Assalam,

Selamat pagi!

Semalam, aku baca blog saudara otai Ben Ashaari. Dia share pasal kencing tikus.
Rupanya ada penawar. Tak tahu lah, mujarab ke takkan? Dia pun ambil dari kawannyer di Facebook.

Berikut adalah petuanya;


Untuk lebih lanjut, korang boleh baca sini, aku cedok dari Wikipedia.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_kencing_tikus

"Setiap penyakit itu, pasti ada penawarnya". InshaAllah!

Sekian,
AkuSeorangTraveler

Kencing Tikus Atau Leptospirosis

Thursday, July 30, 2015

Assalam,


Selamat pagi!

Tetiba pagi ni, nak update pasal #denggi. Sebab musim denggi jugak sekarang ni.

Tahun lepas aku pernah kena demam, #simptom denggi.

Time aku kena tu, memang tengah hot pasal demam denggi. Aku demam, then rasa-rasa sengal badan (lemah badan), sakit urat-urat mata. Aku dah mula risau. Pastu terus tanya en #google.

taip, simptom-simptom denggi.

Baca punya baca, sah aku ada simptom demam denggi. Cepat-cepat pegi klinik, doc pun cakap macamtu. Ada simptom denggi.

Apa lagi, dengan segera aku #google penawar denggi.

Terjumpa point-point ni;

1) Minum 100 Plus banyak-banyak, selagi boleh sumbat. *berbotol-botol aku beli
2) Minum air masak banyak-banyak
3) Makan sup ketam, malam tu jugak aku order sup ketam
4) Minum rebusan air pucuk betik. Punyalah pahit! =(( *Paksa minum

Cari daun pucuk betik ni, dekat kampung baru. Punyala payah nak dapat dekat KL ni, Kalau kampung memangla senang!

Pegi klinik, follow up 3 hari berturut-turut cek darah dekat Klinik Kesihatan Ampang, kalau tak silap. Padahal aku tinggal dekat Shah Alam time tu. Kenapa pegi sampai ke Klinik Kesihatan Ampang? Jauh!

Reason aku pegi dekat Klinik Kesihatan Ampang sebab situ rawatan dia cepat, dan mudah. Walau ramai orang. Terbaik. So aku buat keputusan cek kat situ memandangkan hospital lain penuh dengan kes-kes denggi ni.

Alhamdulillah, lepas buat semua yang aku cuba #google penawar denggi tu, hilang rasa lemah badan. Then lepas 2-3 hari macamtu, aku sihat dari demam. :) Syukur!

So, kepada sesape ada terkena demam dan simptom-simptom denggi tu ada. Baik cepat-cepat cuba yang aku buat tu. InshaAllah, demam denggi akan pulih. :)

Sekian,
AkuSeorangTraveler

Denggi

Tuesday, July 28, 2015



Sekarang aku di ofis.

Bertolak dari kampung, sampai PJ dalam kul 11.50pm malam tadi.

#jammed.

Kawan aku kata, sebulan kita raya, sebulan la akan jammed. Yeke?! :O

Minggu ni nak balik kampung lagi, nak beraya lagi. Waaaaa!

Sekarang aku di ofis..
Sekarang aku di ofis....

Akan tetapi,

Jasad aku masih dikampung! :((

Feeling Bored,
AkuSeorangTraveler

Jasad Di Kampung!

Monday, July 27, 2015



Ok,

Mulai hari ini, mood kerja aku entah hilang kemana. Yang datang, mood raya, mood nak balik kampung! Yahooooo :D

1.5 days more to go!

Selamat bercuti, selamat balik kampung dan,

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN PADA SEMUA :)

Raya Mood,
AkuSeorangTraveler

Mood Raya, Activated!

Monday, July 13, 2015

Assalam,

Waa, kalau tengok balik gambar laksa ni. Memang teringatla nikmat bila makan laksa dekat Taman Jaya, PJ tu. Tau tak mana Taman Jaya ni?


Taman Jaya ni, terletak berhampiran dengan amcorp mall. Bila nak pegi amcorp mall, ada nampak tasik tak belah kiri? (Kalau dari Federal Highway la) haa, tasik tu la tasik Taman Jaya. Dekat situ ada dua gerai. Yang macam gerai lori tepi jalan tu.

Masuk parking Taman Jaya tu je, korang akan nampak dua buah gerai tu. Boleh tengok map yang aku tampal kat bawah ni;


Yang aku tandakan dengan bulat putih tu, terletaknya gerai laksa sedap! :D

Laksa yang aku makan ni, gerai kedua. Bukan yang 1st tu. Sebab aku dah try laksa dekat dua-dua gerai tu. Yang sedap, gerai pakcik tu. Gerai kedua.

