salam,

Sekarang aku dekat Kuantan, Pahang. Ade wedding job dekat sini 28/29 May. So decide lepak Kuantan dari Jumaat lepas sampai esok, Isnin. Orang kata, kerja sambil jalan-jalan.

Tak jalan sangat pun :p busy!

Jumaat petang bertolak dari Kelana Jaya ke Kuantan, dalam jam 8.40pm sampai. Malam pertama stay dekat YB House. Semalam RM35 jer. Malam seterusnya stay dari Sabtu sampai Isnin, RM100 sajer, dekat Pan Homestay. Bilik selesa!

Cari dekat Trivago via Booking.com. Murah!

So lepas sampai tu. biasala kelaparan. So search dalam map, restoran mana yang sedap. Tengok suggestion, keluar Sara Thai Kitchen.

Sedap jugak kalau pekena tomyam panas, nasi dengan telur dadar. My feveret! Aper lagi, jom jom!

Ramai jugak orang makan situ, mesti sedap. So, kitorang order;

1x Nasi Putih
1x Tomyam Ayam
1x Telur Dadar
1x Nasi Goreng Udang Berlada
2x Air Kosong

Total semua dalam, RM23+-
 


Tomyam dia not bad, sedap. Tapi rasa dia bukan macam tomyam yg kiter selalu makan tu. Ade jugak member yang tak suka dengan rasa tomyam ni. '

Saper pernah makan tomyam dekat RakThai Amcorp Mall (banyak cawangan rasanya)
, taula kot rasa dia macamane. :)  

Telur dadar. Kosong, takde bawang, takde cili. Tapi still sedap, my feveret kekkee. (Buat sendiri pun boleh! :p )
 
Nasi Goreng Udang Berlada. Rasa dia bagi kitorang tak sedap. Maybe tak kena dengan selera. huhu. Mungkin korang rasa sedap, kiter tak tau kan? :p

Makanan lain not sure, sedap ke tak. Maybe nextime kena try!

Restoran ni, servis cepat jugak. Order lepas beberapa minit, terus sampai. Parking agak susah sikit. Betul-betul tepi jalan kena parking. Lau nak pegi, parking tu biar jauh sikit, jalan kaki la better dari parking depan kedai dia tu. Jalan sempit dan banyak kereta.

Nak pegi Restoran Sara Thai Kitchen ni, senang jer... #waze "Sara Thai Kitchen" :D

Semalam lepak dekat Restoran Sup Ayan Kampung. Nanti aku review sikit pasal restoran ni. Malam ni plan nak lepak makan tempat lain yang best! hehee..'

OkBai,
AkuSeorangTraveler 

Sara Thai Kitchen

Sunday, May 29, 2016

Salam hi.

Pernah beli burger dekat Brader John Burger tak? Kebetulan malam tu keluar, dan lalu gerai lori Brader John Burger. Teringin lak nak try. Sebab setiap kali lalu sebelum ni, ramai jer org. Kalau ramai, biasanya sedapkan?

So malam isnin lepas aku try.


Menu dia agak rambang mata kalau tengok. Banyak sangat haha!


Aku pilih Sempoi Burger, daging 100g RM8.50 sebijik. Beli dua sebab makan dengan kawan. Pergh kenyang. Daging rasa fresh dengan sos unik dari diorang. Kaler hitam. 

Disebabkan ramai orang, so aku dapat no 48. Tunggu turn orang yang ramai tu. huhu. Kena sabar menunggu. Tengok review dekat ig diorang, semua kata best. So, sabarrrrr...



Bila dah siap tu, hampir sejam gak menunggu. Balik dan try makan. Wow, sedap!. Sorry tak snap gambar burger sebab dah lewat sangat time tu, dekat pukul 12mlm hahaa..

Kalau taknak take away pun, bole makan dekat gerai diorang. Memang ada sediakan kerusi dan meja untuk makan dekat sana. Dan kalau korang malas menunggu, boleh pre-order & self pick up. Boleh order dekat no kat bawah ni,

012-6944154 (Cawangan Damansara Uptown) 

Err, next post nanti aku tunjuk lagi details gambar burger dll pulak.. haha

Okbai,
AkuSeorangTraveler

Brader John Burger

Wednesday, May 25, 2016

Assalam,

Sape yang belum ada buku Travelog 7 Benua ni, boleh beli dengan aku. Harga RM25. Postage RM5 jer. So total RM30 siap pos! Whatsapp tau +601114922333. Atau korang boleh intai dekat Kedai Buku Online ni!

Buku panas lagi ni!

Err satu lagi, aku tak buat COD. Sebab busy. Sorry! :D



Kompilasi Travelog 7 Benua

Harga RM25.00

Postage SM RM6/SS RM10
Whatsapp +6011-14922333


Kos Pos bagi buku, adalah seperti berikut,

1 buku = SM RM6/SS RM10
2 buku = SM RM8/ SS RM12
3 - 5 buku = SM RM10/ SS RM14
6 - 10 buku = SM RM15/ SS RM20
11 - 20 buku = SM RM20/SS RM25


===========================
Format: Paperback
Saiz: 8" x 5.5”
ISBN-13: 9789671412411
Tarikh Terbit: APRIL 2016
Jumlah Muka Surat: 212
Berat (Kg): 0.27
===========================
BADRUL HISHAM – Penulis buku travelog terlaris PBAKL 2015 yang telah berjaya mengayuh basikal dari London pulang ke Malaysia.
NORDIN YAHAYA – Telah mula mengembara dari tahun 80’an dan telah melihat lebih 60 buah negara dari 6 benua.
IDA YUNUS – Dua kali mengembara melalui perjalanan keretapi terpanjang didunia “Trans-Siberian” dan telah menjejakkan kaki ke Annapurna Base Camp.
RAFIEE GHANI – Seorang pelukis yang terkenal dan telah mengembara merentas benua bersama isteri dan anak kecil pada tahun 1987.
NAZRI ARSHAD – Lebih dikenali sebagai Moji, seorang pengembara solo yang pernah kehilangan passport diluar negara dan terkandas di tengah hutan Amerika Selatan.
SITI NORIDAH – “Kembara Afghanistan”, menjadi buku travelog pertama tulisan beliau dan pernah ditangkap oleh askar Afghanistan kerana dituduh sebagai agen perisik Pakistan.  
WAZARI WAZIR – Jurufoto sepenuh masa yang terkenal di Malaysia dan tidak pernah lokek dengan ilmu pengembaraan dan ilmu mengetik kamera.
MEOR FARID ASYRADI – Sang musafir dan penulis buku “Travelog Mr. Traveller” yang telah terjual sebanyak 12,000 naskah hanya dalam lapan bulan 

Kompilasi Travelog: Travelog 7 Benua

Thursday, May 19, 2016

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.