Assalam,

Baru² aku ada nak daftar perniagaan dekat SSM. So aku google laaa, kalau sekarang dah boleh daftar online. Cari punya cari,

YES jumpa caranya macamana.

Tapi yang sedihnya sampai hari ni tak berjaya. Asyik keluar error je. Sistem busy la apa la. Then aku try pm Fb page SSM. Baru tadi dia jawab, sistem pendaftaran online telah dihentikan.

Huaaaa, sedih betul. Dah la memang takde masa nak pegi kaunter SSM. Lagi diorang suruh pegi. Kenape sistem pendaftaran online dihentikan? Pelik :(

Okbai,
AkuSeorangTraveler

SSM Pendaftaran Secara Online Telah Dihentikan

Thursday, January 28, 2016

Assalam hi,
Selamat petang... :) :)

Semalam, aku pegi makan dekat Restoran Capsicum Steamboat & Grill. Pernah pegi tak? Aku rasa restoran ni baru bukak kot, sebab bulan ni diorang ada buat harga promosi,

Dewasa RM19.90
Kanak² RM10.90

Makan sampai muntah hahaha. Apa lagi, jom masuk!


Ramainyer orang :D Sebelum cari tempat, kena bayar dulu bape person nak makan. So semalam kitorang semua 5 orang. Sebelum pegi dah siap-siap booking takut full.





Sebelum cari tempat, kena bayar dulu. Semalam kitorang 5 orang, so total RM99.50. Then owner kedai carikan kita tempat nak lepak-lepak masak. :p Lepas tu kena pilih nak kuah ape. Ada 2 pilihan,
  • Tomyam
  • Sup
So kitorang pilih tomyam. Jom serbu makanan!


Nak serbu tu, kena beringat. Kalau korang amik makanan berlebihan, dan lepas tu tak habis makan. Haa, kedai ni dah bagi warning siap-siap. Kalau ada makanan yang tak habis tu, akan dikenakan extra caj RM10 setiap 100gram. :p so amik kena berpada-pada. Agak-agak habis ok, amik sikit-sikit pun lagi selamat, sebab kalau nak tambah banyakali pun boleh. Kata RM19.90 sorang tu makan sampai muntah. hahaha!


Nah tu dia, nasi goreng dengan mee goreng pun ada. Kalau korang rasa larat nak makan, amik jer! :D




Lepas setel amik semua benda, jom kiter memasak pulak :D







Dah setel masak, jom kiter makan.. Pergh daging, sotong, udang bakar. Sedap!



Daging bakar bersama sos blackpepper. Phewww! Mabelesss. Tengok orang lain pun busy dengan makanan masing-masing!



Dah puas makan, kita amik pencuci mulut pulak. Aiskrim, jom! :) Ikutla korang nk cedok bape banyak pun. 




Alhamdulillah habis jugak kitorang makan, walau bertambah daging ayam, kambing semua. Kena pulak lepas makan, bedal aiskrim. Memang syiok laaa...

So kalau korang nak pegi, sekarang sampai hujung bulan masih ada promosi. RM19.90 setiap orang. Makan sampai kenyang. Lepas bulan ni, dah takde harga promo dah. Dan lagi satu, restoran ni bukan beraircond yer. So korang tak digalakkan pakai baju sejuk dsb. Kalau tak panas macam aku semalam, berpeluh-peluh. Maklumla depan mata, makanan dibakar. Phewww. Nasib baik sedap!

Mati-mati ingat restoran ni beraircond.

