Kamera Apa Yang Sesuai Untuk Bawak Travel?

Tuesday, March 29, 2016

Assalam,

Setakat ni, ramai jugak yang bertanya dengan aku.

"Sis, kamera apa yang sesuai untuk bawak gi jenjalan, atau travel? Tak puaslah kalau guna fon. Boleh sugestkan tak DSLR apa yang sesuai?"



Yer, memang pakai fon tak puas. Tak sama fungsi dia dengan DSLR atau dengan kamera-kamera yang seangkatan dengannyer.. Tapi, pakai fon kita boleh live update ke media sosial, update tempat yang kiter berada sekarang, dan siap share location lagi? Walau dalam kapal terbang pun, boleh update terus gambar sayap dan awan haha.. Tak seronok? :D

Fon sekarang pun makin lama makin canggih, dengan hasil gambar yang superp wow seperti iPhone. Harga? RM3k keatas kot. Mahal. Hanya sesetengah orang je mampu. Jenama-jenama lain macam Samsung, Huawei, Lenovo pun tak kurang hebatnya. Dah canggih. Tapi belum mampu capai gambar macam DSLR hasilkan. Betul? Bagi saya lah. Sebab tak pernah guna iPhone :p

Untuk soalan tu, bagi pendapat aku. Kamera yang paling sesuai nak bawak travel merata, adalah kamera mirrorless.

Eh, kenapa bukan DSLR?

Mirrorless camera ni, fungsi dia lebih kurang atau sama dengan hasil gambar dari DSLR jer pun. Aku pilih mirrorless lebih sesuai untuk bawak travel sebab ianya lebih kecil dan mudah nak bawak kemana-mana. Kalau DSLR, saiz agak besar berbanding mirrorless. Traveler ala backpacker macam kiter ni, sesuai bawak barang-barang kecik je. Kalau besar-besar ni, payah nanti. Macam-macam hal. Nanti bag pun tak cukup satu! :p

Ni contoh mirrorless camera yang best untuk kiter bawak travel,



Jenama macam-macam, pilih je yang mana suka dan ikut duit poket memasing. Hasil gambar jangan risau memang superb macam DSLR. Malah fotografer jalanan pun ada yang shoot guna mirrorless jer, tak perlu angkut kamera besar-besar macam DSLR.

Mungkin sesetengah orang lebih prefer DSLR dari semua kamera. Betul, sebab gambar sangat superb kalau kena gaya. Tambah-tambah, mana yang ada lebih duit poket tu, beli yang Full Frame, gambar sangat cantik.

Cuma bila travel, nak bawak kamera besar-besar jadi leceh. Risiko jugak tinggi, takut diragut. DSLR memang peragut intai jer.

Pengalaman aku hampir diragut akibat saje bawak DSLR jenjalan, shoot pemadangan di Taman Tasik Taiping konon. Tapi alhamdulillah, mungkin disebabkan peragut tu malas turun dari motor.

Dan.....aku pulak, rasa tak sedap hati, jalan jejauh sikit sambil pikir plan B kalau peragut tu turun. Nak lari sekuat hati, pegi tempat yang ramai orang. huhu

Takde apa yang berlaku. Peragut tak jadi ragut. Mungkin sebab tetiba banyak lak kereta lalu. :)

DSLR sekarang jangan ditayang sangat, tambah-tambah kalau sorang-sorang. Bahaya. So memang risiko sikit kalau nak bawak jalan-jalan. Dan bagi aku mirrorless ok, sebab kecik. Bukan takde risiko, tapi kurang risiko berbanding kita nak bawak DSLR merata. Kecuali kita travel group. Selamat sikit.

Atau kalau nak lebih kecik lagi, bawak GoPro. Tapi, lemah pada bateri. Memang tak tahan lama. huhu!

Sesetengah orang nak jugak pakai DSLR, boleh. Takde masalah. Tapi kena lebih berhati-hati :)

Sebelum beli Mirrorless Camera ni, korang kena tahu saiz sensor dsb. Sebab macam-macam jenis dan jenama ada dekat pasaran. Antara jenis sensor yang ada,

- sensor APS-C
- sensor Four Thirds
- sensor Nikon CX (1 inci)
- sensor kecil 1/2.3 inci (Pentax Q)


dan berikut adalah gambaran saiz sensor,


Makin besar saiz sensor, makin bagus gambar..

Aku pun takla arif sangat pasal benda alah ni sebenarnya. Nak ajar lebih-lebih pulak kang tersalah, naya hahaa. So nak tau lebih lanjut korang boleh tanya mr. google search la yer..

So, pada siapa yang masih tercari-cari kamera apa yang sesuai. Aku suggestkan Mirrorless Camera la. Lebih kecik, kurang risiko, lebih senang dibawak.

Okbai,
AkuSeorangTraveler

5 comments

  1. Replies
    1. AkuSeorangTravelerMarch 28, 2016 at 4:47 PM

      YiCam pun syok kan? selain tu, SJCAM? Yicam bateri tahan lama ker?

      Delete
    2. Yicam.hasil gambar memuaskan lagi setanding dengan gopro...

      Delete
    3. Yicam.hasil gambar memuaskan lagi setanding dengan gopro...

      Delete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.