Hi korang!

Jangan lupa serbu Mid Valley weekend ni. Ada IT Fair. Biasala kalo fair tu, mesti boleh dapat beli barang murah-murah!

2-4 Oct 2015 @ Mid Valley Exhibition Centre (MVEC)





Nak pegi sini, poket mesti kembung ek. Kalau agak nipis, window shopping jela! :D

SeeYa,
AkuSeorangTraveler

IT Fair 2-4 Oct 2015 @ Mid Valley Exhibition Centre (MVEC)

Wednesday, September 30, 2015


Filem Everest, wajib tonton! Aku plan nak tengok filem ni dengan bff aku minggu ni. InshaAllah.

Sinopsis Everest ( 2015 )

Director: Baltasar Kormaur
Writers: Simon Beaufoy, Mark Medoff
Stars: Jake Gyllenhaal, Josh Brolin, John Hawkes, Jason Clarke, Vanessa Kirby, Michael Kelly

Sinopsis Mengenai Film Everest 2015

Film drama barat berjudul “Everest” ini merupakan film yang bercerita tentang kisah nyata yang terinspirasi oleh peristiwa yang luar biasa dalam usaha untuk menuju hingga puncuk gunung tertinggi di dunia ‘Everset’.

Tantangan yang melampaui batas para pendaki dengan salah satu badai salju paling sengit yang pernah dihadapi oleh umat manusia. Semangat dan tekad yang teruji bagi para pendaki oleh unsur-unsur paling keras yang terdapat pada planet ini. Para pendaki akan menghadapi hambatan yang hampir mustahil sebagai obsesi seumur hidup yang menjadi perjuangan untuk bertahan hidup.

Jadwal Tayang :

- Movie Tayang: 2015
- Movie Theaters: 18 September 2015
- Genre: Drama, Adventure, Thriller, True Story
- Companies: Universal Pictures
- Official: www.everestmovie.com
- MPAA Rating: PG 13


Selamat menonton!

Nota Kaki: Kepada hiker tegar, korang wajib tonton filem ni!

OkBai,
AkuSeorangTraveler

Filem EVEREST, Wajib Tonton!

Ah,

Jom ramai-ramai serbu Subway! :D PROMO sampai 20 Oct 2015, jom-jom!


Klik gambar untuk lihat offer :D

KBai,
AkuSeorangTraveler

Subway Promo!

Tuesday, September 29, 2015


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Syarat-syarat :

1) Follow blog Anizz Annisa **kalau yang masih belum follow**

2) buat tajuk " Segmen Blogwalking Ceria Bersama Anizz Annisa "

3) copy banner dan baclink ke entry ini.. dah siap copy banner, tinggalkan url blog korang di entry ini sahaja.. letak link dekat tempat lain tak dilayan taw..

4) Nyatakan nama korang dan jenis blog anda contohnya blog anis adalah blog personal..

5) tarikh tutup : 30 September 2015 jam 6 petang

**senarai peserta blogwalking akan diupdate dari masa ke semasa..


jom semua kita blogwalking !


Tuan Tanah : Julia Tarmidi

Jenis Blog : Personal Lifestyle. Photography. Travel. Food

Jom-jom!

OkBai,
AkuSeorangTraveler

Segmen Blogwalking Ceria Bersama Anizz Annisa

Aha,

Kali ni apa pulak maksud Google nak beritahu kepada dunia hari ini :) Kekadang, comel je animasi yang diorg create kan? :D


Setiap animasi yang diorang view, selalunya ada maksud disebaliknya. Kalau nak tahu, klik je image animasi pada Google search tu, dan korang akan jumpa artikel terbaru google yang hendak dikhabarkan pada dunia hari ini.


Oh, ade jumpa punca air di planet marikh ek? Ingatkan hari ini hari Cofee Sedunia! hoho :D

OkBai,
AkuSeorangTraveler

Google

Assalam,

Restoran yang aku nak review kali ni, adalah restoran ala thai. Terletak di Dataran Dwitasik, Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.

