Persiapan Mendaki Ke Gunung Kinabalu

Wednesday, October 19, 2016

Assalam,

Selamat pagi semua :) Sihat? Dengar-dengar GST nak naik 8%? Betul ker? Habisla nanti barang-barang #outdoor naik harga huuuu... Pasal GST kita tolak tepi la.. ekkekee..

Berbalik pada topik. Memandangkan semalam ade yang bertanya, apa perlu bawak kalau nak mendaki Gunung Kinabalu...

Disebabkan aku pernah jejak Puncak Gunung Kinabalu pada tahun 2014, alhamdulillah. Bole la aku share sikit sebanyak yang aku bawak sebelum ni ketika mendaki.

Sebelum share, aku nak tunjuk sikit gambar selfie masa atas gunung :p tadaaaaaaaa! *versi kartun!


Mulut, hidung aku tutup, kepala tutup sebab sejuk. Time aku jejak ni, suhu almost 5 darjah celcius +- Memang sangat sejuk. Rasa kebas pipi. huhu

Nak naik Kinabalu ni, mesti kena prepare barang dengan lengkap. Sebab suhu kat atas tu, bukan macam suhu gunung yang ada dekat Semenanjung. Tapi gunung yang tinggi-tinggi macam Gunung Tahan ke, Yong Belar etc tu tak tau la pulak bape suhu sejuk dia.. Sebab tak pernah jejak pun. Kalau orang ajak pun, aku tak mampu kot huhu..

Gambar kurang cantik, sebab guna fon murah :p

So, antara barang yang wajib kita bawak masa mendaki Gunung Kinabalu adalah

  • Long John (Thermal, yang memanaskan/kekalkan suhu badan)
Longjohn
  • Sweater/Windbraker. Pilih yang ringan-ringan
Windbraker Jacket
  • Snow cap. Nak tutup kepala. Sejuk kot. Atau setengah orang dia pakai buff jer. Buff ni bole tutup kepala dan boleh tutup hidung/mulut sekali. Lagi senang.
Snowcap

Buff
  • Glove (thermal dan boleh sentuh skrin handphone) kang nak snap gambar pakai phone susah plak kalau yang jenis biasa tu. fon tak detect :p , atau glove getah pun ok. **Waterproof
Karrimor Thermal Gloves. Contoh glove yang aku pakai haritu
  • Hiking pole.
  • Raincoat. Penting sebab kita tak tau cuaca. Kalau hujan, tak bawak raincoat memang naya.
Raincoat, dekat 7E ada jual. Bawah RM6
  • Stokin, bawak spare lebih dari satu

  • First Aid. Letakla minyak panas, hansaplast, panadol etc
  • Coklat bar, gula-gula bawak banyak. Untuk tenaga. 100 plus bawak sebotol, untuk spare.

  • Hydration Bladder. Penting. Air kena bawak lebih. Jangan bawak botol air, berat wehhh... Bawak hydration bladder macam kat bawah ni,
Hydration Bladder



Nanti bole minum terus dari bag, macamni..
  • Headlamp. Sebab nanti nak naik puncak start trekking jam 2.30pg, gelap. So headlamp sangat penting. Takkan ko nak tumpang orang punye lampu kan? Be prepare.. huhuuu **Jangan lupa bateri dia sekali. Kalau headlamp ada, bateri takde tak guna jugak :p
Headlamp

Bila dah pakai rupa dia gini..
  • Kasut kenala yang sesuai. Yang grip. Sebab nanti, dekat puncak memang kena jalan atas batu jer.. Nak murah kasut getah. Tapi kena kasi modify sikit. Untuk lebih selesa. 

  • Rain Cover tuk bag. 
Rain Cover. Sesetengah bag memang dah ada. Kalau takde, kena beli lain.

  • Smartphone Waterproof Case. Kalau hujan, fon yang tak bole kena air. Nahas! :p
Waterproof Case tuk Handphone

  • Bag 60L atau bag besar-besar (tinggal kat Laban Rata, porter bawakkan tapi kena bayar ikut berat. Kalau nak bawak sendiri pun boleh huhu) Naik puncak bawak bag kecik2 jer. Macam aku bawak bag 2L. Muat-muat bawak coklat, hydration bladder etc.

