Assalam,



Hai semua! Selamat menempuh hari, tanggal 29 Februari 2016 hari ini. Baru semalam aku tahu, 29 Februari wujud, tapi 4 tahun sekali jer.

Pada sape punyer besday dia bertarikh, 29 Februari, tentu rasa unik dan terasa dirinya special. Mesti excited menyambutkan? Yelah, dah 4 tahun sekali dapat sambut! :D

Dipetik dari WikiPedia,


29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Mengikut takrif, tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Hanya terdapatnya tarikh ini kira-kira setiap empat tahun dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki, seperti 1992, 1996, 2004 kecuali tahun-tahun abad.
Tahun abad, iaitu tahun yang berakhir dengan dua angka sifar (1800, 1900, 2000, dll), bukan tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa baki. Mengikut ISO 8601, tahun-tahun yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki kini merupakan tahun lompat, walaupun terdapat cadangan bertentangan yang meluas. Ini bermaksud bahawa tahun 2000 adalah tahun lompat, termasuk 2400 dan 2800, akan tetapi 1800 dan 1900 bukannya tahun lompat, termasuk 2100, 2200 dan 2300.
Oleh sebab itu, hari lompat tidak semestinya jatuh pada hari Ahad. Sebagai contoh, sekiranya 29 Februari jatuh pada hari Ahad, anda boleh menjangka bahawa ia juga akan jatuh pada hari Ahad sekali lagi selepas 28 tahun. Akan tetapi sekiranya adanya tahun abad dalam tempoh 28 tahun tersebut, pola ini akan diganggu.
Kalendar Gregori mengulang diri setiap 400 tahun, dan terdapatnya 97 hari lompat dalam tempoh tersebut. Oleh sebab 400 mempunyai baki apabila dibahagikan dengan 97, hari lompat tidak boleh jatuh pada hari yang sama dengan sama rata.
Hari lompat jatuh 13 kali pada hari Ahad dalam tempoh 400 tahun kini, dan oleh sebab itu, terdapat hari lompat pada hari Ahad setiap 30.8 tahun. Sebaliknya, hari lompat jatuh pada hari Isnin 15 kali dan merupakan kira-kira sekali setiap 26.7 tahun.

Anyway, Selamat hari Jadi untuk yang lahir pada hari ini, 29 Februari 2016!

Okbai,
AkuSeorangTraveler

29 February 2016

Monday, February 29, 2016

Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016



Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Langkah Penyertaan Segmen

1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Friday, February 26, 2016

Assalam,

Daniel Wellington, DW. Jam ter"hot" dekat pasaran sekarang. Replika dia pun, ramai orang cari. Tengok dekat skrinshot bawah ni dahlaa, ramai yang carik!


Harga original DW, sekitar RM500+- keatas. Boleh tahan mahal. Kalau replika, harga antara RM35 hingga RM110.

Aku salah seorang peminat jam DW ni. Bagi aku, design dia simple tapi sangat smart. Kalau dapat sebijik ni best.




Cuci mata dekat insta, terbeli sebijik. Tapi yang replika laaa..Harga RM90 free pos.


Dah sampai jam nyer semalam, memang cun. Tapi sayang DW yang aku terbeli tu, design nyer (ada jarum saat kecik tu) DW original tak buat. Lagipun saiz besar sangat bagi tangan aku yang kecik ni. Mungkin DW saiz ladies la lagi sesuai kot. So, aku niat nak bagi adik aku yang lelaki. Kebetulan besday dia jatuh nextweek!

So aku kena intai lain la ni.. InshaAllah :D

So, apa pendapat korang tentang jam DW ni?

Okbai,
AkuSeorangTraveler

Daniel Wellington, Apa Specialnyer?

Assalam,

Semalam terbaca share artikel dekat Facebook, ada Sungai dalam Malaysia ni namanya Bangang. Terkejut kejap. Bila tengok gambar-gambar dia, aku tau dah Sungai tu dekat mana...

Nama sungai dekat trip CBL tu rupanya Sungai Bangang. Selama ni, takla tau nama sungai tu adalah bangang. hahaha.

Trip CBL?

Cuma kalau hiking dulu, kawan-kawan sebut trip CBL jer. Bukan Cinta Bunga Lestari tau, eh? tapi Chemerong-Berembun-Langsir. Sungai antara perjalanan ke Gunung Berembun tu, Air Terjun Chemerong dan Air Terjun Langsir memang cantik, jernih giler kalau tengok kawan-kawan hiker dulu share.

