Coffee Street Kuantan

Tuesday, June 28, 2016

Salam semua!
Ada satu lagi restoran aku belum update masuk blog. Restoran Coffee Street, Kuantan Pahang.

Biasala last month, 2 minggu berturut-turut turun Kuantan. Ade wedding job dekat sana, so aku ada singgah restoran ni 2 kali. 2 kali tau. Hahaa. Sebab apa, sebabnyer sedap. So singgah banyakali pun, takde masalah :D

Bandar Kuantan, bukanla bandar yang aku biasa pegi. Time study dulu ada la turun sekali pegi rumah kawan, time tu naik public transport. So perjalanan jadi terhad. Sekarang ada transport sendiri, bolehla google sana sini cari tempat makan.

Review punya review, ada orang sugest makan dekat Restoran Coffee Street ni. Nama restoran, ingatkan dalam tu ada kopi-kopi je. Macam Starbuck. Tapi tak. Ianya restoran, macam-macam menu dok ada. So, jom kita intai menu





Ala Thai ada, Western, Masakan Melayu. Semua ada. Pilih jer. 

So macam biasa, makanan feveret aku, Tomyam mesti ada. So haritu kitorang order;

1x Tomyam Putih
1x Nasi Putih
1x Telur Dadar
1x Nasi Goreng Thai
1x Ice Blended Choc
1x Sky Juice
1x French Fries

Total semua termasuk GST, RM41.77. Ha tu dia harga. Order pun banyak, macam makan 4 orang hahhaa. Lapar punye pasal!





Ice Blended Choc, memang sedap! 



Nasi Goreng Thai, nampak berselera sangat kan? Memang sedap pun :p


Sup kosong. Walau kosong pun rasa dia sedap :)




Tomyam Seafood. Tu dia. Aku order tomyam ayam, tapi dapat seafood. Takperlah janji sedap! :D


Telur dadar..



French Fries pon sodap! hahaa

Sory yer, ter post bulan puasa dan close up kan gambar makanan! hahah. Aku lupa nak update bulan lepas. Coffee Street ni wajib kena post, sebab bagi aku kalau sesiapa yang datang Kuantan, wajib try restoran ni. memang puas hati la :) Servis pon not bad..

So pada sesiapa yang memang ada dekat Kuantan atau plan bercuti ke Kuantan, korang boleh singgah restoran ni. Alamat korang waze jer ikut alamat bawah ni,

Coffee Street,
A57, Lorong Tun Ismail 2, Sri Dagangan 2, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia

Err tak silap aku, kalau search dengan Waze, salah location dia bagi. Better buka FanPage Coffee Street ni. InshaAllah akan sampai.

P/S: Link fanpage tu xtaula betul ke tak, aku copy link dari menu dorang. Kalau nak lagi senang korang search dekat fb "Coffee Streets Kuantan". Gerenti jumpa!

Okbai,
AkuSeorangTraveler

7 comments

  1. tengah blogwalking ni tengok makanan plak adeh haha..
    CT x penah JJCM sngt kt Kuantan.. penah makan sate yang famous tu je.. nantila plan serbu rumah spupu kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. jgn lupa singgah sini. sedap2 tau :D haritu JJCM dekat sana, kebetulan ada kerja kt sana.. :) slmt hr raya Siti, maaf zahir dan batin

      Delete
  2. Wah wah. Byk gak kedai makan kat kuantan ni eh. Nk try kula cakes. Org kata sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah nampak haritu kula cakes. nak singgah tak sempat. nanti lau sempat singgah..lain kali huhuh

      Delete
  3. murah ke mahal? rasa cam murah dah tu

    ReplyDelete
  4. Pergh!! Tak menahan harga sky juice dia..
    Dalam banyak2 terperasan yang itu lak..
    Kalau singgah sini memang x order sky juice la..
    Order air best2.. boleh gitu.. kikikikiki

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.