  • Bawak peralatan mandi etc. Kot la nak mandi. Kalau aku memang tak mandi, sejukk giler. Sekadar gosok gigi, dan basuh muka sudah memadai. Kang demam, tak dapat naik puncak huhu. Mandi-mandi ni dekat Laban Rata ya, bukan dekat puncak :p

  • T-Shirt, etc bawak lebih dari satu.

  • Debu, Tayyamum untuk wudhu. Atas puncak takde air, so debu ni senang nak berwudhu untuk solat subuh yer. WAJIB solat.
Debu ni ada jual, sekitar RM15 kebawah.


So, ni la antara barang-barang penting yang WAJIB kita bawak. Kena buat list. Takut terlupa nak bawak. huhu. Share mana yang aku tahu jerla. Yang mana takde, korang bole tambah-tambah dekat ruangan komen ;)

Good luck pada siapa yang baru nak tawan Gunung Kinabalu! :D

Wassalam,
ASTraveler


14 comments

  1. wahhh thank you! dah lama cari post pasal ni, teringin nak jejak Kinabalu once dah balik malaysia for good, insyAllah.

    basically these are the things u need kalau nak hiking kat sini jugak - especially utk hujung autumn, awal winter, hujung winter, awal spring. sy tak pernah hiking tgh2 winter (like the real hiking yg perlu berhari2 tu) - sebab perlu few other equipment yg malas nak cari. haha bahaya jugak dgn ice fall.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. naikla kinabalu. nice! tp kalau nak naik cari musim tak hujan. sbb kalau hujan tu masalah sikit hehe. everything bole basah. naya. sana sejuk boleh tahan.. :D then beruntungla dpt hiking oversea. sy inshaAllah thn dpn. tu pun ke indo jer. anyway tq singgah blog! :D salam kenal

      Delete
    2. hihi salam kenal jugak :) walaupun belum pernah hiking betul2 kat Malaysia utk bandingkan, saya dapat rasa gunung kat Czech ni mungkin macam kacang je untuk otai2 hiking ni :D hehe, kat sini trail sgt well-labeled. laluan sgt dijaga, binatang buas pun takde.

      teringin jugak nak tgk sunrise kat Rinjani, tapi itu lah, belum ada kesempatan hehe doakan yeee

      Delete
    3. wooo rinjani syiokk. orang kata hiking belah indo best. puas hati. banyak tempat cantik-cantik.. sy doakan...smoga tercapai hajat :D amin

      Delete
  2. Rinjani terbaik...kebesaran Allah tersergam indah...kompem sujud syukur kat puncak nnti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu. seronoknye kan kalau dapat pegi :)

      Delete
  3. Pergi berapa orang team tu insyaallah nak naik juga di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai juga. dlm 10org kot dulu.. :) goodluck. skrg guna trek baru. sy pun xpnah cuba lg :)

      Delete
  4. Tq for info.insyaAllah oktober 2017 akan ku tawan kinabalu.doakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah aminnnn. Xmerasa lg naik trek baru

      Delete
  5. salam hai, next year inshaAllah nak naik gunung kinabalu. hehe. nak tanya, beli glove macam tu kat mana? thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm hi awak... goodluck yer.. beli glove tu dkt mudah. Via tuan Kamal. dia mmg slalu ke UK, dan jual barang sana kt sini.. lupa dah apa dia punya link kt mudah. tp byk je kedai outdoor. atau better u pegi sportdirect.com byk brg murah. byk cwgn dia kt malaysia ni :)

      Delete
  6. Salam hai! Tengah mencari info persediaan naik gunung. Naik pakai kasut apa? Kasut getah? Any recommendation utk kasut hiking? :) thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. advisable guna kasut khas hiking yg ada grip tu, d bata ada jual. murah jer. hihihi. sblm hike tu biasa*2 kan dulu guna kasut baru. then kalau ada lah kan masa trn tu guna sandal hiking jer. elak luka kaki dpn. https://www.google.com.my/search?q=hiking+sandals&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjWwcagxuDVAhWGN48KHXMkBKQQ_AUICigB&biw=1366&bih=638#imgrc=oXQ1HHzN45kKPM: refer link. hihihi. nie nasihat dari otai yg bagi kat saya ms nak naik mount kinabalu. help info helping

      Delete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.