Aku selalu jugak lepak makan situ. Dari tahun 2011 sampai kini, tak berubah restoran tu. Cuma decoration dalaman restoran ada perubahan sikit-sikit. Yang paling banyak perubahan, adalah pekerja restoran tu, bertukar-tukar orang. :D

Makanan dekat situ, semua sedap-sedap. Paling best sekali, tomyam dia. Memang kaw! Rasa tomyam dia dari dulu sampai sekarang sama je kaw dia, tak pernah berubah walau dah banyakali tukar orang. ;)

Malam tadi baru lepas makan, menu Tomyam Ayam + Telur Dadar + Nasi Putih. Kenyang alhamdulillah.


Opss, sory. Gambar kurang menarik, sebab snap guna fon zaman tok kaduk, Note 2 je. hoho. Orang sekarang dah pakai Note 5.

Ketinggalan zaman :p

Harga direstoran ni not bad. Rata-rata antara RM7 keatas. Air kosong murah, dont worry :D Harganya sesuaila dengan kuantiti pada makanan. Agak banyak. Satu mangkuk tomyam RM9.80 (small), boleh 2 orang makan. So, pada sape yang tak berapa kuat makan, boleh order satu untuk 2 orang. Kenyang.

So, pada siapa yang nak try makan dekat restoran ni. Waze atau Google Map alamat dibawah;


  • Pormtip Thai Restaurant,
  • No 83 GF Jalan Diwi Tasik 1 Bandar Sri Permaisuri Kuala Lumpur 56000 Malaysia

atau korang boleh pegi ke 2 cawangan lain, satu di seremban dan satu lagi di USJ, Petaling Jaya.

Untuk info lebih lanjut, boleh view laman sosial berikut;

FB : http://Facebook.com/PormtipThaiMY
Twitter : https://twitter.com/PormtipThai
Google+ : http://gplus.to/PormtipThai


Atau boleh view website rasmi diorang disini;


Korang takkan kuciwa dengan rasa tomyam dia, perghh. Sedap!

Nota Kaki: Kepada peminat tomyam tegar, aku sarankan korang rasa tomyam dekat restoran ni. Wajib! :D

Okbai,
AkuSeorangTraveler

Restoran Pormtip Thai

Monday, September 28, 2015

Assalam,

Lama dah jengah blog. Kalo jengah pun via phone je. PC dua hari xbole on internet. Modem problem!

Nasib baik ada fon.

Petang atau lepas maghrib ni, baru nak bertolak balik kampung. Cuti raya haji esok!.

Agak-agak, malam ni jem tak nak ke utara? :D

So sape yang balik kampung jugak malam ni, hati-hati dijalan raya. Kalau jem giler malam ni, kita sapu je jem tu dengan roti ramai-ramai. hahaha!

Mengarut!

Okla, salam eidul adha dan selamat balik kampung pada semua! :)


OkBai,
AkuSeorangTraveler

Salam Eidul Adha

Wednesday, September 23, 2015

Assalam hi,

Segala benda yang aku tulis dalam blog ni, adalah hak persendirian aku sendiri. Kalau korang rasa nak copy, copy jerlah tapi jangan copy sebijik-bijik. Kalau nak copy sebijik-sebijik jugak, sila kredit link website aku yer :p

Ada sesetengah artikel, gambarnya aku cedok dari Google image. So kalau terambil gambar korang, jangan lupa mention kat aku. Mintak maaf banyak-banyak ya!

Okbai,
AkuSeorangTraveler

Privacy

Sunday, September 20, 2015

Assalam,

Ini sekadar #info. Supaya kita tahu, apa yang pemberita bagitahu. :p Aku pun samar-samar sebelum ni, bila dah tengok jadual ni, baru tahu! :)

IPU: Index Pencemaran Udara


Jadual atas ni aku cedok dari mr #google je.

Nota Kaki: Musim jerebu ni, kurangkan aktiviti outdoor. Kesihatan tu lebih penting tau :)

OkBai,
AkuSeorangTraveler

IPU Jerebu

Tuesday, September 15, 2015

Contact

Monday, September 14, 2015

Assalam,

Weekend lepas, ada job di Behrang, sempadan Negeri Perak. 2 hari 1 malam aku ada sana, sebab cover majlis kenduri 2 hari. 12 dan 13 September 2015.

Macam ni lah, kehidupan seorang partime photographer. haha!

