Salam,
Pagi semua!

Ahad lepas, aku ade singgah lunch dekat Teh Tarik Place lepas shoot. 1st time makan situ. Restoran nampak exclusive, jom kiter masuk! :D Ader orang lanjer ;)





Restoran punya deco nice, siap beraircond. :) Bila dah ada tempat duduk, kita intai menu pulak. Aku baru 1st time masuk makan restoran ni, tak tau jenis menu yang diorang serve. Kawan bawak, kiter masuk jer. 

Jom intai menu!



Menu agak menarik. Macam-macam jugak yang ader. Disebabkan lunch, aku order makanan yang berasaskan nasi. Nasi Goreng Kampung. Kengkawan order Laksa denga Mee Kari. 3x Air kosong, 1 Sirap Bandung. Total semua, tak sure sebab kawan sorok resit. 

Orang belanjer, orang belanjer! :p 

*Nak order, kena tulis dekat kertas yang diorang sediakan. Then bawak ke kaunter, terus bayar.



Nahh, Mee Kari, Laksa dengan Nasi Ayam. Err, kenaper aku order Nasi Goreng Kampung tapi dapat Nasi Goreng Ayam. Mula-mula ingat nak return, tapi disebabkan servis dorang agak slow dan aku pun dah lapar. Makan jerlah. Lagipun dah bayar.




Rupa Nasi Goreng Ayam agak menarik dan banyak. Berbaloi dengan harga. Tapi, bagi aku rasa dia takde la superp wow. So so lah. Janji kenyang.

Laksa dengan Mee Kari, kawan kata sedap. Licin gak aku tengok dorg makan. Cuma ada rasa manis-manis sikit. Maybe, owner Teh Tarik Place ni, asal kelantan :)

View disekitar Teh Tarik Place cawangan Putrajaya ni agak menarik. Boleh nampak Masjid Besi dari jauh :) Tapi sayang, masa tu jerebu. So nampak langit putih jer, tak biru.



So, sesaper yang nak try makan sini korang boleh #waze alamat kat bawah ni,

Teh Tarik Place,
AYER@8
C1-G-2, Ayer@8
Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya.

Teh Tarik Place ni banyak cawangan, untuk info lanjut korang boleh view website diorang


OkBai,
AkuSeorangTraveler

Teh Tarik Place

Friday, April 29, 2016

Assalam,
Semalam lepas habis shoot dekat Sekinchan, otw nak balik PJ aku singgah makan dekat Restoran Satay Hut.

Korang pernah makan dekat sini tak? Heee

Dah lama tak singgah makan dekat sini. Ape yang special dekat restoran ni, adalah satay dia. 

Phewww. Sedap!


Aku order 20 cucuk makan 2 orang semalam. Tapi size kecik punya satay. Kalau size besar, tak habis. Sebab memang besar..

Harga satay adalah seperti berikut. Aku cedok google je. Semalam lupa nak snap harga. So, harga dalam sekitar,

  • Satay Kecil - RM0.80 sen
  • Satay Besar -  RM1.60 sen
  • Nasi impit - RM0.50 sen
  • Ketupat - RM0.60 sen

Satay dia hanya ada ayam jer, daging takde yer. Harap maklum :p

Kalau nak makan satay sajer tanpa nasi impit/ketumpat pun ok. Ala cart satay! :p Lain-lain menu, macam-macam ader. ABC, masakan thai, goreng-goreng. Macam-macam lagi la. Rambang mata.!

Restoran ni, kalau datang, memang parking sentiasa full. Kekadang sampai, parking tepi jalan jer. Meja pun kekadang kena share dengan orang lain. Meja besar la, yang mana ada kosong. Selit je.

So, sesaper yang tak pernah makan sini. Nak try sekali satay dia, korang boleh #waze alamat kat bawah ni,

Restoran Satay Hut 
Alamat: Jalan Besar, Taman Mahsuri Indah, 45500 Tanjong Karang, Selangor, Malaysia
Contact: +60 14-521 3807

OkBai, 
AkuSeorangTraveler

Restoran Satay Hut, Tanjung Karang

Monday, April 18, 2016

Travelog Faghuzi
Harga: RM20.00

Postage SM RM6/SS RM10
Whatsapp +6011-14922333




===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7”
ISBN-13: 9789671317136
Tarikh Terbit: 20 OKT 2015
Jumlah Muka Surat: 272
Berat (Kg): 0.22
===========================

“Destinasi hanya sebuah persinggahan untuk kita terus mengembara mengenal erti kehidupan. Manusia pada asalnya adalah pengembara.”

