Ezry Kelana Kafe

Wednesday, August 24, 2016

Salam,

Last week jenjalan cari makan lagi. Tapi area Kelana Jaya jer. Malas nak round jejauh hehe.
Ingat pada mulanya nak makan dekat Kedai Sebelah je. Sebab dah biasa. Tapi, try jenjalan gak terjumpa Restoran ni. Selalu nampak, tapi tak pernah singgah. So malam tu singgah.
Kiter cuba restoran baru pulak. :)




Nampak cam kosong je kan? Memang kebetulan masa kitorang makan takde orang. Selalu kalau lalu situ, penuh je :D Takde orang lagi senang. Lagi cepat sampai makanan :p

Okla, jom ngintai menu :D




Siap ada alamat, korang boleh #waze nanti :p



Ingatkan mula-mula dulu, kafe ni hidang western food jer. Rupanya, boleh dikatakan kafe ni, macam-macam ada. Rambang mata nak pilih.




So pilih punya pilih, kitorang order,

1x Mee Kari RM5.50
1x Mee Bandung Muar RM6.90
2x Air Kosong RM0.60
1x Ais Krim Goreng Ezry RM3.00
1x Milo Tabur Cold RM2.70

Total semua kitorang bayar, RM18.70. Aku rasa macam takde GST jer. huhu. Murah kan?


Tunggu menu sampai takde la lama mana. Maybe sebab orang tak ramai kot time tu.


Tadaaaaa, makanan dah sampai.


Meh kasi close up sikit satu-satu :p




Tu dia mee kari, lebat betul isi. Pekat giler kuah dia...


Mee rebus. Phewwww, pekat. Isi pun banyak.. 


Nah Ais Krim Goreng. Memang maveles.

Ais krim goreng mintak hantar lambat sikit. Takut cair lak kan?

Overall, memang semua yang aku order sedap. Siap boleh cakap nanti repeat lagi nak makan situ. Try benda lain pulak. Harga pun boleh tahan murah. Tak mahal. 

Ni haaa, bukti sedap! :p


Terbukti sedap sebab licin mangkuk :D

Apa macam? Terasa nak pegi tak? Sape yang tinggal di Kelana Jaya, boleh la terjah kedai ni. So sape yang nak pegi, boleh #waze alamat kat bawah ni,

Ezry Kelana Kafe/Restoran Ezry Tempayan Kelana,
E111, Ground Floor Kelana Park View Tower,
No 1 Jalan SS6/2,
Kelana Jaya PJ.

Senang cerita, dia dekat-dekat dengan Post Office besar Kelana Jaya, berderet dengan Ambank area situ..

Waktu berniaga, aku tak sure bukak dari pukul berapa. Haritu aku makan malam,dalam jam 8pm+. Sekarang aku tengok, malam macam tak bukak dah. Siang inshaAllah bukak. :D So, try la jangan tak try. Memang sedap.

Jom kiter jalan-jalan cari makan lagi lepas ni.

OkBai,
AkuSeorangTraveler

2 comments

  1. Hahaha.. Dalam banyak2 menu tu, saya ternampak Char Kuew teaw kambing.. Pergh!! Mesti maveles..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. baca review dkt fb dia. mmg rata2 kata sedap :)

      Delete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.