Assalam,

Hari ni last, tahun 2015. Nak tutup tirai dah. Tahun 2016 pulak datang! :)



Apa azam kiter untuk tahun baru ni?

Apapun selamat tahun baru, selamat menempuh untuk permulaan tahun yang makin mencabar iaitu tahun 2016! Semoga kita semua dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan semoga kita lebih baik dari tahun sebelum ni.

Menteri pesan suruh kita buat 2-3 kerja sekali gus lepas ni yer! :p

Okbai,
AkuSeorangTraveler


Bye bye 2015!

Thursday, December 31, 2015

Ni ceriter ahad lepas.

Lepas job shooting punyer citer, outdoor pengantin di area Wisma Negeri, Seremban Negeri Sembilan.

Lepas habis shoot tu, perut mula la lapar. Time hujan-hujan masa tu, sedap bedal tomyam! So cari la, guna Google Maps. Search kat situ, keluar la restoran-restoran yang ramai orang dah check in maybe. Beberapa list yang keluar,

1) Man Tomyam (closed)
2) Restoran Tomyam Turbo Seremban.

List restoran kedua, Restoran Tomyam Turbo Seremban. Nama restoran macam sedap. So apa lagi, klik Google Map, suruh navigate ke restoran tu. Jalan punye jalan, entah jalan mana yang dibawak. Sampai masuk lorong rumah taman, backlane + sidelane. Makin pelik. Dan mula give up, sebab restoran tak jumpa-jumpa.

Kekadang, google maps ni tak boleh caya jugak kan. Tapi mmg zaman sekarang, aps map paling penting untuk navigate kiter. Tanpa map, tak tahu la sesat sampai kemana. Padahal, zama sebelum wujudnya segala bagai aps maps ni, boleh je kan cari destinasi yang nak pegi. :p

Bila tak jumpa-jumpa tu, decide nak jalan balik ke arah bandar Seremban. Mana yang jumpe tu, pegi je. Sebab masa tu dah lapar sangat.

Otw jalan tu, tetiba ternampak dari jauh, board tulis "Restoran Bulan Seafood" dan ada gambar tomyam. Nampak gambar tu, macam sedap. Gambar je pun kan, lapar punyer pasal. So singgah. Bedal je, sedap tak sedap belakang citer.

Cari tempat duduk dan terus order. Menu ala-ala masakan thai la. Dah ada gambar tomyam tadi tu kan. So order untuk 2 orang makan;

1) Tomyam Seafood 1x
2) Somtam 1x
3) Nasi putih 2x
4) Telur dadar 2orang makan
5) Special Tea (tak ingat apa nama teh tu, tp nampak agak special)
6) Horlick Ais 1x
7) Air Kosong 1x
8) Extra ais


Waa, macam banyak sangat yang diorder.

1st sekali, rasa kuah tomyam dia. ermmm, sedap! :D So laju je makan, sampai kenyang. Alhamdulillah.

Bajet kami RM25. Rupanya, total semua yang dibayar RM21.50 sajer. Murah tak? Tomyam tu order satu je sebab, banyak boleh makan 2orang.

So aku suggest lau korang ada area seremban, boleh waze/google map restoran ni ikut alamat bawah ni;

Restoran Bulan Seafood
Jalan S2 F2, Garden Homes,
Seremban Negeri Sembilan.

Tu jer nak share. Next kiter ke Perak lagi yer! :D

Err, Restoran Tomyam Turbo tu agak-agak wujud ke tak yer orang Soghomban? :D

Okbai,
AkuSeorangTraveler

Restoran Bulan Seafood

Tuesday, December 22, 2015

Assalam semua.

Sihat? Aku bzzz dengan kerja hari-hari dan partime. So jarang dah update blog.

Last week, aku ade kerja dekat Teluk Intan. Nak berulang dari Kuala Kangsar, agak jauh. So terpaksa cari hotel, yang dekat-dekat dengan tempat kerja. Senang sambil kerja, sambil travel, walau dapat jalan-jalan 30 minit jer!

Last minit punye carian, memang agak risiko. Sebab weekend dan sekarang musim cuti sekolah. Takut semua full booked.

Try cari dekat Trivago. Agak mudah la kan, sebab takyah sibuk nak call-call untuk book. Semua dihujung jari. Yang bestnyer, kebanyakan hotel yang kita nak stay tu, deposit kena bayar masa kita nak check-in. Mudah!

Try-try cari, memang dapat la. Yang agak murah dan sangat selesa. Aku pilih Stephanie Hotel. Dapat harga murah, RM70 semalam, untuk 2org. Sangat puas hati. Cuma takde tingkap. Tu takde masalah, sebab bukan nak stay dalam bilik sepanjang hari :D

Actualy, Trivago dan booking.com memang sesuai untuk backpacker/traveler last minit. So memang aku suggest korang guna website ni untuk cari hotel etc. Tapi, korang kena baca betul-betul description yang tertera dalam booking.com, sebab bukan semua hotel, ada sediakan semua. Maksud aku, kelengkapan.

Traveler macam aku, aku pentingkan parking lot, air-cond, dan privacy. Kalo takde 3 ni susah. Tapi ikut keperluan korang laa :)

Dan jangan lupa, download Aps Trivago + Booking.com ni dekat mobile phone korang. Mudah nanti nak kesana. Sebab booking.com ada link dengan Google Map. So senang aps ni terus navigate kiter ke hotel tu, walau kiter berjalan kaki! :D


Menara Condong, ni jela tempat yang aku dapat ronda haritu! :p

Kbai,
AkuSeorangTraveler

Trivago & Booking.com

Monday, December 21, 2015

Assalam semua,

Wahh rasa lama sangat tak jengah blog. Membusy kan diri dengan kerja, kerja partime lagi sambil travel.

Tapi masih dalam Malaysia laaa. Tak keluar negara pun lagi. Tak pernah. One day, InshaAllah jika ada rezeki :)

Salam Disember pada semua, semoga akan datang kita lebih bermakna dan kena kerja lebih kuat lagi sebab....

Semua benda akan naik selepas ini! @_@

 

Sabor ajelaaaa.! Bagusla kalau kalian mendengar. MENDENGAR SAHAJA!


Wassalam,
AkuSeorangTraveler

Tambang Naik!

Thursday, December 3, 2015

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.