Apa Itu Istilah G7 Di Kalangan Para Pendaki?

Wednesday, October 26, 2016


Salam semua. Dah lunch?

Aku tengah lunch depan pc sambil menaip. Sebab tetiba keluar idea nak tulis pasal ni.

Saje je nak up pasal G7. Sejak aku terjebak dalam dunia hiking pada tahun 2010 dan mula aktif pada tahun 2014, slow pada 2015 dan sekarang baru nak terhegeh-hegeh hiking balik pada tahun 2016 ni, memang aku dah mula dengar-dengar pasal G7 ni.

Ade jugak dengar otai-otai hiker berborak, dan tanya soalan gini,

"Er, ko dah grad G7?"

Dah macam study kat Univ pulak, ada grad-grad kan? :p

Mengikut apa yang aku baca, G7 ni adalah senarai gunung-gunung yang melebihi ketinggian 7ribu kaki. Wah, tinggi tu. Kalau aku, tak mampu!

Antara gunung-gunung yang tersenarai dalam G7 ni adalah seperti berikut,

1. Gunung Tahan (7,186 kaki)
2. Gunung Korbu (7,162 kaki)
3. Gunung Yong Belar (7,156 kaki)
4. Gunung Gayong (7,129 kaki)
5. Gunung Chamah (7,210 kaki)
6. Gunung Yong Yap (7,110 kaki)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089 kaki)

Lakaran Trek Trans Korbu-Gayong-Yong Belar. Aku cedok dari Google Image

Gunung Tahan tu memang paling tak tahan. Sape yang pernah naik Gunung Tahan, memang world. Sebab aku belum mampu :D

Dan pada saper yang dah "Grad" G7 ni, memang power.! Dalam istilah lain, hebat. Tahniah aku ucapkan.

Grad G7 bermaksud, dah sapu/mendaki semua 7 gunung yang tersenarai diatas. Phewwww!

Tapi bagi aku, tamat G7 ke, G12 ke dsb, itu tak penting. Sebab tujuan aku hiking ni, bukan sebab nak kejar G7, tapi aku nak lihat dan menikmati alam dengan meluas, dan sekali gus aku boleh pikir keagungan ciptaan Allah SWT dekat atas bumi yang luas ni.

Dalam erti kata lain, boleh muhasabah kan diri kita yang kerdil ni :(

Cipta rekod masa dan ketinggian itu tak penting...

Kalau tamat G7 sekali pun, kita sebagai muslim kalau lupa Pencipta kita, masa masuk hutan, naik gunung tinggi mana pun tak guna jugak. Takut nanti, kita rasa kitalah yang lagi hebat dari Pencipta dan sekali gus bole lupa diri. huhu. Itu yang takut tu..

**Yang aku perhati la sebelum ni, bila naik gunung tu..ramai yang kejar masa nak naik ke puncak. Mana yang wajib, tolak tepi.. huhu

Sementara nak tau lagi pasal G7, aku bukak forum Gunung Online, dan aku terjumpa statement ni,

Nak besarkan gambar, klik je gambar :p

Memang sangat setuju.

Walau apapun yang penting, niat kita mendaki tu, sebab apa. Dan apa pengajaran dan pengalaman yang kita dapat dari aktiviti mendaki ni. Betul tak? :)

OKla. Back to the topic. Soalan yang sering ditanya, apa itu G7, dah pun terjawab.

G7 ni adalah senarai 7 Gunung yang ada dekat Semenanjung (Kecuali Sabah/Sarawak). Yang masing-masing mempunyai ketinggian melebihi 7ribu kaki. Sape yang dah grad G7 ni, person yang ikhtiraf atau sijil ada ke tak. Itu aku tak sure. :D Yang penting, apabila kita hiking, kita boleh nikmati keindahan alam dengan baik dan sekali gus dapat release tension dari tekanan kerja weekdays kita, kan kan?

**Pada sape yang dah bekerja la. hihi

OK tu jela nak cerita :p TQ pada yang sudi singgah baca blog aku. Selamat Mendaki!

Info (Sumber Gunung Online)

G7 = & Gunung yang mempunyai ketinggian 7000kaki keatas disekitar Semenanjung Malaysia.
5 dalam kawasan Perak (ada yang menjadi penanda Sempadan negeri)
Korbu, Gayung, Yong Belar, Yong Yap, Ulu Sepat

1 di Kelantan (Chamah)
1 di Pahang (Tahan)

dan boleh la dikatakan 6 diatas Banjaran Titiwangsa 1 di Banjaran Tahan..
lain-lain info adalah

Perjalanan yang biasa dibuat untuk ke gunung tersebut melibatkan jumlah hari seperti dibawah :
Gng Tahan : 8hari
Gng Korbu & Gayung : 4hari/5hari
Gng Yong Belar : 3hari
Gng Yong Yap : 2hari/3hari
Gng Chamah & Ulu Sepat : 8hari/5hari

Dari segi tahap kesukaran pula (susah ke senang)
Gng Chamah & Ulu Sepat
Gng Tahan
Gng Korbu & Gayung
Gng Yong Belar
Gng Yong Yap

Nota Kaki: Mencari pengalaman, mengembara satu dunia dsb itu, sangatla baik untuk kita. Cuma satu jer, jangan lupa pada-Nya kerana kita dan alam ni semua milik Dia :)

OkBai,
ASTraveler

5 comments

  1. Sis JM pun mcm tu kgk x de lah niat sampai nk graduate smua G8 tu tp kesian mmg ada tau yg mendaki tp tggalkan yg wajib mmg sedih

    ReplyDelete
  2. Sis JM pun minat mendaki ni dan yg paling last gunung rinjani lombok, hazab tu allah shj yg tahu tp mmg rasa puas bila sampai puncak sbb ramai yg pancit

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaah mmg azab nak naik. tp kalau dh sampai puncak tu. subhanAllah sis. cantik sangat... kan?

      Delete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.