Macam biasalah, kalau ada job ditempat orang seronok. Sebab sambil ada job, sambil boleh travel. Walau tempat tu biasa je, rasa seronok sebab bukan tempat biasa kita pegi.

Sepanjang 2 hari tu, kami stay di Hotel Hajjah Rohayah, Bandar Behrang 2020. Hotel not bad, selesa satu bilik untuk 2 orang. WIFI pun ada. Nak breakfast, boleh singgah Restoran Hajjah Rohayah, bawah hotel ni je. Rasanya pemilik yang sama, Jangan lupa makan nasi lemak dia, memang sedap :)

Kawan saya siap tambah lagi sambal, sedap katanya haha! So, untuk info lanjut pasal hotel ni, korang boleh review facebook page ni;


Malam sabtu, kami dinner di Restoran Perahu Pecah Seafood. Restoran ni terletak di Tanjung Malim, Perak. 

Behrang sempadan perak. So tak jauh.

Kalau makan dekat situ, aku suka order Tomyam Putih. Memang sedap. Set tomyam, ada sambal belacan + timun. Pastu ditambah lagi dengan telur dadar, waaa memang perfect la! Makan pulak tomyam panas time-time hujan. :D
Restoran ni kalau tak silap, bukan hanya makanan ala thai. Western, melayu rasanya semua ada. Nak bakar-bakar pun ada, termasuk kerang bakar! :D So sesape yang nak ke utara, boleh singgah restoran ni. Kalau ikut dari PLUS highway dari KL kena Exit 121, Tanjung Malim. Dan terus ke simpang menghala ke Ipoh.

Ke kanan nak ke KKB (Kuala Kubu Bharu).




Dalam 20 minit, dari simpang exit tol Tanjung Malim tadi, korang akan nampak restoran ni belah kiri. Betul-betul sebelah BHP Tanjung Malim. Kalau rasa tak boleh imagine, boleh #waze Restoran Perahu Pecah Seafood :)

Kalau korang dari Hotel Hjh Rohayah tadi, restoran tu belah kanan. Keluar dari Simpang Bandar Behrang 2020, ambil kiri. Terus sampai ke bandar Tanjung Malim, dan korang akan lalu BHP yang ada KFC Drive Thru belah kanan, situ la terletak restoran Perahu Pecah Seafood. Senang cerita macam gambar bawah ni. Aku cedok dari Google Streetview.


So selamat mencari :D

AkuSeorangTraveler

Perahu Pecah Seafood

Assalam,

Korang pernah dengar kasut getah atau hiker biasa panggil Adidas Kampung? :)

So, siapa yang dah biasa dengan dunia outdoor, biasa dengan aktiviti mendaki atau trekking. Mesti pernah dengar kasut ni, atau dah pernah pakai. Tapi siapa yang dah biasa berkebun, menoreh, taula kot kewujudan kasut ni.

Kasut getah, bukan jenama dari Karrimor, Quechua, Salomon etc. Kasut getah hanya sekadar getah. Tapi, bila bawak hiking, trekking. Kasut getah ni la paling win!

**Kasut Getah cap Bowling orang kata getah dia lembut sikit.

Harga? Tak la semahal kasut berjenama. Bukan RM100, bukan RM50, bukan RM20. Tapi boleh dapat dengan harga RM8-RM10 saje. Murah kan? Padan la dengan rupa dia,



Tak la se-cun kasut-kasut berjenama terkemuka. Tapi sangat grip bila pakai hiking kawasan berbatu, tak licin!

Macam kawan saya, penah hiking guna kasut getah naik Gunung Kinabalu. Laju je dia jalan dekat batu.

Hiking/trekking jarak jauh ni, kalau nak pakai kasut getah, mesti sakit dekat jari kaki kan? Jangan risau, ada cara dia kalo nak elak sakit. Kita kasi modify kasut getah ni!

