Suunto Vector @ GemFive

Wednesday, July 13, 2016

Salam,

Ape kabar semua? Dah habis beraya dah? hahaa. Raya tak habis lagi kan, tapi cuti yang dah habis huhu. :( Boringla dok KL/Selangor ni kan? :p Apepun kena balik jugak, sebab memang dah rezeki masih kat sini lagi kan?

Anyway, masih sempat lagi aku nak ucap, Selamat Hari Raya maaf zahir & batin kepada blogger yang singgah baca entri ni.. :)

Ok, kita balik pada topik.

Ni aku nak cerita sikit. Pasal jam Suunto, aku order sebelum raya. Alhamdulillah dapat semalam. Sabar menunggu, sebab cuti raya lama kan haritu.

Pernah shopping dekat GemFive tak? Aku beli Suunto baru aku tu dekat GemFive. Diorang ade buat promotion Suunto giler-giler sebelum raya haritu. 40% diskaun, tambah lagi dengan voucher aku dapat dari Yes4G 20%. Total diskaun 60%. Kalau takde voucher Yes4G pun, Gemfive memang ada bagi voucher DuitRaya 20%.

Bayangkan harga asal Suunto Vector Yellow ni, RM1016. Tapi dapat harga memang puas hati, tapi limited time only la :p

Original Suunto tau, bukan klon. Aper lagi, aku rembatla.


Tu dia, jam besar dari tangan. Tapi rata-rata jam Suunto semuanya besar-besar. Penah pakai Suunto M1 sebelum ni, lebih kurang besar ni. haha. Aku beli jam ni pun, sebab senang nak pakai masuk hutan, trekking/hiking/camping. Sebab ada function Compass, Altitude, Temperature, Barometer, memang sesuai sangat bawak masuk hutan. Cuma jam ni tak boleh bawak diving sebab Water Resistant dia up to 30M/100ft saja. Berikut, details function jam Suunto Vector ni,

Suunto Vector Yellow. Mountain Outdoor Watch
After a decade of travels, adventures and courageous expeditions, Suunto Vector is still the most legendary watch with an altimeter, barometer and compass. With the technology and durability that can take on the harshest of environments, it is the choice of professionals.
  • Product Details
    Altimeter, barometer, compass
    Weather trend indicator
    Temperature
    Altitude difference measurement
    Altitude log
    Vertical speed
    Multiple watch, date and time functions
    Water resistant to 30 m / 100
So jam ni memang sesuai untuk orang yang suka beroutdoor. Untungla dapat harga giler-giler sebelum raya. Kalau tak, pikir-pikir jugak nak beli tu. Sebab mahal kan? huhu. So saper yang suka jam ni, korang bolehla usha-usha dekat Gemfive. Diorang selalu gak buat sale, cuma kena rajin ushala. Macam kiter nak beli tiket AA diskaun giler-giler. Kena rajin tengok :p

Hope, dah pakai jam macamni, ada rasa semangat nak masuk hutan balik. Dah lama tak masuk hutan ni. Last masuk hutan, bulan 3 tahun lepas kalau tak silap.

Okla, tu je nak bagitahu :p hahah

AkuSeorangTraveler



4 comments

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.