So cepat-cepatla korang pegi, sebelum harga promo dah habis. Nak pegi korang boleh #waze ikut alamat kat bawah ni;

Capsicum Steamboat & Grill

Alamat: Capsicum Steamboat & Grill, Jalan Klinik, Kampung Bukit Naga, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Fon: +6016-410 4662 (tempah dulu sebelum datang, Whatsapp pun boleh)

Waktu Operasi: 

Khamis 6PM–12AM
Jumaat 6PM–12AM
Sabtu 6PM–12AM
Ahad 6PM–12AM
Isnin TUTUP
Selasa 6PM–12AM
Rabu 6PM–12AM

Ok, selamat ber steamboat! ;)

Bai,
AkuSeorangTraveler

Capsicum Steamboat & Grill

Hi semua,

Kali ni aku nak bercerita pasal Film yang aku dah tengok sebelum ni, The 5th Wave. Dah tengok belum?


Ianya mengisahkan kejadian 5 gelombang yang akan berlaku. Kalau ikut dia punye trailer, 

1. Dunia gelap gelita
2. Ombak besar
3. Virus merebak
4. Survive, untuk teruskan hidup
5. Manusia VS Manusia yang di kontrol

Tapi, yang aku tengok sampai 4 gelombang je. Gelombang ke 5 aku tak tahu tang mana :p

Jalan cerita not bad, tapi biasala kalau film mat sallleh kan... :) Cuma aku tak puas hati dengan ending dia, yang macam ada sambungan The 5th Wave II. huhu. So kalau sesiapa yang belum pegi tengok, film ni masih banyak lagi ditayangkan. Boleh beli tiket, dan korang tengok sendiri.

Sepanjang aku tengok cerita ni, OK. Cuma spoil tang ending. aiyakkkk! Lebih baik tengok cerita The Wave, lagi syiokkk!

Okbai,
AkuSeorangTraveler


The 5th Wave

Wednesday, January 27, 2016

Assalam hi,

Baru lepas balik dari kedai. Ternampak 100 Plus LIMITED Edition. Terus beli. Hahaa.




Rasa dia, takla rasa lain. Macam original 100 Plus jer. Limited edition sempena CNY ni agaknya..Okla, tu je nak bagitahu :p

OKbai,
AkuSeorangTraveler

100 Plus Limited Edition

Assalam,
Pada jumaat lepas, 22hb Januari. Adalah tarikh besday aku.

Aku just nak ucapkan banyak² terima kasih pada semua kawan² yang wish dekat FB. Yang paling terharu, my bff dengan housemate buat surprise kat umah. Dah tua² pun, ade jugak yang sudi buat surprise!




Anyway thank u sangat²! Aku sayang korang semua kekeke.

OK Bai,
AkuSeorangTraveler

Selamat Hari Jadi

Tuesday, January 26, 2016

Hai semua.

Tau kan The Kopi Boy? Aku salah sorang regular customer kopi diorang ni, kebetulan rumah aku tak jauh nak kesitu. Tak sampai 10 minit dari rumah naik kereta dah sampai.

Masa mula-mula dorang buka gerai kopi, set kopi yang dorang jual siap ada cookies. Itu 1st time yang aku pernah beli. Then kali kedua beli, cookies dah takda. So maksudnya, promotion jela 1st time haritu.

So, baru-baru ni. dorang ada buat topping pulak. Nak add on topping, tambah, RM1.
  • Choco Rice
  • Choco Dust
Bila tambah topping ni lagi mengancam rasa dia :D Sebelum ni, diorang jugak ada tambah 2 perisa baru,
  • Iced Vanilla Cream
  • Iced Dark Cocoa
Mabeless!

So lain-lain perisa,
Korang wajib rasa The Kopi Boy ni. Memang puas hati. Harga semua RM5 sajer. Nak delivery pun diorang ada buat. Just whatsapp jer nombor kat atas ni.



Kalau rasa nak pegi, dan tak tahu gerai dorang kat mana, korang just #waze Pejabat Pos Malayisa Kelana Jaya. InshaAllah nanti jumpa la tu. Gerai dorg dekat tepi jalan jer!

Jumaat tutup ye!

Okbai,
AkuSeorangTraveler

The Kopi Boy

Monday, January 25, 2016

Assalam hi!

