Assalam,

Kejap je masa berlalu. Rasanya baru lagi hiking Pine Tree Hill ni, bulan 10 2014 tahun lepas. Then ni dah nak masuk bulan 9 2015, next month bulan 10. 

Oh, dah setahun :D

Sape pernah ke Pine Tree? Saje hiking hirup udara sejuk segar dekat sana. Seronok jugak sekali sekala masuk hutan, tapi apa-apa risiko tanggung sendiri.

Hiking dengan team itu penting, jangan sesekali solo hiking walau ada orang pernah buat, itu memang hati kental :D

Perjalanan dari KL ke Pine Tree, Bukit Fraser mengambil masa lebih kurang 1-2jam. Laluan ikut KKB (Kuala Kubu Baru, dan lalu Waterfall ..... jap lupa namanya. 

Ahh, Sungai Chiling! :) *boleh singgah

Nak kesana takde public transport. So, car pool dengan kengkawan.

Bertolak dari KL dalam jam 7pg. Akibat tunggu kengkawan. Kalau dah ramai-ramai, plan dari sebelum subuh, selepas subuh la bertolak jawabnya. Tolak yang sesat bagai. So sampai sana lebih kurang jam 9pg.

Dah sampai, depan pintu masuk. Tolak bersiap segala tongkat (hiking pole) etc, 9.30pg. Agak lewat. So terus masuk ramai-ramai.

Mula-mula, trek agak landai dan menurun. Tangga pun agak banyak.

Dok terpikir, habis la masa nak balik nanti, cungap naik tangga haha!

Sebelum sampai ke puncak tipu dalam jam 1ptg+. Ade laluan trek yang agak mencanak, hampir 90 darjah. Part ni paling malas. Tapi, naik gunung ni kan kena pikir +ve, mental fizikal kena kuat. So, usaha sampai berjaya naik atas.

Alhamdulillah berjaya naik. So pikir nak turun lak nanti macamane haha!

Ingatkan lepas trek canak tadi, dah sampai puncak la. Tapi rupanya ada lagi lebih kurang sejam+ nak sampai puncak betul.

Memang menipu betul puncak tadi.

Lepas lepak-lepak kat puncak tipu. Kami teruskan perjalanan ke puncak yang real. Trek dia tak la sesusah Gunung Rajah. Okla, medium level. Alhamdulillah sampai puncak dalam jam 2ptg+

Masa naik tu, puncak dia tak la lawa macam view Gunung Rajah, Gunung Kinabalu. Mungkin berkabus kot time aku naik tu. So nampak kabus jela keliling.

Dok melepak dekat atas tu pun tak lama, sebab hujan.

Alhamdulillah selamat keluar dari Pine Tree dalam jam 7ptg. Oh dah gelap. Turun agak lama sikit amik masa, sebabnya kita ni kalau berjalan dalam hutan, kena tunggu la sape-sape yang patut.

Tak baik tinggalkan kawan dalam hutan semata nak kejar time, catat rekod laju. Konon! :D

Ni sikit gambar yang aku nak share, trek Pine Tree Hill, Bukit Fraser.




Trek canak hampir 90 darjah.




Bergambar wajib, walau dalam hutan je pun :p


Lepak kat Puncak Tipu.


Kalau yang perempuan, dah masuk hutan muka kena tunjuk ganas OK! haha


View dekat puncak yang menipu tadi :p


Perjalanan ke puncak, nampak tak berkabus :D


Dah sampai puncak, makan maggi ramai-ramai



Dibelakang tu kabus, bukan asap ye, peace!

So sape yang nak merasa hiking Pine Tree, aku nak review sikit pasal Pine Tree;

  • Pine Tree Hill, terletak di Bukit Fraser atau Fraser's Hill, Pahang
  • Ketinggian bukit ni, 1,500 meter dah macam ketinggian gunung walau panggil bukit je
  • Trek medium, dan part paling mencabar trek sebelum sampai puncak tipu. Mecanak hampir 90 darjah. Tangan kaki kena kuat :) Tapi jangan risau semua orang boleh! :D
  • Tiada tiket. Main terjah je
  • Tiada public transport, so car pool je
  • Pergi jangan time hujan, sebab dekat sana kalau time hujan banyak pokok-pokok besar tumbang. Kitorang pegi time hujan la, tu pun makcik situ tegur kenapa naik time hujan. Banyak pokok besar tumbang. Masa tu baru tahu huhu
  • Cuaca sejuk, nyaman :D
  • Singgah website ni ye Fraser's Hill info
Okla tu je!

