Salam,
Pagi semua!

Ahad lepas, aku ade singgah lunch dekat Teh Tarik Place lepas shoot. 1st time makan situ. Restoran nampak exclusive, jom kiter masuk! :D Ader orang lanjer ;)





Restoran punya deco nice, siap beraircond. :) Bila dah ada tempat duduk, kita intai menu pulak. Aku baru 1st time masuk makan restoran ni, tak tau jenis menu yang diorang serve. Kawan bawak, kiter masuk jer. 

Jom intai menu!



Menu agak menarik. Macam-macam jugak yang ader. Disebabkan lunch, aku order makanan yang berasaskan nasi. Nasi Goreng Kampung. Kengkawan order Laksa denga Mee Kari. 3x Air kosong, 1 Sirap Bandung. Total semua, tak sure sebab kawan sorok resit. 

Orang belanjer, orang belanjer! :p 

*Nak order, kena tulis dekat kertas yang diorang sediakan. Then bawak ke kaunter, terus bayar.



Nahh, Mee Kari, Laksa dengan Nasi Ayam. Err, kenaper aku order Nasi Goreng Kampung tapi dapat Nasi Goreng Ayam. Mula-mula ingat nak return, tapi disebabkan servis dorang agak slow dan aku pun dah lapar. Makan jerlah. Lagipun dah bayar.




Rupa Nasi Goreng Ayam agak menarik dan banyak. Berbaloi dengan harga. Tapi, bagi aku rasa dia takde la superp wow. So so lah. Janji kenyang.

Laksa dengan Mee Kari, kawan kata sedap. Licin gak aku tengok dorg makan. Cuma ada rasa manis-manis sikit. Maybe, owner Teh Tarik Place ni, asal kelantan :)

View disekitar Teh Tarik Place cawangan Putrajaya ni agak menarik. Boleh nampak Masjid Besi dari jauh :) Tapi sayang, masa tu jerebu. So nampak langit putih jer, tak biru.



So, sesaper yang nak try makan sini korang boleh #waze alamat kat bawah ni,

Teh Tarik Place,
AYER@8
C1-G-2, Ayer@8
Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya.

Teh Tarik Place ni banyak cawangan, untuk info lanjut korang boleh view website diorang


OkBai,
AkuSeorangTraveler

Teh Tarik Place

Friday, April 29, 2016

Assalam,
Semalam lepas habis shoot dekat Sekinchan, otw nak balik PJ aku singgah makan dekat Restoran Satay Hut.

Korang pernah makan dekat sini tak? Heee

Dah lama tak singgah makan dekat sini. Ape yang special dekat restoran ni, adalah satay dia. 

Phewww. Sedap!


Aku order 20 cucuk makan 2 orang semalam. Tapi size kecik punya satay. Kalau size besar, tak habis. Sebab memang besar..

Harga satay adalah seperti berikut. Aku cedok google je. Semalam lupa nak snap harga. So, harga dalam sekitar,

  • Satay Kecil - RM0.80 sen
  • Satay Besar -  RM1.60 sen
  • Nasi impit - RM0.50 sen
  • Ketupat - RM0.60 sen

Satay dia hanya ada ayam jer, daging takde yer. Harap maklum :p

Kalau nak makan satay sajer tanpa nasi impit/ketumpat pun ok. Ala cart satay! :p Lain-lain menu, macam-macam ader. ABC, masakan thai, goreng-goreng. Macam-macam lagi la. Rambang mata.!

Restoran ni, kalau datang, memang parking sentiasa full. Kekadang sampai, parking tepi jalan jer. Meja pun kekadang kena share dengan orang lain. Meja besar la, yang mana ada kosong. Selit je.

So, sesaper yang tak pernah makan sini. Nak try sekali satay dia, korang boleh #waze alamat kat bawah ni,

Restoran Satay Hut 
Alamat: Jalan Besar, Taman Mahsuri Indah, 45500 Tanjong Karang, Selangor, Malaysia
Contact: +60 14-521 3807

OkBai, 
AkuSeorangTraveler

Restoran Satay Hut, Tanjung Karang

Monday, April 18, 2016

Travelog Faghuzi
Harga: RM20.00

Postage SM RM6/SS RM10
Whatsapp +6011-14922333




===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7”
ISBN-13: 9789671317136
Tarikh Terbit: 20 OKT 2015
Jumlah Muka Surat: 272
Berat (Kg): 0.22
===========================

“Destinasi hanya sebuah persinggahan untuk kita terus mengembara mengenal erti kehidupan. Manusia pada asalnya adalah pengembara.”

Ahmad Fauzan Azam. Kawan Tajrin Faruqi. Pelajar cemerlang. Muda. Belum Berjaya. Traveller. Entah ke mana, don’t know.

Travelog Faghuzi

Wednesday, April 13, 2016

Salam,
Sesaper minat Ais Jagung, korang boleh try dekat Restoran Periuk Belanga ni. Mengancam sedap!


Siap ada aiskrim lagi atas dia.


Harga: RM5.50. Boleh makan 2 orang. Sebab banyak! Tengah-tengah panas ni, sedap oi telan ais jagung, sejuk! :D

Okbai,
AkuSeorangTraveler

Ais Jagung

Monday, April 11, 2016

Assalam,

Baru harini terbaca satu artikel, berikutan ada orang viral hanfon dia kena curi, dan ada satu Aps yang boleh snap gambar orang yang masukkan Lock Pattern atau Pin Code yang salah dekat hanfon pemilik. Nah, siap nampak lagi gambar orang tu. Naya! :p

Padahal aplikasi ni dah lama, tapi aku baru tahu harini. ahhaaa!

So kat sini aku nak share satu Aplikasi yang agak best, nama aplikasi tu Lockwatch- Thief Catcher. Korang boleh cari dekat Playstore.



Aplikasi ni akan membantu,

  1. Snap gambar #selfie pencuri atau orang yang cuba masukkan pin code/pattern lock yang salah secara senyap.
  2. Bagitahu current lokasi fon.
  3. Gambar dan koordinat lokasi serta-merta akan dihantar melalui emel yang kita daftarkan dekat fon tu. :)
** Syarat fon mestila kena ada kamera depan, kalau kamera belakang saja not sure boleh ker tak?

Okla tu je nak share.

Bai,
AkuSeorangTraveler

Lockwatch Aps Android Untuk Kesan Pencuri dan Lokasi Handphone Yang Hilang

Tuesday, April 5, 2016

Haaa, ini my oyen. Comel tak?


Terkejut jugak semalam, pagi-pagi ada orang Whatsapp dan komen dekat Instagram bagitau oyen masuk TV :p 

Terpilih masuk dalam segmen ucapan pagi dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O. haha. Segmen ucapan pagi je pun hee. Tp just excited jugakla kan. Last week sajer post dekat pagi Nasi Lemak Kopi O, semalam baru terpilih. Anyway thanks!

TQ jugak pada follower oyen, okenchitam yang snapkan gambar ni. Semalam tak tengok pun, sebab masih tido huhu.



Kenangan manis :)



Kalau korang seorang pencinta kucing dan nak tengok macam-macam gelagat si oyen, korang boleh follow instagram Oyen The Cat. Sajer aku create kan satu akaun sebab aku salah sorang pencinta kucing jugak! :)

Okbai,
AkuSeorangTraveler

Oyen The Cat

Monday, April 4, 2016

Salam 1 April 2016 semua!

Tak luper jugak pada GST, happy birthday to you! :p

Dah genap setahun dah awk.

Okbai,
AkuSeorangTraveler

1 April 2016

Friday, April 1, 2016

Chit Chat

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.