Ahmad Fauzan Azam. Kawan Tajrin Faruqi. Pelajar cemerlang. Muda. Belum Berjaya. Traveller. Entah ke mana, don’t know.

Travelog Faghuzi

Wednesday, April 13, 2016

Salam,
Sesaper minat Ais Jagung, korang boleh try dekat Restoran Periuk Belanga ni. Mengancam sedap!


Siap ada aiskrim lagi atas dia.


Harga: RM5.50. Boleh makan 2 orang. Sebab banyak! Tengah-tengah panas ni, sedap oi telan ais jagung, sejuk! :D

Okbai,
AkuSeorangTraveler

Ais Jagung

Monday, April 11, 2016



Umrah Backpacker
Harga: RM15.00
Harga kat sini RM13.90

Pos SM RM6/SS RM10
Whatsapp +6011-14922333






===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8.5” 
ISBN: 978-967-361-173-7
Jumlah Muka Surat: 173
Berat (Kg): 0.21
===========================
"Di dalam bas, saya melihat kebanyakkan jemaah berkumat-kamit berdoa dan bertalbiah. Kemudian, saya mengalihkan pandangan ke arah luar. Kelihatan padang pasir terbentang luas. Subhanallah. Teringat ketika zaman sekolah, ustaz selalu menceritakan sejarah penghijrahan Nabi Muhammad. Dahulu, pada anggapan saya kota Madinah dan Mekah tidak jauh. Tetapi, apabila merasai sendiri rupanya perjalanan Madinah ke Mekah mengambil masa 8 jam lebih dengan menggunakan bas atau kereta. Saya terfikir bagaimana pula jika menaiki unta? Berapa lama perjalanan itu? 

Menitis air mata saya apabila mengenangkan pengorbanan Rasulullah SAW. Bukan senang hendak merentasi padang pasir yang begitu panas, tiada air, susah hendak dapat makanan. Apatah lagi hendak mengatasi perompak di padang pasir. Pelbagai cabaran sebenarnya perlu ditempuhi oleh Rasulullah SAW demi untuk menyebarkan agama Allah yang mulia". 

Naskah ini adalah sebuah catatan perjalannan bersifat kembara iman. Ia bermula dari Malaysia, Turki, Madinah dan Mekah. Rasailah detik ketika penulis berada di Kota Istanbul yang dahulu pernah menjadi zaman kegemilangan Sultan Muhammad Al-Fatih. Penulis menceritakan secara terperinci setiap kali tiba ke satu lokasi yang dikunjungi.

Umrah Backpacker

Friday, April 8, 2016


Berlari Dari Jogja Untuk Menemukan Si Dia Di Christiana (Tunggu Restock)
Harga: RM25.00
Harga kat sini: RM23.50

Pos SM RM6/SS RM10
Whatsapp +6011-14922333




SINOPSIS
Kau tahu Kabumen itu di Jogja kan?

Ya, tahu.
 
Jadi Christina itu pula di mana?
 
Copenhegen.

Copenhegen? Di mana itu Mir?
 
Denmark.
 
Aduh, berapa jauhnya Denmark itu?
 
Sudahnya, sampai bila agaknya kau nak lari?
 
Sampai jumpa.
 
Gila. Kalau pun jumpa, kau ingat berapa lama kau nak sampai ke Denmark sana?
 
Gila mana pun, aku perlu cari Si Dia.
 
Memang macam inilah perangainya.
 
Amer, kalau ini rasanya Gila, biar aku terus Gila Seperti ini. Jangan sedarkan aku.
 
============
Penulis: ZF Zamir
Mukasurat: 181
ISBN: 978-967-13047-3-0
Berat: 0.17 kg
============