Nota Kaki: Nak hiking, macam biasa peralatan penting mesti kena bawak!

Ok Bai,
AkuSeorangTraveler

Pine Tree Hill, Bukit Fraser

Friday, August 28, 2015


Assalam,

Tengah #lunch ke? Have a nice lunch! 

Aku harini makan Nasi Goreng Kampung, beli dekat Mayang Oasis Food Court. Sedap.
Nasi Goreng Kampung Pedas + Telur Mata

Memang berair mata, makan sebab pedas. Bedal cili-cili sekali. Orang malaysia ni, kalau tak pedas tak sah kan? :p

Korang tau mana Mayang Oasis Food Court? Food court ni kalau musim bola macam "World Cup", memang meriah. Tema bola dia, best! Kalau peminat football club antarabangsa, dia lebih kepada team MU (Manchester United). Peminat MU boleh serbu sini, kalau ada match.

Food court ni, macam-macam jenis kedai makanan ada. Malay, Chinese, Thailand, Indo, Western tapi lebih kepada Chinese sebab foodcourt ni terletak dikawasan majoriti Chinese.

So, siapa berminat nak kesini. Try makan-makan, boleh #waze alamat bawah ni;

Alamat: Mayang Oasis, Jalan SS 26/4, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
FREE Wifi, password aku tak tahu nak mintak kat sape.
Boleh tengok Astro FREE, tapi nak makan kena bayar :D

Ni ada sikit review, aku cedok dari Mr Google





Dulu ada burger bakar #kawkaw. Sekarang dah tutup, tak tau kenapa. :) Mungkin orang tak tahu kot.

OK bai,
AkuSeorangTraveler

Mayang Oasis Food Court

Thursday, August 27, 2015

Assalam,

Siapa tau Menara Condong? Ke ada sapa yang memang tak pernah dengar? :D haha! OK, takpe. Aku pun baru 1st time pegi. Selama ni dok dengar nama je.Jejak memang tak pernah langsung, padahal Teluk Intan tu penah jugak lalu.

Ok, Menara Condong ni terletak di Teluk Intan, Perak. Memang terletak di tengah-tengah bandar Teluk Intan. Sabtu malam Ahad lepas baru aku jejak kesana. Itupun sebab ada kenduri, belah sana. Alang-alang dah sampai, terjah jugakla Menara Condong ni.

Teringin beno rasa nak tengok, condong ghuperrr dia macamane! :p

Orang kata, kalau nak pegi Menara Condong tu biar waktu malam sebab cantik dengan lampu. Tapi malam, tak boleh masuk menara tu, siang boleh. 

#reason tak tahu kenape, maybe ade hantu kot :O

So decide lepas kenduri haritu, terus pegi sana dalam pukul 11pm.

Sebelum sampai, dah macam-macam imagine. Risau lewat malam ni, orang tak ramai. Sunyi. Macam A'Farmosa, Melaka! 

Tak ramai senang nak bergambar, tapi dalam keadaan takut :p

Bila dah sampai tu, dari jauh nampak cahaya lampu pada Menara Condong tu. Cantikla, sebab bertukar-tukar color. Ramai orang rupanya, sebab ada macam dataran disekitar menara tu. 

Punyela ramai family bersantai kat situ, bergambar, berborak-borak, main heli. Macam-macam, meriah la. So share sikit gambar dekat Menara Condong. Sory, gambar tak berapa cantik guna fon saje!


Kalau tengok gambar ni, ternyata ia memang condong. Ke gambar aku yang condong, huhu











Memang tengah-tengah bandar, depan tu (kanan gambar) kalau malam sabtu ada pasar malam kata orang tempatan, so ramai orang. 
Sejarah Menara Condong. Klik kalau nak nampak lebih jelas. Tu pun kalau nampakla :p
So pada sape yang minat nak pergi, korang boleh je on #waze atau #googlemap alamat bawah ni. Senang je kot. InshaAllah mesti jumpe.

Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, 36000 Teluk Intan, Perak, Malaysia

Kalau malam, cantik dengan lampu. Waktu siang pulak, kita dibenarkan masuk dalam menara tu. Aku tak pernah masuk lagi! :D Nantila next time.

No ticket! Free je :) err, tu kalau malam la free. Kalau siang aku tak tahu!

Review sikir sejarah Menara Condong, cedok dari Wikipedia;

Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.
Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali.

OK bai,
AkuSeorangTraveler

Menara Condong

Wednesday, August 26, 2015

Assalam,

Korang tahu TPPA itu apa?

TPPA = Trans-Pasific Partnership Agreement atau dalam bahasa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik.

Oh baru tahu!



Tanggal 31 Ogos 2015, 2 minggu lagi kita nak sambut hari Kemerdekaan kita yang ke 58.

Korang rasa, Kalau perjanjian TPPA ni Malaysia setuju nak join, bermakna tak hari kemerdekaan yang kita akan sambut ni?

Uwaaa, gerun! :((

Salam Merdeka,
AkuSeorangTraveler

Salam Merdeka 58

Friday, August 21, 2015

Haaa,

Nah, ternampak PROMO flight dari KL-Bangkok MYR0;



Ada berani? :D

Mungkin sekarang kecoh dengan isu bom dekat sana. huhu.
Nak tau betul ke tak MYR0, sila ke website ni http://www.utiket.com/

Ok bai,
AkuSeorangTraveler

Tiket Flight dari Kuala Lumpur-Bangkok, MYR0

Thursday, August 20, 2015

Assalam,

Semalam ada 2 sesi #photoshoot. Jam 10 pagi, shoot sepasang pengantin. Then lepas habis tu, ada sesi shoot kengkawan,

"Friendship Photoshoot", kata mereka.

Mula-mula, set tempat dekat depan Kompleks Mahkamah, Putrajaya. Sampai-sampai tengok kat situ dah ada event. So tak boleh kacau tempat tu,

jalan ditutup!

Then, kawan bagi idea suruh pegi "Taman China" ni. Nama official dia tak tahu!

Last-last, decide pegi shoot kat situ.

Sampai kat tempat tu, lain dah rupanya sebab banyak benda dah dorg buat. Cantik-cantik. Last shoot, hujung tahun lepas, cuma ada tempat macam China tu je. Yang lain-lain masih takde. So sekarang, dah luas. Cantik!

Ni ada sikit gambar yang aku shoot semalam dekat taman ni. Dah sampai taman tu semalam, baru tau Official Name dia "China-Malaysia Friendship Garden"

haha Selama ni panggil taman China je.







Cantik tau! Buat masa sekarang ni free lah. Nanti lau dah ramai tahu, mesti masuk kena bayar! haha errrr :p

Kalau rasa nak pegi bersantai kat sini, korang boleh #waze atau #googlemap sini;

China-Malaysia Friendship Garden atau Anjung Floria, Precinct 4, Putrajaya

atau boleh contact person kat bawah ni, kotla nak buat #wedding atau apa-apa event dalam taman hihi :D

Contact:
General line +603 8887 7137 

Mr. Ariff Yunus 

Phone:
+6016-208 2042



Opss, jangan lupa berselfie lepas #shoot :D tadaaaaaaa,


Tq semua yang terlibat :P 

P/S: Yang paling depan ni bukan saya! Dia cikgu HHH :D

OK Bai,
AkuSeorangTraveler

The China-Malaysia Friendship Garden, Putrajaya

Monday, August 17, 2015

Dalam dilema,

Pulau Perhentian, nak pergi ke tak, nak pergi ke tak? :((

Kawan fotografi racun aku dengan gambar-gambar orang tagged dekat facebook, group BBM. Adehh!

Pakej 3D2M, hujung minggu ni, RM265 exclud tiket bas, taman laut dengan apa entah satu lagi. Agak murah.

Pegi Jumaat malam, balik Isnin malam dari Terengganu.

