Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan

Thursday, October 20, 2016

Assalam,

Haaaa. Tetiba rasa nak update pasal Bukit Batu Putih, since pagi tadi ada yang bergurau kata,
Rumah dia ada dekat atas bukit ni (Di group HACAM)

Memain ek ko dik! Hahaha

Ok back to da topic. Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan yang terletak dekat PD (Port Dickson) Negeri Sembilan. Pertama kali aku jejak, pada 31 Ogos yang lalu. Baru harini rasa nak update. Hahaa

Bukit ni tak tinggi pun, dalam 300meter-. Lupa nak tengok ketinggian dekat jam :p Sebab excited sangat nak bergambar :p

Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan
Nampak tak bukit tu, color putih secoet diantara kehijauan pokok-pokok? Tu la bukit nyer. Tak tinggi, tapi agak mencanak.

Ade 3 laluan.

1) Paling senang ikut jalan ber tar.
2) Sederhana, laluan belah kiri bukit, kalau kita tengok dari gambar diatas.
3) Agak extreme sikit, laluan batu, tengah-tengah bukit

Pada mulanya, aku plan cuma nak bercamping kat tepi pantai. Nak dengar ombak laut jer. Tenang. Tapi tetiba kena racun dengan kengkawan. Ternaik la bukit tu...Diorang kata dah alang-alang sampai kan. Lagipun tak tinggi mana.

Aku betolak dari KL hampir jam 11pm. Sampai sana dalam dekat pukul 1pg kot, sebab jem. Malam merdeka kan? :p

Parking di tepi Ilham Resort. Then masuk. Actualy kena bayar sorang RM1, tapi disebabkan tengah malam takde orang jaga. So pagi esok masa nak keluar, bayar.


Sampai tapak khemah, kitorang pasang Fly. Actualy bukan aku yang pasang. Tapi otai gunung, yang glamor dengan nama panggilan "Abah Niesa" :D Sape  kenal? hehee.

Abah Niesa yang setup semua. Kitorang tinggal tido jer. hahaa..

Malam tu, aku macam tak boleh tido. Sebab aku tengok air laut, makin lama makin naik. Lagipun cuaca macam nak hujan. Tapi alhamdulillah tak hujan..

Last last, tertido jugak....

Bangun pagi, tengok pantai. Tenang jer. :) Air dia bole tahan biru jugak.



Memang syiok. Lepak lama, makan-makan. Pastu kawan dok racun naik bukit.. Tapi ikut trek kedua. Yang sederhana jer. Nak sampai puncak, takdela lama mana pun. Kurang dari sejam. Lama lagi Broga :p

Naik tengahari tu, memang ramai giler orang. Dah macam ada pesta je kat atas bukit tu..


Nampak tak manusia, punyerla ramai. Lain kali kalau nak pegi, kena naik petang then tunggu sunset. Kata orang, sana sunset cantik. Kalau sunrise tak nampak. 

Sementara beratur tunggu orang. Aku bergambar banyak sikit kat situ.


Abaikan muka dah gemok sebab dah lama tak hiking. Sob Sob!
Biru tak? Tapi gambar ni aku kasi filter sikit. Biasala guna Instagram :p
Lepas tunggu punya tunggu orang makin ramai. Aku dengan kengkawan naik je. Kang berjanggut pulak nak tunggu orang takde. Sebab masa turun tu pun, masih ramai lagi yang dok naik. Siap bawak anak-anak kecik lagi.

Amboi, kecik-kecik dah hiking. Bagus-bagus :p

Nah akhirnya sampai jugak..

Puncak Bukit Batu Putih
Nak bergambar atas ni pun bukan main kena tunggu turn. Aiyakkk! Panas wei tunggu atas tu lama-lama. Bergambar jap, pastu turun. Alhamdulillah dapat naik jugak akhirnya...

So next trip, kita ubah haluan pulak... :D InshaAllah tahun depan, Mt Lawu. Semoga dipermudahkan!

Pada sape yang belum pernah naik Bukit Batu Putih, aku sugest korang naik awal pagi atau lewat petang. Takde orang sangat.. :D Atau tengah malam. Tapi kalau tengah malam tak nampak pulak air laut yang agak biru hahaha.

Gambar batu karang ni lupa nak upload hahaha. So aku upload sekali :p
Okla, tu je aku nak share!

Selamat mendaki,
ASTraveler

Post a Comment

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.