Berlari Dari Jogja Untuk Menemukan Si Dia Di Christiana

Wednesday, April 6, 2016


Foto Hebat Dengan Kamera Kompak
Harga: RM15.00
Harga kat sini: RM10.00

Pos SM RM6/SS RM10
Whatsapp +6011-14922333





Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-0185-11-8 
Tarikh Terbit: 20 Jun 2011
Jumlah Muka Surat : 88
Berat (kg): 0.18
Merakam foto bukannya mudah seperti yang disangka. Kadang kala, hasil foto yang dirakam tidak sempurna dan kurang menarik. Oleh itu, sebagai pengguna kamera kompak yang setia, kita perlu menguasai teknik-teknik penggunaan kamera kompak supaya hasil foto yang dirakam tampil jelas, menarik dan hebat.
Teknik asas mempelajari penggunaan kamera kompak adalah mudah. Begitu jua dengan merakam foto menggunakan kamera handfon. Sesudah menguasai teknik penting ini, kita dapat mengaplikasikannya bagi merakam pelbagai suasana menarik sama ada ketika beriadah, menghadiri majli-majlis dan sebagainya.
Bagi yang mempunyai kamera kompak, pastikan bateri adalah penuh, memori kad dikosongkan serta peralatan tambahan lain tersedia sebelum memulakan proses merakam. Seterusnya, praktikkan tip-tip dan trik yang dipelajari dari buku ini semasa merakam foto. Bagi meningkatkan lagi kualiti, foto itu boleh disunting menggunakan perisian pengeditan foto digital melalui komputer peribadi. Akhirnya, hasil foto menjadi menarik sebagaimana hasil fotografi profesional!

Prakata vii
Bab 1: Pengenalan 1
Meneroka Kamera Kompak 2
Memilih Kamera yang Sesuai 7
Fungsi Kamera Kompak 12
Aksesori Kamera Kompak 16
Bab 2: Memahami Teknik Fotografi 19
Mengendali Kamera Kompak 20
Merakam Foto Melalui LCD 22
Fokus, Kemudian Rakam 25
Zoom Optikal vs Zoom Digital 28
Memilih Mode Rakaman 29
Mode Semi-Automatik 34
Mode Manual 35
Memahami Apertur 36
Menguasai Shutter Speed 39
Mengetahui Sensitiviti ISO 42
Menguruskan Exposure 44
Memanfaatkan Lampu Flash 48
Fungsi White Balance 51
Bab 3 : Foto Hebat dengan Kamera Kompak 55
Foto Berkualiti dengan Langkah Mudah 56
Memeriksa Histogram 59
Trik Pantas Foto Menarik 60
Merakam Objek Bergerak 65
Kreatif dengan Kamera Handfon 68
Bab 4 : Mengedit Foto 71
Meningkatkan Kualiti Foto 72
Mengedit Exposure dan Warna 73
Meminimumkan Noise 78
Mendapatkan Foto yang Jelas 80
Memilih White Balance 82
Tentang Penulis 85

Foto Hebat Dengan Kamera Kompak


Strobist
Harga: RM15.00
Harga kat sini: RM10.00

Pos SM RM6/SS RM10
Whatsapp +6011-14922333




Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-0185-17-0 
Tarikh Terbit: 7 Aug 2011
Jumlah Muka Surat : 96
Berat (kg): 0.17
Lampu studio bukan barang yang murah, malah bukan peralatan yang mudah alih atau mudah dibawa ke mana-mana. Justeru, ramai jurufoto mengambil inisiatif menggunakan teknik "Strobist". Melalui  teknik ini, kita dapat menggunakan flash sebagai lampu studio. Flash yang biasanya hanya dipasang pada hotshoe, dapat digunakan bagi melakukan pencahayaan dari posisi yang lebih fleksibel dengan teknik off-camera flash.
Dengan teknik strobist, kita mudah merakam sebarang gambar objek. Bermula dari sekadar potret wajah sehingga ke foto produk. Semuanya dapat dilakukan berbekalkan flash standard dan trigger-receiver. Malah, kita dapat menghasilkan foto yang menarik dalam servis fotografi profesional kita.

Kreatif dengan Strobist 1
Menguasai Kawalan Flash 7
Prinsip Asas Flash 9
Merakam Foto dengan Teknik Strobist 17
Peralatan Strobist 22
Mengawal Off-Camera Flash 28
Metering Off-Camera Flash 36
Aksesori Flash DIY 39
Efek Aksesori Flash 53
Daripada Potret Sehingga Foto Produk 63
• Potret Wajah Putih di Atas Warna Putih 64
• Potret di Studio Jalanan 66
• Foto Penunggang dengan Tiga Lampu 68
• Efek Cahaya Lampu Neon 70
• Panduan Lukisan dengan Cahaya 72
• Semi-Silhouette Detektif 74
• Lazatnya Sup Asparagus 76
• Titisan Air yang Cantik 78
• Mengatasi Pantulan Pisau 80
• Kesan Mewah Menggunakan Pantulan 82
• Sensasi Kek Coklat 84
• Kesan Segar dengan Freezing 86
Biografi Penulis 89