Masalahnyer, kena apply cuti 2 hari untuk Isnin dan Selasa minggu depan. hurmmm~  Tang cuti ni payah sikit, boss banyak tanya pulak nak kemana, itu ini. Aiyakkkk! Tu la ruginya lau keje dengan orang jadi kuli ni hahahaha :D

huhu!



Gambar diatas, cedok dari Google. Geram je tengok! huhu~

Keciwa,
AkuSeorangTraveler

Pulau Perhentian

Oho!

Maggi sibuk buat contest sekarang ni. Hadiah dia semua pakej-pakej travel extreme! Sapa nak cuba nasib boleh try click contest kat bawah ni! Menarik :D


Pheww! Hadiah bernilai MYR265,000 wooo!




Jom try!,
AkuSeorangTraveler

Maggi Royale Contest

Friday, August 14, 2015


Assalam,

:D Tengah happy ni!

Sebab, BFF aku nak balik sini. Sama-sama nak capai impian yang dah lama aku plan dengan dia dalam bidang fotografi ni.

Dah lebih kurang 5 tahun, kami dalam bidang ni. Tapi, kejap timbul, kejap tenggelam. Orang kata,

"Bukan mudah nak berjaya"

Betul tak?

So, kali ni InshaAllah kami nak plan betul-betul. Moga apa yang dihajat selama ni, berjaya hendaknya. Amin :D

Ok tu jela, nak bagitahu.

Sebelum korang blah, jemput-jemputla singgah page fotografi kami ni.

Julfy Photography

Major dalam wedding untuk buat masa ni :D

Thanks,
AkuSeorangTraveler

Long-Term Planning

Wednesday, August 12, 2015

Julia Tarmidi
GIS , Photographer @ JulfyAfa Photography, Blogger & Travel.

Contact:

Email: julia.tarmidi@gmail.com
WhatsApp: +60-1114922333

About Me

Monday, August 10, 2015



Haha.

Lepas baca Ben Ashaari punye blog, pasal "Bila Jamban Terlalu Canggih", teringat lak sebelum ni pernah alami situasi yang sama. Padahal dalam malaysia je pun.

Takdelah canggih mana, cuma kepala paip takde. Masa tu dh la urgent.

Nasib baik yang kecik je, bukan yang besar! HAAHAHA

1st time, masa tu tak urgent sangat. Bila masuk toilet takde kepala paip, terus aku keluar dari tempat tu. Cari tempat lain yang lebih tahu nak guna.

#caralama

Kali kedua, urgent. Aku terpaksa pikir dan cari jalan penyelesaian sebelum aku keluar dari toilet.

Cuba punya cuba, alhamdulillah berjaya! huuhu

Yang selalu travel kat luar tu, lagi la pulak. Jumpa macam-macam jenis toilet yang canggih-manggih ni. Button sana, button sini. Kalau aku, entahla haha. Mesti berejam nak settle kan.

Pengalaman! :)

Nota Kaki: Hope semua tempat yang ada toilet canggih, ada tampal manual untuk penggunaannya kat tepi dinding toilet. Korang rasa usul aku ni, orang boleh terima tak? ke memang dah ade tampal manual, tapi tetap tak tahu nak guna. wakakka

Ok Bai,
AkuSeorangTraveler

Toilet Canggih

Wednesday, August 5, 2015

Assalam,

Sajer nak tekan keyboard petang ni.

Hanya nak bagitahu, aku adalah seorang "Wedding Photographer". Tapi partime jela. Bukan fulltime. InshaAllah kalau ada rezeki, boleh la aku buat fulltime, then masa tu nanti dah bebas nak travel kemana aje kalau dapat lebih lagi rezeki.

Yahooo! #berangan

So, dijemput semua blogger singgah page saya

Julfy Photography

Singgah je, kalau taknak LIKE pun takpe :D hahaha!

Ni nak share sikit, hasil fotografi yang pernah aku #shoot.






Sekarang aku ada buat promo, harga serendah....... er, mana boleh kasi tahu! Nak tahu, visit page saya ek.

Terima kasih! ;)

Ok bai,
AkuSeorangTraveler

Wedding Photographer

Tuesday, August 4, 2015

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.