Pernah dapat offer kengkawan untuk trip CBL ni. Tapi tolak sebab ada kerja lain. Sayang pulak rasanya tak pegi sebelum ni.. huhu. Sungai Bangang oh, tak sangka nama kau bangang, tapi sangat cantik!

Saper yang tak pernah tau pasal ni, nah tengok ni! Gambar-gambar ni, semua aku cedok dari Google Image jer. Sebab tak pernah pegi lagi..





Waaa, cantik gilerr! Bilala boleh sampai ek, dah lama stop hiking ni. huhu..

Kalau korang nak baca info lanjut pasal trip CBL ni, korang boleh baca sini,

http://trekkerz.blogspot.my/2011/07/trans-cemerong-berembun-langsir-cbl.html

Okbai,
AkuSeorangTraveler

Sungai Bangang Hutan Lipur Chemerong, Dungun Terengganu

Assalam,

Malam tadi sebelum tido, nampak ada orang share dekat Facebook, gempa bumi berlaku di Terengganu. Takut jugak. Tapi, gempa lemah 2.7 magnitud di Tasik Kenyir dalam jam 9.25 malam tadi. Benda² macam ni, kita tak boleh sangka akan berlaku. Cuma kita berdoa agar tidak berlaku apa² yang tidak diingini.

Semoga Allah lindung negara kita Malaysia, amin. Berikut adalah petikan aku copy dari Bernama.


KUALA LUMPUR: 

Gempa bumi lemah 2.7 magnitud dikesan di Tasik Kenyir, Terengganu, malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, gegaran boleh dirasai di Kuala Berang.
Pusat gempa bumi itu terletak di 5 darjah Utara dan 102.9 darjah Timur, iaitu 16km Barat Daya dari Kuala Berang.

Mengikut kenyataan itu, tiada ancaman tsunami berikutan gempa yang berlaku pada 9.25 malam itu, namun agensi itu sedang memantau perkembangan dan akan memaklumkan sebarang maklumat terkini.

Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar.- BERNAMA

Gempa Bumi Tasik Kenyir, Terengganu

Wednesday, February 24, 2016

Kenapa yer, kalau nak selfie mesti kena buat muka macam ni?



hahhaa!

KBai,
AkuSeorangTraveler

Duck Face

Tuesday, February 23, 2016

11 Street.

Assalam, salam petang jumaat.!

Petang yang boring, tunggu masa nak balik jer dari opis. kekekee. Esok cuti, tapi aku tetap kerja, tangkap gambor orang pulak! Cari duit lebih, dengar saranan pak menteri, buat 2-3 kerja dalam satu masa.

Yang penting, melayu bukan pemalas yer kak long! opss :p

Ok, berbalik pada tajuk. Pernah shopping dekat 11 Street? Kalau yang kaki shopping online, memang tau dah kot. Aku jugak salah seorang kaki shopping online. Mata tu, tak boleh tengok barang dengan gambar yang kenan kat aku. Ade duit, beli. Takde duit, window shopping atas talian jer. kekkee



Actually, semalam aku baru lepas beli topup dengan 11 Street ni. Celcom prepaid, biasanya ada diskaun. Menarikkan. Aku baca review. Ramai puas hati, siap diskaun lagi. Dari kiter beli dekat kedai. Kalau prepaid RM10, kena bayar Rm10. Kalau dekat 11 Street ni, korang beli prepaid Rm10, kita cuma bayar RM9.50. So jimat 50sen. Prepaid RM30, cuma bayar RM28.50, ada diskaun 5%.

Tak percaya?

Korang boleh usha 11 Street. Err, tapi dengan syarat kalau nak dapat diskaun kena download 11 Street Aps dekat Playstore. Dekat website, takde diskaun! :D

So, ape lagi. Lepas ni tak payah beli dekat kedai. Takde diskaun kekkee.

Anyway, aku dah try semalam. Puas hati, lepas bayar via Maybank2u, terus masuk topup. Macam biasa kiter topup dengan Maybank2u la. Cuma kali ni dengan 11 Street Aps.

So try jangan tak try. Benda baik pada semua orang, aku share!

