Teluk Senangin

Monday, January 25, 2016

Assalam hi!

Sabtu lastweek, aku + family pegi bersantai Teluk Senangin. Just relax² santai, makan dekat tepi pantai. Memang syiok!

Perjalanan dari Kuala Kangsar ke Teluk Senangin, ambil masa dalam 2 jam. 93km. Tak jauh kalau ada highway. Disebabkan takde highway, so perjalanan agak lama. 2 jam. Kalau dari KL 246km, amik masa dalam 3jam.



Dah sampai tu, tengok tempat agak best dan santai. Tak sesak macam dekat Teluk Batik, Lumut. Terlampau ramai orang. Nak cari tempat pun senang.



Bersantai tepi pantai, makan nasi panas. fuhh! Best


Anak buah, sampai-sampai terus tido dalam khemah.




Kitorang lepak sini, sampai jam 7ptg. Jam 7 ni dah tak ramai orang. Tapi ada jugak segelintir yang berkhemah kat situ. Next time boleh la berkhemah situ ramai-ramai. Jimat duit tak payah sewa chalet.



So kepada sesiapa yang teringin nak pegi sini, korang boleh #waze dan korang taip perkataan ni,

Teluk Senangin Beach.

Kalau tak, payah jugak waze nak guide. Ke tempat lain plak yang dibawa.Sebab situ banyak kampung-kampung.

Bagi aku yang bestnya Teluk Senangin ni, orang tak sesak. Senang cari parking. Port nak lepak pun senang cari. Banyak pokok-pokok rendang di persisir pantai, nak lepak pun rasa sejuk-sejuk je, tak panas. :)

Selamat bersantai!

Okla Bai,
AkuSeorangTraveler

6 comments

  1. cayalah - berjaya sampai teluk senangin.

    selalunya local je yang g tempat ni...

    orang perak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. kampung kt perak. kuala kangsar :p haha.

      Delete
  2. teluk batik tu - dah kotor + sesak

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sana sesak. so teluk senangin santai je. xsesak :D

      Delete
  3. Teluk batik memang dah tak best.. Teluk Senangin nie pun dah makin ramai org datang tapi masih ok lagilah.. Dekat ngn umah saya nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh dekat dgn rumah ek. nanti lama-lama nanti ramai la tu orang serbu huhuh

      Delete

Chit Chat

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.