Ingat, gerai lori yang kedua tau!

Harga laksa ni, RM2.50 kalau tak silap sebelum ni. Kalau tambah telur mata RM3.50. Lepas GST ni, aku tak tau berapa harga. Tapi memang sedap. Korang leh try.

Nota Kaki: Lepas jogging lepak makan laksa kat situ, memang best. Siap ada angin-angin sepoi bahasa lagikk :) hahaa

OK bai,
AkuSeorangTraveler

Laksa

Friday, July 10, 2015

Assalam,

Dalam dunia ni, banyak negara, banyak orang dan dah tentu banyak ragam. Ada tempat yang selamat untuk kita pegi dan ada jugak yang tak. (maksudnya kena pergi beramai-ramai lah)

Aku nak explain lebih pun takde pengalaman ke negara orang.

Jenis takde duit, travel dalam negara je dulu. :) So bawah ni, senarai negara/bandar paling selamat untuk kita travel. Aku cedok dari Google je.



Tengok kedua-dua gambar kat atas ni, sedih. Sebab negara kita Malaysia takde dalam senarai. huhu :(

Artikel kat bawah ni pulak, aku cedok dari myMetro. Negara paling aman. Kalau dah aman, tentu-tentu selamat. Agaknya la! ;)

Tahukah anda negara manakah yang disenaraikan sebagai negara paling aman didunia?

Setiap tahun sejak 2007, Indeks Keamanan Global (GPI) yang dikeluarkan Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP) menjadi kayu pengukur keamanan sesebuah negara berdasarkan ciri dalaman dan luaran negara berkenaan.

Walaupun dunia hari ini dilihat semakin kejam, menurut GPI terdapat 20 negara yang disenaraikan paling aman di dunia.

1. Denmark

Denmark mengungguli senarai memandangkan ia tempat paling selamat untuk didiami. 

Walaupun ibu negara Denmark, Copenhagen pernah ditakluk Nazi pada Perang Dunia Kedua, mereka tidak melawan.

Ini disebabkan rakyat Denmark lebih memberi fokus kepada ekonomi daripada terbabit dalam pelbagai konflik bersenjata.

Rakyatnya sangat ramah, terbuka dan gemar membantu.

Mereka yang pernah berkunjung ke Denmark pasti merasai perkara yang sama.

2. Norway

Mungkin ramai yang tidak menyangka Norway akan tersenarai berikutan kes pembunuhan besar-besaran dilakukan Anders Behring Breivik yang mencemarkan nama negara itu. 

Namun menurut GPI, Norway adalah satu daripada negara paling aman, peramah dan selamat didiami.

Dengan tahap pembangunan modal insan yang tinggi, keselamatan menjadi keutamaan negara berkenaan.

3. Singapura

Sebagai sebuah negara kecil yang aktif dalam komuniti antarabangsa, Singapura tidak pernah memandang remeh soal keselamatan. 

Sejak pembentukan republik itu pada 1965, Singapura memberi fokus untuk meningkatkan kerjasama dengan negara serantau melalui pembinaan hubungan sosial, keamanan, ekonomi dan diplomatik dengan semua negara. 

Justeru tidak hairanlah ia tersenarai dalam 20 negara paling aman di dunia.

4. Slovenia

Sebuah negara Eropah yang indah, Slovenia turut tersenarai sebagai negara paling aman.

Negara itu menjadi penyumbang terendah kepada dana keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ia juga mempunyai jumlah anggota polis dan pasukan keselamatan yang sedikit, kadar jenayah dalam masyarakat yang rendah dan konflik dalaman terancang yang rendah.

Selain itu, tunjuk perasaan ganas serta peperangan juga sangat jarang berlaku.

5. Sweden

Ia antara negara Scandinavia yang indah dan terletak jauh ke utara Eropah. 

Walaupun terkenal sebagai negara pengeksport senjata terbesar di Eropah, kadar jenayah yang berlaku di negara itu sangat rendah jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat (AS).

6. Iceland

Dasarnya yang tidak mahu masuk campur dalam sebarang konflik utama dunia menjadikan Iceland tersenarai sebagai negara paling aman.

Ia jarang atau mungkin tidak pernah menjadi tajuk utama akhbar kecuali ketika runtuhan tebing ais di negara itu beberapa tahun lalu.

