Gerhana

Thursday, March 10, 2016

Assalam,


Semalam 09032016, ramai kan yang share gambar gerhana matahari, sekitar 7pg hingga 9pg. Fenomena yang jarang berlaku.

Masa aku kecik² dulu, bagi aku gerhana ni memang sangat jarang berlaku. Jarang berlaku pada aku, mungkin sebab aku tak paham apa itu gerhana atau aku memang tak amik tahu pun. Banyak main. hihi

Ingat lagi, nak tengok gerhana matahari tu guna biasan dari air dalam baldi je. Tapi mata still sakit. Tak tau sape punyer idea tu hahahaa. Kan tak boleh tengok direct, so kitorang tengok dari bayang² air dalam baldi je..

Tapi sekarang, bagi aku makin kerap berlaku gerhana ni.

Mengikut apa yang aku baca, pada zaman Nabi Muhammad SAW dulu, jika berlaku gerhana, Nabi SAW jadi risau. Dan kita disuruh untuk kerjakan 2 solat sunat gerhana, berzikir dsb. Tapi harini, aku tengok dah macam satu pesta, ramai² tengok gerhana ni huhu.

Dan dari salah satu info yang aku baca, gerhana ni jugak adalah satu peringatan dari Allah SWT dan petanda dunia akan hampiri kiamat. Makin kerap berlaku, makin hampir kita. Allahualam.. :(

Semalam aku tak dapat tengok gerhana tu, sebab takde film, tinted/glass untuk aku tengok direct. Hanya rasa dan dapat tengok suasana jam 8pg++ tu macam suasana maghrib.
Sama² berdoa moga kita hidup dibawah rahmat Allah dan semoga kita dihindari dari terjadi perkara² yang kita taknak.. amin

Salam,
AkuSeorangTraveler

Post a Comment

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.