Absolute Thai Restaurant

Friday, January 8, 2016

Hi,

Absolute Thai Restaurant. 
Pegi makan sini minggu lepas. Punyer la cari restoran Halal di Atria Shopping Gallery, Damansara Jaya. Agak payah. Then terjumpa restoran ala thai ni. hurmmm.. Not bad!

Nak rasa suasana makan di Thailand konon. Dekorasi dalam restoran cantik, unik! Thai moden kot. Then sambil makan dengar lagu-lagu thai yang tak best. kahkahkah!




Unik kan? :D

Makanan kat sini, harga semua memang agak mahal la. Tapi murah sikit dari secret recipe. Harga dalam menu, semua dah siap GST. :) Than Hai Aroi Na! (Ape maksud pun aku tak tahu :p)





So belek punya belek, akhirnya aku buat keputusan amik Thai Fried Rice W/Chicken. Harga RM17.90 siap GST. Minum air kosong je.


Berbaloi la kan RM17.90 dalam pinggan dia isi macam gini. :)

Haritu makan 3 orang, order;
  1. 2x Thai Fried Rice w/chicken
  2. 1x Tomyam Seafood Fried Rice w/chicken
  3. 2x air kosong suam
  4. 1 Chinese Tea suam
Total: RM60+- So agak boleh tahan. Dan padan la dengan rasanyer, sedap!



So sape yang terpegi ke Atria Shooping Gallery ni, korang leh singgah sini. Actually, kalau ke Atria Shopping Gallery ni, payah nak cari halal food, macam nasi dsb payah, sebab situ majoriti chinese. Kalau KFC/Subway tu mmg adela. Lau nasi, payah skit nak cari. Bagai nak gila gak cari restoran haritu. Last last jumpe jugak restoran absolute thai ni! :D

  • Location: G 01 - 02
  • Opening hours: 10am - 10pm
  • Contact number: 03-7733 9612

2 comments

  1. saya kalau teringin nk makanan thai, cari kedai tomyam tepi jalan je.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. kedai tepi jalan pun mmg sedap. tp masa tu ada kt dalam Atria. so makan situ jela :D

      Delete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.