Negara itu mengekalkan persekitaran semulajadinya yang menakjubkan.

Pelancong dari seluruh dunia datang ke Iceland untuk melihat sendiri glasier besar dan gunung berapi di negara itu.

7. Belgium 

Terletak di tengah Eropah, Belgium mempunyai tarikan tersendiri dengan lokasi menarik untuk dilawati. 

Ibu negaranya, Brussels menjadi ibu pejabat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). 

Mereka yang melancong ke negara itu dapat melihat bandar zaman pertengahan yang tesergam indah, istana yang megah dan keindahan alam semulajadi yang mengasyikkan.

Walaupun kerajaannya pernah mengalami krisis pada 2008 hingga 2011, kadar kes pembunuhan dan penjaranya masih rendah.

8. Republik Czech

Republik Czech­ mencapai ke­mer­dekaannya dari Blok Soviet pada 1989 berikutan Revolusi Velvet dan pemisahannya dengan Slovakia. 

Selepas Czechoslovakia berpecah, Republik Czech memberi lebih fokus kepada pembangunan ekonomi kapitalis yang mapan dan membentuk persekitaran yang stabil untuk pelaburan. 

Negara itu juga disenaraikan sebagai sebuah negara dengan “Pembangunan Modal Insan yang Sangat Tinggi” oleh Indeks Pembangunan Modal Insan (HDI) pada 2009.

Terkenal dengan ibu negaranya, Prague yang menakjubkan serta alam semulajadi yang mendamaikan, Republik Czech menjadi antara tumpuan pelancong seluruh dunia.

9. Switzerland 

Menurut IEP, Switzerland mengekalkan corak pentadbiran yang kukuh dan budaya politik terbuka di negaranya. 

Ketidakstabilan politik pada kadar yang rendah memberikan gambaran jelas kualiti kerajaan negara itu.

Ia juga tersenarai sebagai antara negara paling aman di dunia dengan kadar jenayah ganas yang rendah.

Walaupun Switzerland sering mengambil pen­dekatan neutral dalam isu negara, antarabangsa dan politik dunia, ia tetap mengekalkan hubungan diplomatik yang erat dengan pelbagai negara di seluruh dunia.

10. Japan

Sebagai sebuah negara dengan budaya yang menakjubkan, Jepun menjadi kuasa ekonomi ketiga terbesar dunia.

Sejak Perang Dunia Kedua, Jepun mencorak suasana negara yang sangat aman, dengan konflik dalaman dan kadar jenayah yang rendah.

Ia adalah sebuah negara yang aman dan mempunyai keindahan mempersona untuk dilawati.

11. Ireland

Terkenal dengan pelbagai tempat bersejarah, dataran hijau yang mengagumkan serta rakyatnya yang peramah, tidak hairanlah jika ia disenaraikan sebagai antara negara paling aman di dunia.

Secara keseluruhannya, Ireland sebuah negara yang hebat dengan pelbagai tarikan pelancongan.

12. Finland

Finland dianggap sebagai antara negara paling aman dan jarang menghadapi sebarang konflik.

Ia masih lagi mengekalkan khidmat awam dan tentera mandatori buat generasi muda.
Pembabitannya dalam peperangan hanyalah melalui penyertaannya dalam pasukan tentera pengaman PBB.

Finland sangat menitikberatkan pendidikan dalam segala aspek dan sistem pendidikannya adalah yang kelima terbaik di dunia.

13. New Zealand

Negara ini sering tersenarai sebagai antara negara paling aman di dunia sejak 2007.

Dengan peratusan populasi di penjara yang rendah, kemampuan ke­tenteraan terhad, hu­bungan rapat denga Australia serta layanan yang baik, New Zealand adalah sebuah negara yang hebat untuk didiami. 

Ia mempunyai keindahan dan keanehan tersendiri yang menjadikannya unik dan tidak tergambar dengan kata-kata sehinggalah anda merasainya sendiri.

14. Kanada

Kanada berada pada standard kehidupan rakyatnya yang tersendiri.

Walaupun dengan populasi hanya kira-kira 33 juta penduduk, ia adalah negara kedua terbesar di dunia.

Bandar yang bersih dan cantik, pemandangan mengagumkan serta warganya yang sangat peramah, Kanada adalah kediaman yang tepat buat mereka yang gemarkan suasana ketenangan. 

15. Austria

Terletak di Eropah Te­ngah, Austria tersenarai sebagai negara paling aman di dunia berikutan pendiriannya berhubung isu politik antarabangsa.