Strobist


DSLR Itu Mudah : Kuasai Fungsi & Kawalan
Harga: RM15.00
Harga kat sini: RM10.00

Pos SM RM6/SS RM10
Whatsapp +6011-14922333





"Sekeping gambar mampu memberikan sejuta makna..."
Itulah ungkapan tepat yang dapat dikaitkan dengan foto. Kini, bidang fotografi semakin diminati tanpa mengira tahap usia.  Lantas, kemahiran mengendalikan kamera adalah elemen penting dalam menghasilkan mutu gambar yang bermakna dan hebat.
Justeru, buku ini menampilkan panduan dan tip-tip yang mudah difahami dan diikuti pembaca. Langkah demi langkah diberikan dan disertakan halaman tutorial supaya pembaca dapat mempelajarinya dengan berkesan. Saiz yang kecil direka khas untuk dibawa bersama dalam beg kamera ataupun poket seluar. 
"Kebanyakan orang mempunyai kenangan indah, tetapi tidak semua orang merakamnya..."
Buku ini disusun berkonsepkan "knowledge sharing" dan "read less, learn more". Ia sesuai untuk pelbagai peringkat kemahiran. Pasti anda tidak rugi memilikinya!
Penghargaan
Fotografi
Pendahuluan
BAHAGIAN 1
BAB 1: Perbezaan Antara Digital dan Filem
BAB 2: Memahami Fotografi Digital
BAB 3: Mengapa Kamera DSLR?
BAB 4: Perkara yang Diperlukan bagi Memulakan Sesi Fotografi
BAHAGIAN 2 
BAB 5: Memfokus Subjek
BAB 6: Apakah Itu ISO?
BAB 7: Apertur, Depth of Field dan Focal Length
BAB 8: Kepantasan Shutter (Shutter Speed)
BAB 9: Mode Manual 65BAB 10: Mode Aperture-Priority
BAB 11: Mode Shutter-Priority
BAB 12: Dedahan atau Exposure
BAB 13: Segitiga Exposure
Glosari
Bibliografi
Indeks
Mengenai Pengarang
Catatan

DSLR Itu Mudah : Kuasai Fungsi & Kawalan


Fokus & Klik (100% Halaman Berwarna)
Harga: RM15.00
Harga kat sini RM10.00

Pos SM RM6/SS RM10
Whatsapp +6011-14922333




Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-0185-05-7 
Tarikh Terbit: 4 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 88
Berat : 0.18kg

Fotografi adalah kaedah bagi mengabadikan detik-detik penting. Cepat ataupun lambat detik rakaman, menjadi persoalan utama dalam bidang ini. Di sinilah pentingnya menggunakan kamera DSLR, dengan pelbagai fungsi hebat berbanding kamera kompak.
Walaupun kamera DSLR suatu masa dahulu hanya dimiliki oleh jurugambar profesional, namun kini DSLR mula menjadi aksesori pilihan. Gambar yang dihasilkan pula setanding foto jurugambar professional. Oleh itu, pastikan anda memaksimumkan kemampuan kamera DSLR anda. Pelajari bagaimana kamera DSLR berfungsi, serta hasilkan gambar yang hebat dengannya. Jangan takut mencuba dan terus berlatih supaya gambar yang dihasilkan impresif dan menarik. Buku Fokus & Klik! ini dapat membantu anda. Milikinya segera!

Fokus & Klik (100% Halaman Berwarna)


Travel Photography
Harga: RM15.00
Harga kat sini: RM10.00

Pos SM RM6/SS RM10
Whatsapp +6011-14922333





===========================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-0185-18-7 
ISBN-10: 978-967-0185-18-7
Tarikh Terbit: 30 Dec 2011
Jumlah Muka Surat : 96
Berat(kg): 0.18
===========================

Bagi kebanyakan orang, cuti adalah waktu berehat, bersantai dan beriadah. Bagi peminat fotografi, waktu cuti dianggap sebagai kesempatan mencari sasaran foto dan pulang ke rumah dengan foto-foto yang cantik.Oleh itu, setiap kali keluar berjalan-jalan, mereka tidak pernah lupa membawa kamera dan juga pelbagai aksesori. Pelbagai objek menarik dirakamkan setiap kali berjalan ke tempat baru. Sama ada ketika beriadah di Tanah Tinggi Cameron, bersantai di pantai Pulau Redang ataupun berjalan-jalan di pusat membeli-belah KLCC,semuanya memberi peluang merakamkan foto-foto yang cantik. Foto-foto itu tidak hanya dijadikan koleksi, namun juga menjadi portfolio dan dikomersilkan dengan pelbagai cara.Dalam buku ini, terdapat semua panduan dan teknik berguna bagi mendapatkan hasil foto yang diinginkan. Bermula daripada persiapan perjalanan, menyediakan peralatan, sehingga bersahaba tdengan kawan-kawan baru bagi mencapai peluang mendapatkan karya-karya yang mengagumkan. Berjalan-jalansambil merakam foto adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan!

