunung tu mengundang bahaya kalau naik time hujan. So, kita yang plan nak naik time tu surela batalkan hasrat dan pinda hari lain kan?

Ke ada yang tak nak dengar kata? Nak naik jugak gunung tu, walau trek tutup?

#JanganKecam ok. Tapi lau nak kecam, up to you lah. Sebab masing-masing ada pendapat yang tersendiri kan?

Paling penting sekarang ni, yang salah tetap salah.

Semoga group budak-budak tu one day dapat harumkan nama negara.. Siapa tahu kan? :)

P/S: Mak bapak korang tak marah ke, naik signboard tu? Kalau mak bapak aku dah lama kena marah. Mesti diorang akan kata, "buat apa naik signboard tu, buat kerja bod** jer..".

OKBai,
ASTraveler

Panjat Signboard Ipoh

Chit Chat

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.