Kbai,
AkuSeorangTraveler

Topup Prepaid Dengan 11 Street Ada Diskaun!

Friday, February 19, 2016

Assalam,

Malam minggu lepas, aku pegi tengok movie. Deadpool. 1st tak teringin pun nak tengok, sebab nak tunggu citer The Revenant dulu. Tapi kawan baik aku nak tengok sangat, so aku pun pegi jugak. Nasib baik kategori action movie. haha.. Memang feveret.


Starting, cartoon. Sebab filem ni memang adaptasi dari komik. Kejap jer. hihi. Tapi bila tengok sampai habis, ...


Memang cool. haha. Lebih kurang style cerita The Mask, Jim Carey. Dalam aksi genting pun sempat buat lawak. 

Cuma satu je, filem ni ada sedikit aksi yang tak patut budak-budak tengok. Takde nak censored langsung..Dari awal kalau beli tiket, ada warning 18sx. So, walau citer ni adaptasi dari komik, tak payah bawak budak-budak tengok. Sebab memang tak sesuai pun.




Overall,

Deadpool, akan ceritakan dari mula macamne dirinya dari manusia biasa jadi kepada Deadpool. Dan membalas dendam dekat musuh yang buatkan dirinya dah tak ensem macam sekarang. huhu.!

Cerita keseluruhan tak boring, recommended movie!

Yang paling aku tak boleh lupa lawak si #deadpool ni, dia kata si Francis (watak musuh) tu, amik nama samaran sebagai AJAX, sempena nama pencuci pinggan mangkuk hahhaa.!

Nota Kaki: Movie ni bff aku belanjer tengok. TQVM :*

OkBai,
AkuSeorangTraveler

Deadpool

Monday, February 15, 2016

Assalam, 

Kali kedua dah datang makan dekat Restoran Kedai Sebelah. 


Hari tu aku try makan menu special dia untuk hari berkenaan, iaitu

Set Grilled Chicken + Sos Bolognese + Sirap Pandan + Eskrim.

Nahh tu dia,




Aiskrim dia sedap tau, tapi jangan lupa amik aiskrim dekat kaunter. Mintak. Kalau tak mintak, jangan harap dorang nak hantar dekat meja. kekeke LAYAN DIRI.


Iced Choc dia mengancam. Kawan aku order, RM6.

Total set untuk Grilled Chicken, RM12.90 (exclud iced choc). Kenyang! Tapi cuma satu je aku tak suka, ayam tu cicah dengan sos bolognese. Bagi tekak aku, memang tak bape suka sangat laaa.. So kalau korang pun tak suka, pegi amik sendiri sos cili dekat kaunter. 

Layan diri ek, jangan lupa!


Nak order, amik air, amik sudu, amik aiskrim, amik cili sos semua dekat kaunter ni haaa. Jangan harap dorang nak hantar dekat meja. Kecuali makanan yang kiter order tu je dorang hantar. :) Ini style Kedai Sebelah. 

So, ada rasa teringin nak pegi tak? Kalau teringin, korang boleh view post aku pasal Kedai Sebelah sebelum ni.. Ada alamat kat situ :)

Okbai,
AkuSeorangTraveler

Kedai Sebelah Part II

Friday, February 12, 2016

Assalam,

Movie time aku, kali ni teringin nak tengok citer ni, The Revenant. 


Tengok dia punyer papan iklan, citer ni base on true story. True story biasanyer best jalan cerita dia dan sedikit logik. Trailer dia pun agak menarik. Tunggu show dekat cinema area berdekatan dengan aku, nanti nak pegi serbu!

Tak sabor nak bermovie time lagi.

Okbai,
AkuSeorangTraveler

The Revenant

Assalam,

Kiter jenjalan cari makan lagi. Sebab makan perkara wajib kalau nak hidup :p

Tapi, bukan kiter hidup untuk makannn jer :D

Selasa lepas, try makan dekat Restoran Kelana Jaya. Yang dulunyer, situ Restoran Asian Cibo, Chinese Muslim. Sekarang mungkin dah bertukar owner, so sekarang Restoran Kelana Jaya.

Tengok restoran dia, nampak eksklusif kan?



Takde orang langsung time tu, maklumla ramai balik kampung cuti CNY. Aku dengan kawan je tak balik, sebab ada kerja dekat Kuala Selangor. So, try masuk.

