Kungfu Panda 3

Monday, March 14, 2016

Hi!

Last week, aku pegi tengok citer Kungfu Panda 3 (3D). Syiokk oh! Tambah-tambah 3D, memang best. Total 2 tiket aku beli haritu termasuk GST, RM39.00.


Ape yang aku boleh share sikit, si panda ni dah jumpa bapak kandung dia. Punyerla happy, sebab dah 20 tahun tak jumpa.


Bila dah jumpa tu, bapak dia nak bawak dia balik kampung asal diorang. Dan cuba ajar dia cara kehidupan panda yang sebenar.



Masa tengok part 1 dulu, terkejut jugak bapak si panda tu itik. Macam tak logik, tapi disebabkan kartun, aku logikkan jugak. Tapi bila dah tengok part 3, baru aku tahu rupanya yang itik tu bapak angkat dia jer, yang dah bela dia selama 20 tahun.
Ni haa, bapak angkat itik si panda tu, Mr Ping.

Korang rasa, apa reaksi bapak angkat itik dia tu, bagi ke tak bapak kandung dia bawak balik si panda tu ke kampung asal? Kawan-kawan kungfu dia yang lain pulak macamne?

Bab lain, korang kena tengok sendiri. Memang best! Tak boring... haha.

Okbai,
AkuSeorangTraveler


2 comments

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.