Salam semua!
Ada satu lagi restoran aku belum update masuk blog. Restoran Coffee Street, Kuantan Pahang.

Biasala last month, 2 minggu berturut-turut turun Kuantan. Ade wedding job dekat sana, so aku ada singgah restoran ni 2 kali. 2 kali tau. Hahaa. Sebab apa, sebabnyer sedap. So singgah banyakali pun, takde masalah :D

Bandar Kuantan, bukanla bandar yang aku biasa pegi. Time study dulu ada la turun sekali pegi rumah kawan, time tu naik public transport. So perjalanan jadi terhad. Sekarang ada transport sendiri, bolehla google sana sini cari tempat makan.

Review punya review, ada orang sugest makan dekat Restoran Coffee Street ni. Nama restoran, ingatkan dalam tu ada kopi-kopi je. Macam Starbuck. Tapi tak. Ianya restoran, macam-macam menu dok ada. So, jom kita intai menu





Ala Thai ada, Western, Masakan Melayu. Semua ada. Pilih jer. 

So macam biasa, makanan feveret aku, Tomyam mesti ada. So haritu kitorang order;

1x Tomyam Putih
1x Nasi Putih
1x Telur Dadar
1x Nasi Goreng Thai
1x Ice Blended Choc
1x Sky Juice
1x French Fries

Total semua termasuk GST, RM41.77. Ha tu dia harga. Order pun banyak, macam makan 4 orang hahhaa. Lapar punye pasal!





Ice Blended Choc, memang sedap! 



Nasi Goreng Thai, nampak berselera sangat kan? Memang sedap pun :p


Sup kosong. Walau kosong pun rasa dia sedap :)




Tomyam Seafood. Tu dia. Aku order tomyam ayam, tapi dapat seafood. Takperlah janji sedap! :D


Telur dadar..



French Fries pon sodap! hahaa

Sory yer, ter post bulan puasa dan close up kan gambar makanan! hahah. Aku lupa nak update bulan lepas. Coffee Street ni wajib kena post, sebab bagi aku kalau sesiapa yang datang Kuantan, wajib try restoran ni. memang puas hati la :) Servis pon not bad..

So pada sesiapa yang memang ada dekat Kuantan atau plan bercuti ke Kuantan, korang boleh singgah restoran ni. Alamat korang waze jer ikut alamat bawah ni,

Coffee Street,
A57, Lorong Tun Ismail 2, Sri Dagangan 2, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia

Err tak silap aku, kalau search dengan Waze, salah location dia bagi. Better buka FanPage Coffee Street ni. InshaAllah akan sampai.

P/S: Link fanpage tu xtaula betul ke tak, aku copy link dari menu dorang. Kalau nak lagi senang korang search dekat fb "Coffee Streets Kuantan". Gerenti jumpa!

Okbai,
AkuSeorangTraveler

Coffee Street Kuantan

Tuesday, June 28, 2016

Assalam semua!

Oi, lama dah tak update blog. Sunyi sepi. Biasala kalau bulan puasa, macam pack sikit. Macam-macam benda kena buat. hihi.

Harini update, just nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua dan selamat menyambut Hari Raya EidulFitri yang bakal tiba.

Maaf zahir & batin.

Tak lama lagi dah, nextweek jer. InshaAllah.

Sekarang menunggu hari jer nak balik kampung. Lagi 3 hari dari harini, hoyeahhh!



Okbai,
AkuSeorangTraveler

Salam Ramadhan & Selamat Hari Raya

Salam, 

Hari tu sepanjang ade dekat Kuantan. Sempat la sebelum balik KL singgah makan ABC Ice Cream special dekat Taman Gelora, Kuantan. 

Harga RM3.50 Rasa dia not bad. Berbaloi la dengan rupa dan harganya! ;)



Saper yang nak makan santai² tempat yang agak berangin sebab dekat dengan pantai tu, bolela datang dekat Taman Gelora.


Coconut shake pun haderrr..







Pantai nampak, tapi jauhla.. Tempat tu kalau shoot gambar wedding memang cantik!

Cuma satu je tak best dekat situ, kekadang ader bau sampah 

OkBai,
AkuSeorangTraveler

ABC Ice Cream

Thursday, June 2, 2016

Salam,

Sekarang hari-hari aku dok cek Nuffnang, alhamdulillah jalan je walau sekali masuk 2sen, 1sen. etc.. hehe. Menabung melalui penulisan blog. :p


TQ Nuffnang.

Saper yang ada blog, tapi belum ada akaun Nuffnang, daftarla free jer. Sambil menulis sambil dapat income. Biarla sikit. Lama-lama jadi bukit :D

Err, tapi aku masih musykil. Iklan Google Ads aku xpernah keluar walau dah aktifkan beberapa bulan yang lalu. Kenaper ek? :(

Bai,
AkuSeorangTraveler

Tabung Nuffnang

Salam,
Last weekend, lepak dekat Restoran Sup Ayam Kampung, Kuantan Pahang. Disebabkan aku tak biasa dekat sana, so main redah jer singgah makan dekat mana² restoran yang agak rasa sedap nak singgah. Heheee.

So, tersinggahla sini... Restoran Sup Ayam Kampung. Try jugak review dekat google. Tapi, tak banyak sangat.

Kiter cuba jelah kan! Jom masuk.


Masa singgah haritu dah lewat malam, dekat pukul 12pg. So takde orang. 


Apa yang special dekat sini, mestila dia punya sup ayam kampung kan? So malam tu, kitorang order;

1x Sup Ayam Kampung
1x Nasi Putih
1x Telur Bistik
1x Nasi Goreng Thai Special (Kalau tak silap)
2x Air Kosong

Total semua, RM23.00


Tu dia, nampak macam sedap kan!



Bila dah try makan tu, memang sedap. Semua sedap. Sup ayam dia, perghhh.. Rasa dia kena dengan selera kitorang. Makan sampai licin la malam tu. Dahla memang lapar kan? ahhahaaa! #alhamdulillah 1st time try, rasa sedap. Kalau tak sedap tu, frust jugak. 

So kalau korang ada Kuantan, wajib try makan dekat restoran ni. Kalau nak ke restoran ni, korang boleh waze atau search jer dekat Facebook (keyword: Restoran Sup Ayam Kampung) mesti jumper. Aku try cari alamat formal dia, tak jumpa. Datang sini pun, main redah je sebab nampak tepi jalan :p

Okla, bai
AkuSeorangTraveler

Restoran Sup Ayam Kampung

Chit Chat

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.