Sabtu lastweek, aku + family pegi bersantai Teluk Senangin. Just relax² santai, makan dekat tepi pantai. Memang syiok!

Perjalanan dari Kuala Kangsar ke Teluk Senangin, ambil masa dalam 2 jam. 93km. Tak jauh kalau ada highway. Disebabkan takde highway, so perjalanan agak lama. 2 jam. Kalau dari KL 246km, amik masa dalam 3jam.



Dah sampai tu, tengok tempat agak best dan santai. Tak sesak macam dekat Teluk Batik, Lumut. Terlampau ramai orang. Nak cari tempat pun senang.



Bersantai tepi pantai, makan nasi panas. fuhh! Best


Anak buah, sampai-sampai terus tido dalam khemah.




Kitorang lepak sini, sampai jam 7ptg. Jam 7 ni dah tak ramai orang. Tapi ada jugak segelintir yang berkhemah kat situ. Next time boleh la berkhemah situ ramai-ramai. Jimat duit tak payah sewa chalet.



So kepada sesiapa yang teringin nak pegi sini, korang boleh #waze dan korang taip perkataan ni,

Teluk Senangin Beach.

Kalau tak, payah jugak waze nak guide. Ke tempat lain plak yang dibawa.Sebab situ banyak kampung-kampung.

Bagi aku yang bestnya Teluk Senangin ni, orang tak sesak. Senang cari parking. Port nak lepak pun senang cari. Banyak pokok-pokok rendang di persisir pantai, nak lepak pun rasa sejuk-sejuk je, tak panas. :)

Selamat bersantai!

Okla Bai,
AkuSeorangTraveler

Teluk Senangin

Assalam, hai!

Jumaat lepas, sebelum job 22hb Jan hari tu, aku dengan kawan lepak dekat Restoran Kimia. Errr, Chemistry Cafe Lab. Teringin sangat nak makan dan nak tengok keunikannyer. 1st time kan, ada restoran berkonsep makmal mcmni..

Jom masuk!






Tu dia, masuk dalam memang sangat unik. Makmal concept. Terbaikla jugak. Tapi time aku pegi, tak ramai, sebab mungkin orang tengah solat jumaat. Pukul 1.30ptg kan? Cuma ada group 3orang lelaki lepak minum-minum. hurmm hahaha! 

Jom intai menu,



Harga memang boleh tahan mahal, ala-ala Starbuck/Old Town White Coffee. So kitorang decide order;

1x Beef Lasagna RM12.50 kecik molek jer
1x Classic Choc RM10
1x Mocha Caramel RM14

Total: RM36.50. Tu dia, order 3 benda je pun dah cecah RM36 :p Mahal kan? Tapi nextime nak try menu lain pulak. :D 




Lasagna dia comel jer. Sedaplaa, not bad. Air dia, manis giler. Siap aku tambah air mineral pon, tetap manis giler. Dah siap makan-makan semua, aku singgah dia punye toilet. Bersih.. Tapi satu je, air kecik. Then time nak basuh tangan dekat dalam, air dah takde hahaha. Nasib baik dah setel. 

Toilet dia memang air dia macam tu ke, atau time aku datang haritu je macamtu? 


Sebelum keluar pun, aku sempat snap-snap lagi. Sebab menarik. Restoran selesa, cantik.... WiFi pun ada. 




So pada siapa yang teringin nak makan sini, korang boleh #waze alamat kat bawah ni;

Chemistry Cafe Lab
Alamat: 26, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Phone:+60 17-626 2797

Waktu Operasi: 

Isnin 12PM–1AM
Selasa 12PM–1AM
Rabu 12PM–1AM
Khamis 12PM–1AM
Jumaat 3PM–1AM
Sabtu 10AM–2AM
Ahad 10AM–2AM

Hari-hari bukak, so dont worry! ;)

Okla Bai,
AkuSeorangTraveler

Chemistry Cafe Lab

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.