Restoran Satay Hut, Tanjung Karang

Monday, April 18, 2016

Assalam,
Semalam lepas habis shoot dekat Sekinchan, otw nak balik PJ aku singgah makan dekat Restoran Satay Hut.

Korang pernah makan dekat sini tak? Heee

Dah lama tak singgah makan dekat sini. Ape yang special dekat restoran ni, adalah satay dia. 

Phewww. Sedap!


Aku order 20 cucuk makan 2 orang semalam. Tapi size kecik punya satay. Kalau size besar, tak habis. Sebab memang besar..

Harga satay adalah seperti berikut. Aku cedok google je. Semalam lupa nak snap harga. So, harga dalam sekitar,

  • Satay Kecil - RM0.80 sen
  • Satay Besar -  RM1.60 sen
  • Nasi impit - RM0.50 sen
  • Ketupat - RM0.60 sen

Satay dia hanya ada ayam jer, daging takde yer. Harap maklum :p

Kalau nak makan satay sajer tanpa nasi impit/ketumpat pun ok. Ala cart satay! :p Lain-lain menu, macam-macam ader. ABC, masakan thai, goreng-goreng. Macam-macam lagi la. Rambang mata.!

Restoran ni, kalau datang, memang parking sentiasa full. Kekadang sampai, parking tepi jalan jer. Meja pun kekadang kena share dengan orang lain. Meja besar la, yang mana ada kosong. Selit je.

So, sesaper yang tak pernah makan sini. Nak try sekali satay dia, korang boleh #waze alamat kat bawah ni,

Restoran Satay Hut 
Alamat: Jalan Besar, Taman Mahsuri Indah, 45500 Tanjong Karang, Selangor, Malaysia
Contact: +60 14-521 3807

OkBai, 
AkuSeorangTraveler

Post a Comment

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.