Travelog Wartawan Islam

Wednesday, March 30, 2016


Travelog Wartawan Islam
Harga: RM16.00
Harga kat sini: RM14.50

Pos SM RM6/SS RM10
Whatsapp +6011-14922333




===========================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-361-022-8
Jumlah Muka Surat: 256
Berat (Kg): 0.28
Penulis: Roslan Hamid
===========================

Buku “Travelog Wartawan Islam” ini sungguh mengasyikkan. Ia sesuatu yang  mesti  dibaca dan dihayati  dengan naluri  hati oleh semua yang mengaku dirinya manusia. Tidak kira  samada  anda seorang  pembaca  yang bukan beragama  Islam atau yang mengaku sebagai seorang Muslim.
Buku ini mempunyai nilai moral yang tinggi, estetika yang berkualiti dan prinsip hidup yang sungguh jitu. Juga membuktikan setiap manusia ciptaan Allah yang berniat baik walau hanya sekelumit di hati yang suci murni, maka Allah akan memberi panduan jalan kehidupan yang terbaik.
Maha Suci Allah yang memberi pertunjuk kepada sesiapa jua yang  Dia kehendaki  tanpa batas, dan juga boleh tersasar dalam kehidupan  dunia jika tersalah. Sebab itu ramai juga yang mengajar Ilmu Syariah tetapi longgar amalannya syariatnya,  dan ada yang mengajar Ilmu Tauhid tetapi tidak langsung mentauhidkan(taat sepenunhya) kepada  Allah SWT dalam kehidupan sehariannya. Renungilah..
Perkongsian kisah benar wartawan ini  teramat baik buat tauladan semua pengamal media samada yang baru atau lama serta sesiapa yang luas pergaulan sosial dalam kerjaya seharian.
Mudah-mudahan hati anda merasa keabadian diri sebagai manusia dan mendapat sebutir sinar mutiara hidayah apabila membaca kisah benar ini yang digarap dari lubuk hati penulis dengan sejujur-jujurnya.

Post a Comment

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.