Hi semua.

Kali ni aku nak update, ada satu restoran dekat Seksyen 7, Shah Alam ni memang agak murah.

Lunch dekat Restoran Hot Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah.

Ni 1st time aku singgah. Sebab dah tak tahu nak makan apa, lunch haritu.

Bukan harini ek. 

Set Nasi Kukus dengan Ayam Goreng Berempah dia.. Just RM5.50. Air dekat dalam balang FREE.! Ada dua balang;

1. Air suam
2. Air Manis.

Time aku singgah haritu, dapat rasa air sirap campur ape entah. Yang ni versi sejukla. Berais. Tapi takde ais ketul-ketul dekat dalam gelas :p



Nahh tu dia murahkan? Sekali makan, RM5.50 untuk set Nasi Kukus. Banyak pulak tu. Air free jer.. Tapi kalau tak suka air Free tu. Nak order lain pun boleh, tapi kena bayar.

Haritu, aku order;

1x Set Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
1x Nasi Putih + Tomyam Ayam Pedas
1x Telur Dadar
1x Milo Ais
2x Air sirap (FREE)

Total: RM15. ada sen sen. Aku lupa :p Kenyang beb, murah pulak tu..

P/S: Set Nasi Kukus cedok sendiri. Air free pun amik sendiri. Lain-lain order jer diorang hantar.

Tomyam dia memang not bad.



Ala, lupa nak snap gambar kawan aku makan set Nasi Kukus :p hahaha

Takpelah. Nanti korang tengok sendiri.. Yang penting sedap!

Nak cari kedai ni, aku tak sure alamat. Google pun tak jumpa sebab aku rasa kedai ni baru bukak. Terletak sederet dengan Kedai Gadgets World 666.

Korang waze jalan ni,

 Jalan Plumbum X 7/X, Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam. InshaAllah jumpa.. Kalau salah sorry :D

OkBai,
ASTraveler

Hot Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

Thursday, December 22, 2016

Salam hai!

Dah lama tak post blog. Sekarang dah nak masuk minggu kedua bulan Disember 2016. Oh, lagi beberapa hari je lagi nak masuk tahun baru 2017.

Apa plan?

Nak cakap pasal plan, memang semua benda kita nak buat kan? Itu lah, ini lah.
Last² satu pun tak dapat buat, sebab tak tahu yang mana satu nak buat hahaha!
Lately aku busy sikit, dengan kerja² partime. Making album lah, shoot sana sini. Penat wei. Tapi sabar jelah. Hidup mesti diteruskan.

So, balik pada topik. Kali ni macam lain sikit topiknya. Bout diet. Actualy aku nak start diet balik, macam 3tahun yang lalu. Try la #eatclean.

Er, sebab apa tetiba nak diet?

Sebab badan ni makin lama makin comel. Hahah. So berdiet lah sekarang ni. Baru bape hari start. Tadaaaa, ni #breakfast pagi tadi. 

Scramble Egg Sandwich Blackpepper


Nilai kalori (kcal) dalam 185kcal. Sikit kalori nya sebab homemade maybe. Saya refer aps yang boleh kira kcal makanan. Nak kata tepat sangat tu, tak jugak. Tapi at least kita tahu nilainya +-.

Sebelum aku mula diet yang seimbang pada tahun 2013, memang kena banyak membaca.

Antara blog yang aku baca dan refer;

2. Zaki Khan (Kalau nak eatclean/built body)

Memang banyak info untuk kita tahu dan paham sebelum kita nak mulakan apa-apa jenis diet sekali pun.. Jangan main taram jer. Tak paham konsep, lepas tu diet. Bila diet tak kurus-kurus, nak salah kan siapa? hahahaa!

Bagi aku, dalam banyak-banyak diet. Aku pilih diet yang seimbang. Taknak diet yang mengarut-ngarut sampai boleh jejaskan organ dalaman kita dsb.

Okla,

setakat ni je dulu aku nak share. Nanti aku share lagi siap resepi diet yang aku try dekat rumah :D

Bai,
ASTraveler

Diet

Thursday, December 8, 2016

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.