Restoran Murni

Tuesday, January 12, 2016

Assalam hi!

Last weekend, kawan teringin sangat nak makan meatball. Nak try meatball selain Ikea. Meatball dekat Ikea kiter dah sedia maklum, memang sedap. Tapi, malas nak beratur panjang. Hahaa
So try google, dekat mana ada meatball setanding ikea. Google punye google, macam tak jumpa. Mungkin aku tak pandai nak search.

......... tetiba terpikir, dekat Restoran Murni ada jual meatball. So, try google. Then tengok-tengok memang ada orang mention. Meatball dekat Restoran Murni, recommended. Wah! Macam best kan?
So, try pegilaaa Murni dekat SS2 PJ. Situla area paling dekat sikit dengan rumah aku.

Jom kiter belek menu.



Bila bukak menu, rambang jugak bijik mata. Almaklumla, tengah lapar. So, kitorang order;

1. Beef Meatball RM8
2. Naan Mozzarella Becham Special RM8.50
3. Air Traffic Light (Large) RM8
4. Air Kosong. Wajib ada! RM0.30

Total: RM26.30 termasuk GST

Tunggu punya tunggu, meatball dengan segala air dah sampai. Cuma satu jer belum sampai, roti Naan tu.Agak lambat sikit, maybe sebab dia special :p






1st time try Meatball dekat Restoran Murni. Agak mengecewakan, rasa tak berapa sedap dari apa yang aku bayangkan. huhu. Setanding dengan Ikea? Jauh panggang dari api!

Meatball dia keras sikit, dan kuah tak sedap huhu. Sama macam Naan Mozzarella Becham, pun tak berapa sedap. Masin huhu.

Actualy, bukan 1st time aku makan dekat Murni. Dah banyakali. Makanan lain kebanyakannya memang sedap, selalu order Nasi Goreng Meletup. Tapi kali ni, agak kecewa laa. Sebab tak sedap. So, aku tak suggest la kalau korang nak makan meatball dekat sini. Tapi, tak salah kalau nak cuba. Mana tau kena dengan selera. Wkakaak! Tapi, bagi aku mmg outlaa. 

So kalau orang ade dekat-dekat SS2, PJ. Boleh serbu restoran ni. Ikut alamat kat bawah ni.

Address: 53, Jalan SS 2/75, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Phone:+60 3-7786 5660

Hours: 
Tuesday 7:30 AM – 4:00 PM
Wednesday 7:30 AM – 4:00 PM
Thursday 7:30 AM – 4:00 PM
Friday 7:30 AM – 4:00 PM
Saturday 7:30 AM – 4:00 PM
Sunday 7:30 AM – 4:00 PM
Monday Closed

Atau korang boleh view website diorang http://www.murnidiscovery.com/

Okbai,
AkuSeorangTraveler

Post a Comment

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.