Capsicum Steamboat & Grill

Thursday, January 28, 2016

Assalam hi,
Selamat petang... :) :)

Semalam, aku pegi makan dekat Restoran Capsicum Steamboat & Grill. Pernah pegi tak? Aku rasa restoran ni baru bukak kot, sebab bulan ni diorang ada buat harga promosi,

Dewasa RM19.90
Kanak² RM10.90

Makan sampai muntah hahaha. Apa lagi, jom masuk!


Ramainyer orang :D Sebelum cari tempat, kena bayar dulu bape person nak makan. So semalam kitorang semua 5 orang. Sebelum pegi dah siap-siap booking takut full.





Sebelum cari tempat, kena bayar dulu. Semalam kitorang 5 orang, so total RM99.50. Then owner kedai carikan kita tempat nak lepak-lepak masak. :p Lepas tu kena pilih nak kuah ape. Ada 2 pilihan,
  • Tomyam
  • Sup
So kitorang pilih tomyam. Jom serbu makanan!


Nak serbu tu, kena beringat. Kalau korang amik makanan berlebihan, dan lepas tu tak habis makan. Haa, kedai ni dah bagi warning siap-siap. Kalau ada makanan yang tak habis tu, akan dikenakan extra caj RM10 setiap 100gram. :p so amik kena berpada-pada. Agak-agak habis ok, amik sikit-sikit pun lagi selamat, sebab kalau nak tambah banyakali pun boleh. Kata RM19.90 sorang tu makan sampai muntah. hahaha!


Nah tu dia, nasi goreng dengan mee goreng pun ada. Kalau korang rasa larat nak makan, amik jer! :D




Lepas setel amik semua benda, jom kiter memasak pulak :D







Dah setel masak, jom kiter makan.. Pergh daging, sotong, udang bakar. Sedap!



Daging bakar bersama sos blackpepper. Phewww! Mabelesss. Tengok orang lain pun busy dengan makanan masing-masing!



Dah puas makan, kita amik pencuci mulut pulak. Aiskrim, jom! :) Ikutla korang nk cedok bape banyak pun. 




Alhamdulillah habis jugak kitorang makan, walau bertambah daging ayam, kambing semua. Kena pulak lepas makan, bedal aiskrim. Memang syiok laaa...

So kalau korang nak pegi, sekarang sampai hujung bulan masih ada promosi. RM19.90 setiap orang. Makan sampai kenyang. Lepas bulan ni, dah takde harga promo dah. Dan lagi satu, restoran ni bukan beraircond yer. So korang tak digalakkan pakai baju sejuk dsb. Kalau tak panas macam aku semalam, berpeluh-peluh. Maklumla depan mata, makanan dibakar. Phewww. Nasib baik sedap!

Mati-mati ingat restoran ni beraircond.

So cepat-cepatla korang pegi, sebelum harga promo dah habis. Nak pegi korang boleh #waze ikut alamat kat bawah ni;

Capsicum Steamboat & Grill

Alamat: Capsicum Steamboat & Grill, Jalan Klinik, Kampung Bukit Naga, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Fon: +6016-410 4662 (tempah dulu sebelum datang, Whatsapp pun boleh)

Waktu Operasi: 

Khamis 6PM–12AM
Jumaat 6PM–12AM
Sabtu 6PM–12AM
Ahad 6PM–12AM
Isnin TUTUP
Selasa 6PM–12AM
Rabu 6PM–12AM

Ok, selamat ber steamboat! ;)

Bai,
AkuSeorangTraveler

10 comments

  1. Terbaikkk..πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

    ReplyDelete
  2. dgr org cerita, air die charge harga lain...betol ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takla. masa sy pegi minum la byk mana pun. xde caj :)

      Delete
  3. Whatsapp banyak kali tak ber reply ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhaa. adoi. masa mula2 bukak haritu reply jer. skrg dah xreply ek.. huhu try call terus

      Delete
  4. Kedai da tukar nombor 0182655224 ��

    ReplyDelete

Chit Chat

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.