Broga Hills

Wednesday, October 12, 2016

Salam semua,

Last weekend, masa sambutan #HariSukanNegara aku dengan kawan pegi panjat Broga. Asalnya plan aku nak ke Lepoh Waterfall, tapi disebabkan kawan ada yang tak pernah jejak Broga. So aku buat keputusan pegi naik Broga.

#HariSukanNegara. 

Sebenarnya aku tak tau pun, Sabtu lepas orang dok sambut #HariSukanNegara. Bila dah sampai parking Broga baru tau, haritu Hari Sukan. Ya ampun, memang full giler parking. Nasib baik kete aku kecik, parking mencelah jela. Alhamdulillah dapatla jugak space walau kecik.
#Parking dah naik, RM3/entry. 2 tahun lepas aku pegi, parking hanya RM2. So dah naik RM1. Takdelah mahala mana pun. Tapi, aku cuma cadangkan yang pihak dok caj parking tu jaga dan upgrade tempat parking lebih elok atau ber TAR. Kete lowered macam aku, memang tak sesuai masuk parking kat Broga tu. Aduii hahaha

Nak naik atas pun, punyala ramai orang. Beratur. :p



Rezeki pagi tu naik, cantik. Awan kepul-kepul. Masa ni dalam around 8pg :) Lambat naik sebab ramai orang.. Cari parking pun satu hal hahaha.


Cuba panjat gak batu, walau dalam hati ni gayat. :p





Tengokla manusia, bagaikan semut :p


Haritu hike dengan #OtaiGunung. Sape tak kenal dengan trademark otai ni kan? :)


Broga ni ada 4 puncak. Sampai puncak ke 4, aku lepak atas batu tengok gelagat orang eehhee.. Tak tinggi pun, saje panas-panas badan. Tengok jam, ketinggian dalam 330m je pun :D So sesaper pun boleh naik kan, dari duduk umah kumpul lemak :p



Sebelum lepak atas batu puncak ke 4 tu, kitorang ada jumpe satu group pompuan. Ada sorang tu siap bawak dia punya baju konvo. Ape lagi, aku pun shoot la.. Yang bestnya, kitorang borak macam dah kenal lama. Padahal baru kenal je, tu pun sebab diorang nak panjat batu besar ni. Perghh gayat! 
Nah, tu dia #PhotoShoot yang tak sengaja aku shoot. Rezeki budak tu, sebab FOC (free of charge) haha!











So sape yang belum pernah panjat Bukit Broga, pegila redah. View cantik, tak tinggi. Santai-santai jer. Cuma masa nak naik puncak tu, trek agak botak sikit sebab ramai sangat naik dan agak licin kalau lepas hujan. 

Nah review Broga aku cedok dekat WikiPedia.

Broga Hills
Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih, Selangor Darul Ehsan sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut.
Bukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian.
Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam. Ia juga merupakan awal pendakian untuk mendaki gunung Tok Wan.

Sekian
ASTraveler

Post a Comment

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.