Prakata v
Bab 1: Merancang Perjalanan 1
Bab 2: Persiapan Peralatan 8
Bab 3: Merakam Foto Perjalanan 22
Bab 4: Merakam Potret Manusia 35
Bab 5: Merakam Kecantikan Landskap 44
Bab 9: Tip Menyunting Foto 62
• Membaiki Kualiti Foto 64
• Membaiki Distortion 69
• Mengurangkan Noise 71
• Menajamkan Foto 73
• Membaiki White Balance 75
• Menaikkan Warna 77
• Memanipulasi Ruang Tajam 79
Penulis 81

Travel Photography


Travelog Budak Mentah
Harga: RM19.00
Harga kat sini: RM17.50

Pos SM RM6/SS RM10
Whatsapp +6011-14922333





===========================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-361-064-8
Jumlah Muka Surat: 256
 
Tarikh Terbit: 05 Oct 2012
Berat (Kg): 0.25
Penulis: Hafizul Faiz
===========================

Buku ‘Travelog Budak Mentah' ini, boleh sifatkan sebagai satu persembahan yang cukup santai dipersembahkan kepada anak-anak muda yang sezaman dengan penulis. Mungkin berbeza apa yang pernah lalui oleh orang muda dahulu. Remaja dulu, tidak ada lagi internet, telefon bimbit, facebook, whatsApp dan lain-linn istilah yang boleh dimanfaatkan oleh penulis seperti Hafizul.
Persembahan penulis yang teliti dalam menceritakan perjalanan dan mungkin juga pengalaman hidup yang dilalui olehnya begitu menarik sekali. Beliau begitu yakin dengan mengemukakan beberapa elemen berteraskan agama, maka hidup seseorang itu akan dinaungi rahmat Allah

Travelog Budak Mentah


Oh Sudan! Ayah Saya Hero
Harga: RM14.50
Harga kat sini: RM11.90

Postage SM RM6/SS RM10
Whatsapp +6011-14922333




Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-369-095-4 
Tarikh Terbit: 10 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 179
Berat (KG) : 0.20
Mengisahkan Zaid seorang remaja lelaki berumur 15 tahun berpeluang mengikut ayahnya, Encik Mustafa, yang bertugas dengan sebuah agensi bantuan kemanusiaan antarabangsa, untuk pergi ke Sudan. Semasa di Sudan dia berkenalan dengan seorang remaja Sudan, Mahdi, yang ditempatkan di sebuah rumah anak yatim di Omdurman, Khartoum, Sudan. Beliau mendengar kisah kesengsaraan penduduk Darfur yang menghadapi perang saudara. Ayah Zaid, Encik Mustafa, keluar untuk satu trip ke Darfur, tetapi tidak pulang-pulang walau pun setelah tempuh beliau berada di Darfur sepatutnya sudah tamat. Sebelum dibawa pulang oleh pihak kedutaan Malaysia, Zaid menemui buku catatan ayahnya yang menceritakan beberapa catatan perjalanan beliau di Sudan. Apakah yang telah berlaku kepada ayah Zaid? Adakah Zaid akan menemui rahsia mengapa ayahnya hilang dalam catatan itu? Atau Zaid tidak akan bertemu semula dengan ayahnya buat selama-lamanya?

Bab 1: Persediaan sebelum Kembara ke Sudan ------------------------------ 1
Bab 2: Permulaan Penuh Peristiwa ------------------------------------------------ 13
Bab 3: Seronokya Terbang ------------------------------------------------------------ 33
Bab 4 Marhaba Lounge dan Ribut Pasir di Khartoum ----------------------- 51
Bab 5: Doha dan Akhirnya Tiba di Khartoum ----------------------------------- 69
Bab 6: Zaid Menyesuaikan Diri si Sudan ---------------------------------------- 81
Bab 7: Remaja Darfur Bernama Mahdi ------------------------------------------- 99
Bab 8: Rakan-Rakan yang Sedia Membantu ---------------------------------- 117
Bab 9: Zaid di Al-Ansar ---------------------------------------------------------------- 129
Bab 10: "Di Manakah Ayah Zaid?" ------------------------------------------------ 141
Bab 11: Ayah Zaid di Shamal Kurdufan (Utara) ------------------------------ 161
Bab 12: Selamat Tinggal Sudan --------------------------------------------------- 173
           Jalan-Jalan di Sudan -------------------------------------------------------- 181

Oh Sudan! Ayah Saya Hero

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.