Caranya:

1. Potong kasut/getah dibahagian jari kaki. Kasi berlubang. Tapi kalo kena air, stokin basah :p

2. Kasut getah tak selesa macam kasut hiking berjenama lain. So, kalau nak selesa pakai stokin tebal-tebal. Tapi, saiz kasut mesti beli yang besar sikit dari saiz kaki. Nanti nak pakai stokin tebal-tebal, takdela sempit :D
So, sape yang kaki hiking. Kasut Getah ni wajib ada satu! OK :D

Nota Kaki: Malim Gunung atau guide, pakai kasut ni jer lau hiking Kinabalu. ;)

OKbai,
AkuSeorangTraveler

Kasut Getah

Friday, September 11, 2015

Assalam,

Haa, lama tak singgah teratak sendiri, post something. Bila ada masa free, belek-belek gambar. Terjumpa gambar rare ni! So sumbat dalam blog, supaya tak ilang!


Tengah busy shoot orang, ada orang rajin tukang amik gambar candid! :p Anyway thanks pada kawan aku atas gambar menarik ni :D

Sebelum serius minat dalam bidang fotografi ni, aku just suka-suka tengok gambar orang yang cantik-cantik. Suka tengok gambar je, tak terlintas pulak nak beli DSLR, buat duit bagai dalam bidang ni. Ade sorang ofismate aku dulu, yang tergila-gila DLSR. So, aku pun macam terikut, nak jugak ada satu DSLR.

Macam menarik je hobi ni. Maklumla suka tengok gambar cantik! Sape tak suka kan :D

Sebelum ada DSLR dulu, pakai fon cikai je snap gambar. Hasil, tak menarik jugak. Nampak biasa. Rupanya bila dah tahu pasal DSLR ni, baru la tahu macamane hasil-hasil gambar boleh menarik nak tengok.

Research...........

1st DLSR aku beli dulu, Sony A380. Beli mula-mula dulu konon nak shoot gambar pemandangan cantik-cantik. Tapi hasil tetap biasa je. Laah, nak gambar cantik bukan senang rupanya, Kena ada ilmu. Ilmu fotografi. Dah 2 tahun pegang kamera baru la nampak sikit hasil menarik, tu pun masih banyak kurang. Banyak lagi kena timba ilmu.

Tiba-tiba, jeng jeng!

Tercebur pulak dalam bidang wedding. Shoot gambar orang kawin. Mula-mula, rasa malu. Rasa tak pandai. Tapi nak cuba punya pasal, 1st job main bedal je shoot, itu pun shoot kawan, sebab dia rela apa hasil pun yang dia dapat. Sebab dia bayar dalam bajet dia. haha. Dari sini la, aku mula buat bisnes wedding photography dengan sorang partner merangkap bff aku, efi. Kalau sorang memang tak lah!

Seronok!

2st body, beli Canon 60D. Best gak ada live view. Tak perlu tonggeng-tonggeng. Nak buat job pun senang.

Bila dah pakai kamera brand lain, kena belajar dan terus belajar.

3rd body, yang sekarang. Beli Nikon D700. 2nd hand body je, bukan baru. Tapi alhamdulillah dapat jugak pegang fullframe camera.

So dah hampir 6 tahun pegang kamera, itu pun ada jugak gambar yang agak kurang menarik sebab masih lagi banyak kena belajar. :)

Bila dah ada kamera ni, rugi pulak kalau tak cari jalan untuk side income kan? Sebab kita ni bukan orang kaya! :p So, plan dengan partner:

  1. Nak mantapkan lagi skill dalam wedding photography atas nama Julfy Photography Jemput LIKE tau. :p
  2. Travel dan sambil shoot tempat-tempat menarik, sumbat dalam blog travel. Boleh dapat sideincome jugak kan :D Macam Zahariz Khuzaimah!
  3. Lagi ape ek? Masih dalam perancangan... 
InshaAllah moga dipermudahkan, amin!

Nota Kaki: Biasala, dalam apa jua bidang pun kalau nak berjaya pasti ada kenangan pahit manis. Sepanjang aku buat wedding photography, dari zero level. Sumpah banyak kenangan pahit dari manis hahhaa. Bila entah nak rasa manisnye yang berpanjangan ahahaa :p

Ok bai.
AkuSeorangTraveler



Photographer

Assalam,

Pagi tadi buka Google search, terkejut tengok ada tangan orang padamkan tulisan google tu. Rupanya ada logo baru. :D

Wah kaya, kaya!


Okla, selamat ber google! ;)

Just Me,
AkuSeorangTraveler

Google 2015

Wednesday, September 2, 2015

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.