Masjid Muhammadiah

Monday, January 18, 2016

Assalam,
Bulan lepas ada job dekat Ipoh, Perak. Dan tiba waktu asar, kami cari masjid. Pakai #waze. Kalau takde waze, mcm 100% boleh sesat kan? Haillaaaa, zaman sekarang ni. Hahaha.

Padahal boleh je mencari kan?

Tapi dengan adanya #waze atau #googlemap, kerja mencari untuk sampai ke suatu tempat sangatlah mudah. Menjimatkan masa, petrol dsb.

Taip masjid di tools search #waze, terus akan keluar dan navigate ke masjid yang berdekatan.
Kitorang ikut jer waze tu bawak, tetiba terjumpa Masjid Muhammadiah ni. Mula-mula sampai tu, rupa tokong cina. Sebab kekadang #waze ni pun ada jugak silapnya. Takde yang perfect kan? :p
Jalan kedepan sikit, tengok2 betul masjid. Masjid Cina Muslim. Cantik!

Jom masuk!




Bila masuk tu rasa macam ada dekat negara China. Ni 1st time masuk masjid Cina. Sebelum ni just pernah masuk Masjid India je. :)

Masjid ni terletak di Tasek, Ipoh Perak. Kos pembinaan masjid berkonsepkan seni dan budaya Cina ni, antara 4-5 juta. Luar dalam cantik. :) 



So saper yang teringin nak singgah solat kat sini, boleh waze terus ke alamat bawah ni;

Masjid Muhammadiah,

No 17, 13, Regat Tasek Jaya 1, Taman Tasek Jaya, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia

OkBai,
AkuSeorangTraveler

5 comments

  1. lawa masjid tu... x pernah sampai lg ke situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah lawa dan unik. sy pun 1st time masuk haritu :)

      Delete
  2. Kalau orang tatau tengok dari jauh memang serupa tokong. Tapi ini lah indah nye Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol. mula2 dari jauh nampak, err betul ke masjid :D hehee indahnya Malaysia :)

      Delete
  3. Walaupun saya duduk dekat perak, tapi saya tak pernah lagi gi masjid nie.. Cantik..

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.