Menu dia banyak jugak, Western semua ada. Tapi time tu, just makanan melayu/thai jer ada. Masakan lain-lain banyak takde, sebab tukang masak cuti.




So aku try order,

1x Sup Tomyam Seafood + Rice
1x Sweet & Sour Chicken + Rice
1x Telur Dadar
2x Air Kosong

Total semua, RM20.10. Not bad, murah jugak. Kuantiti nasi banyak.. Kenyang!

Nah tengok kuantiti setiap makanan, banyak...





Tomyam dia memang sedap, boleh repeat lagi nanti


Overall memang sedap. So tak nyesal masuk, walaupun time tu aku dengan kawan jer 2 orang dalam restoran tu. :D Sekali lagi aku nak bagitau, jangan judge restoran by diorang punye client ramai ke tak ramai. Yang tak ramai tu, tak semestinya masakan diorang tak sedap. :D

So pada siapa yang teringin nak try makan dekat restoran ni, korang boleh #waze ikut alamat kat bawah ni,

Restoran Kelana Jaya
Alamat: Lot A-G-3A & A-G-05, Ground Floor, Jalan SS6/5A, Dataran Glomac, Pusat Bandar Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya

Waktu operasi, tak sure. 
Selamat menjamu selera!

Okbai,
AkuSeorangTraveler

Restoran Kelana Jaya

Thursday, February 11, 2016

Assalam,

Tetiba nak post pasal nasi. Err, nasi la yang kita dok makan hari-hari tu :p


Tadi aku terbaca post, "Setahun Tak Sentuh Nasi".

Wow, setahun. Sanggup ker? Kalau aku, macam tak sanggup. Sebab tu makanan ruji.

Memang betul, nasi boleh menggemukkan sebab ada kandungan gula. Tapi, nasi jugak adalah sumber karbohidrat yang terbaik untuk tenaga kita. Jadi, janganla sampai tak sentuh nasi berbulan-bulan, bertahun-tahun.

Bak kata Kevin Zahri, Nasi Tak Bersalah.

Yang salahnya kiterla. Makan nasi berlebihan. :) Setiap kita, ada had kalori yang perlu oleh badan. So pepandailer kita nak kawal jumlah kalori. Kalau terlebih tu, ada cara dia nak kasi kurangkan, iaitu bakar, bakar kalori dengan senaman. Seimbangkan pemakanan kita yang terlebih tu dengan senaman untuk membakar. Janganla skip nasi tu, kesian nasi :p

Okla, tu jer nak bagitahu!

Bai,
AkuSeorangTraveler

Kenapa Nasi Yang Dipersalahkan?

Wednesday, February 10, 2016

Dah 3x meeting...

Semoga semuanya berjalan dengan lancar, dan jayaaaa untuk,


Okbai,
AkuSeorangTraveler

Rancangan Masa Depan

Assalam,

Selamat pagi semua. Lepas cuti CNY ni, rasa macam malas nak masuk kerja harini. Rasa lemau.. Nak lepak rumah lagi, cuti-cuti :p Yang mana masih bercuti, selamat bercuti. Nasib badan, harini aku dah start kerja.. huaa!

Pagi ni aku nak bercerita pasal nasi lemak. Sesiaper yang tinggal area Damansara Uptown, atau area berhampiran mesti tau restoran mana yang ada jual nasi lemak, sedapp!

Pernah dengar The Village Restaurant? Nasi Lemak dia tiptop. Memang ramai orang breakfast dekat situ. Haritu, ada hari aku teringin nak makan nasi lemak dekat The Village, sebab dah lama tak makan punyer pasal, try serbu pagi tu. Sampai-sampai, ya Allah ramainyer... Dah macam pasar. Orang yang menunggu turn duduk pun, masih ramai. Takkan aku yang baru sampai ni, nak menunggu. Time tu dah pukul 9pagi+ lebih kurang. Macam dah lewat. So aku, pikir nak makan nasi lemak dekat mana....


Ternampak, restoran sebelah dia bukak. Pagi-pagi ni tentula menu dia untuk breakfast kan? So, intai menu dia kat tepi restoran tu. Yaaa, ada nasi lemak. Apa kata kiter try sini, memang sebelum ni tak pernah try. Orang tak ramai masa tu. Tapi aku masuk jugak.

