Hayaki Cafe 24 Jam

Wednesday, February 10, 2016

Assalam,

Selamat pagi semua. Lepas cuti CNY ni, rasa macam malas nak masuk kerja harini. Rasa lemau.. Nak lepak rumah lagi, cuti-cuti :p Yang mana masih bercuti, selamat bercuti. Nasib badan, harini aku dah start kerja.. huaa!

Pagi ni aku nak bercerita pasal nasi lemak. Sesiaper yang tinggal area Damansara Uptown, atau area berhampiran mesti tau restoran mana yang ada jual nasi lemak, sedapp!

Pernah dengar The Village Restaurant? Nasi Lemak dia tiptop. Memang ramai orang breakfast dekat situ. Haritu, ada hari aku teringin nak makan nasi lemak dekat The Village, sebab dah lama tak makan punyer pasal, try serbu pagi tu. Sampai-sampai, ya Allah ramainyer... Dah macam pasar. Orang yang menunggu turn duduk pun, masih ramai. Takkan aku yang baru sampai ni, nak menunggu. Time tu dah pukul 9pagi+ lebih kurang. Macam dah lewat. So aku, pikir nak makan nasi lemak dekat mana....


Ternampak, restoran sebelah dia bukak. Pagi-pagi ni tentula menu dia untuk breakfast kan? So, intai menu dia kat tepi restoran tu. Yaaa, ada nasi lemak. Apa kata kiter try sini, memang sebelum ni tak pernah try. Orang tak ramai masa tu. Tapi aku masuk jugak.

Jangan judge restoran tu, by pelanggan ramai ke tak ramai. Belum cuba kita tak tahu kan :p


Nak order pun senang, tekan button je. teeeett! Pelayan dia datang.

So jom masuk, intai menu!





Nah tu dia, macam-macam ada. Dah niat tadi nak makan nasi lemak, so kiter try nasi lemak dia... So pagi tu aku order,

2x Nasi Lemak RM19.00
1x Air Suam RM0.60
1x Milo Panas RM3.30
1x Iced White Coffee RM4.20

Total semua termasuk GST RM27.10



Not bad juga rasa nasi lemak dia. Tak nyesal masuk, sebab tak ramai orang macam The Village tu. Orang lain dok menunggu, kiter dah setel makan!


Nahh, licin! Kalau licin tu tanda dia sedap. hehe. So korang kalau ada dekat-dekat area Damansara Uptown ni, korang boleh singgah restoran ni, atau korang boleh #waze ikut alamat bawah ni,

Hayaki 24 Jam,
Alamat: 1, Jalan SS 21/37, Uptown Damansara Utama, 474000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Phone:+60 3-7732 9912

Waktu Operasi: 
Rabu Open 24 hours
Khamis Open 24 hours
Jumaat Open 24 hours
Sabtu Open 24 hours
Ahad Open 24 hours
Isnin Open 24 hours
Selasa Open 24 hours

24 jam bukak, so bila-bila jer korang boleh pegi.. :D Nak review lebih lagi, korang boleh view website dia http://www.hayaki.com.my/. Actualy restoran ni ada beberapa cawangan dekat tempat lain selain dari Damansara :)

Yang pasal restoran The Village tu, nanti nextime aku review. Nasi Lemak dia memang superb!

Okla, selamat menjamu selera ;)

Bai, 
AkuSeorangTraveler

4 comments

  1. restoran, mcm nama Jepun.. hehehe =D lapo pulak tengok nasik lemak tu...
    ok, JJCM jap laa... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. byk, western pun ada.. aah mula2 igt restoran ala jepun. rupanya tak :p

      Delete
  2. kita selalu judge kedai by customer..klu xramai org mmg xmasuk..haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. selalu mcmtu la. tapi haritu, ckp dalam hati.. jgn judge restoran dgn customer. so masuk, try. baru tahu. sedappp! :p

      Delete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.