Jangan judge restoran tu, by pelanggan ramai ke tak ramai. Belum cuba kita tak tahu kan :p


Nak order pun senang, tekan button je. teeeett! Pelayan dia datang.

So jom masuk, intai menu!





Nah tu dia, macam-macam ada. Dah niat tadi nak makan nasi lemak, so kiter try nasi lemak dia... So pagi tu aku order,

2x Nasi Lemak RM19.00
1x Air Suam RM0.60
1x Milo Panas RM3.30
1x Iced White Coffee RM4.20

Total semua termasuk GST RM27.10



Not bad juga rasa nasi lemak dia. Tak nyesal masuk, sebab tak ramai orang macam The Village tu. Orang lain dok menunggu, kiter dah setel makan!


Nahh, licin! Kalau licin tu tanda dia sedap. hehe. So korang kalau ada dekat-dekat area Damansara Uptown ni, korang boleh singgah restoran ni, atau korang boleh #waze ikut alamat bawah ni,

Hayaki 24 Jam,
Alamat: 1, Jalan SS 21/37, Uptown Damansara Utama, 474000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Phone:+60 3-7732 9912

Waktu Operasi: 
Rabu Open 24 hours
Khamis Open 24 hours
Jumaat Open 24 hours
Sabtu Open 24 hours
Ahad Open 24 hours
Isnin Open 24 hours
Selasa Open 24 hours

24 jam bukak, so bila-bila jer korang boleh pegi.. :D Nak review lebih lagi, korang boleh view website dia http://www.hayaki.com.my/. Actualy restoran ni ada beberapa cawangan dekat tempat lain selain dari Damansara :)

Yang pasal restoran The Village tu, nanti nextime aku review. Nasi Lemak dia memang superb!

Okla, selamat menjamu selera ;)

Bai, 
AkuSeorangTraveler

Hayaki Cafe 24 Jam

Assalam,

Pernah makan sini? Haaaa... Restoran yang penuh dengan Liverpool punyer barang. Aku rasa owner dia peminat tegar Liverpool. So pada siapa yang minat team bola Liverpool ni, boleh datang sini.

Jom masuk!




Dari segi sajian, semua jenis ada. Western ada, ala thai ada, macam-macam. Tak caya, jom intai menu!




Harga tak mahal sangat, dan takla murah sangat. Haritu order, makan;

1x Nasi Goreng Tomyam RM5
1x Grill Chicken RM12.90
1x Sotong Goreng Tepung (tak ingat berapa, dalam RM5)
1x Air Kosong
1x Siram Bandung Besar (share 2 orang)

Total semua lebih kurang, RM27.20. Masa tu takde syiling, so dia kira RM27 jer..


Nasi Goreng Tomyam, nampak kosong kan? Tapi rasa dia not bad..


Sotong goreng tepung dia, lebih tepung dari sotong hahaha! Tapi bila cicah dengan sos dia sedap...



Grill Chicken, woo sedap. Sos blackpepper kenala dengan ayam panggang dia. Sedap! Cuma tak pedas jer. Haa Chicken grill ni, nak tunggu dia punya siap agak lama. Mungkin sebab nak bakar elok-elok atau ramai sangat yang order Chicken Grill..

Tunggu dengan sabar, tapi ada jugak rasa nak marah. huhu. Masa sampai Chicken Grill tu, siap dia punya waiter, mintak maaf sebab lambat. Nasib baik pekerja dia ok. Hilang rasa nak marah, diselangkan dengan kesedapan chicken grill dia. hurmm.. Patutla orang sanggup tunggu hihi..
So pada sape yang nak try rasa diorang punya makanan, korang boleh waze alamat kat bawah ni,

Dstall Corner Kelana Jaya

Address: Jalan SS6/20A, Glomac Business Centre, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Phone:+60 12-665 8164

Hours: 
Selasa 9AM–3AM
Rabu       9AM–3AM
Khamis 9AM–3AM
Jumaat 9AM–3AM
Sabtu 9AM–3AM
Ahad 9AM–3AM
Isnin        9AM–3AM

Hari-hari bukak! ;) So, apa lagi. Bila-bila pun boleh serbu :D Kepada peminat Liverpool, korang wajib pegi ek :p

Kbai,
AkuSeorangTraveler

DStall Corner Restaurant Liverpool FC

Tuesday, February 2, 2016

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.