Sejak pemisahan Empayar Austria-Hungary, Perang Dunia Pertama dan Kedua, negara itu memilih untuk lebih mengutamakan kehidupan yang damai dan tenang.

Ramai yang melabel ia sebagai negara yang hebat dengan resort terkenal di banjaran Alps serta pusat kebudayaan menakjubkan seperti Vienna.

16. Bhutan

GPI 2013 turut me­nyaksikan Bhutan tersenarai sebagai antara negara paling aman di muka bumi.

Ini berikutan peratusan yang tidak berubah berhubung konflik tempatan dan antarabangsa sejak 6 tahun lalu dengan markah yang diperoleh 1.6 daripada 5.1.

Laporan berkenaan menggunakan 22 penanda aras untuk mengukur keamanan dalaman termasuk jumlah anggota polis setiap 100,000 rakyat dan kadar jenayah.

Rakyat Bhutan disifatkan sebagai komuniti yang cintakan keamanan dan mempunyai budaya yang tertib.

Ditambah lagi dengan pelbagai tempat menarik untuk dilawati, Bhutan sememangnya destinasi pelancongan pilihan ramai.

17. Australia

Australia adalah sebuah negara yang aman dan indah serta menawarkan kepelbagaian budaya, pantai yang cantik, alam semulajadi yang memukau dan rakyatnya yang peramah.

Namun terdapat juga nilai tambah yang jarang didapati di negara lain.

Warga negara ini mempunyai sentuhan humor yang bakal membuatkan anda tidak kering gusi sepanjang berada di Australia.

Walaupun keluasan negaranya sama dengan Amerika Syarikat, populasi penduduknya hanya kira-kira 20 juta orang.

Negara ini juga mempunyai kadar jenayah yang rendah, sistem politik yang stabil, standard kesihatan yang tinggi serta jaringan jalan raya yang baik.

Justeru, penyenaraiannya sebagai antara 20 negara paling aman di dunia tidak boleh disanggah lagi.

18. Portugal

Mungkin anda terkejut melihat Portugal turut tersenarai bukan?

Negara anggota Kesatuan Eropah (EU) selama kira-kira 26 tahun ini juga adalah negara ke-43 penyumbang ekonomi terbesar dunia.

Dengan pemandangan menarik dan kadar jenayah yang rendah, ia sebuah negara yang selamat untuk diduduki.

19. Qatar

Menurut GPI, Qatar adalah negara paling aman di Timur Tengah dan antara yang paling aman di dunia.

Insiden keganasan sangat jarang berlaku di Qatar berbanding negara berasaskan industri lain.

Ia adalah antara negara paling fleksibel dan liberal di Timur Tengah.

Negara itu kini melalui fasa perubahan di bawah Visi Nasional 2030 untuk mencapai status ekonomi pelbagai, mampan dan maju.

20. Mauritius

Dengan status negara paling aman di Afrika yang diberikan GPI pada 2013, Mauritius menampilkan kelainan tersendiri dari sudut ekonomi, pembangunan dan masyarakat.

Ia sekaligus menjadikan negara itu sebagai platform kukuh untuk pengurusan kekayaan dan hartanah.


Dapat hidup disebuah negara paling aman di dunia menjadi impian setiap manusia dan memberi pelbagai kelebihan buat rakyatnya.

Ia menjadi satu ke­bangaan dan kemegahan jatidiri sebagai rakyat di sebuah negara yang stabil serta terhindar daripada konflik yang mampu menggugat keamanan dan keselamatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/30

Kepada sape ada pengalaman travel dalam negara/bandar yang selamat ni, share-share la diruangan komen. Nak tahu jugak! :D

Oklah, selamat berbuka petang nanti!

Ok Bai,
©AkuSeorangTraveler

Bandar Paling Selamat Kalau Nak Travel

Thursday, July 9, 2015

Assalam,

Tetiba aku teringat zaman sekolah + study dulu-dulu. Aku fanatik dengan satu group ni, KRU. :D Peminat tegar! haha

Mesti korang tahu, siapa KRU ni kan? Tapi korang tau tak apa maksud disebalik perkataan KRU tu?

Ngaku nanti kat komen, sape yg tak tahu ek haha. :D

KRU bermaksud Kumpulan Rap Unggul.

Memang unggulkan? Sebab sampai sekarang dorang masih lagi dalam industri muzik tanahair. Hebat! Ni antara koleksi kaset yang aku ada.








CD aku tak pernah ada, maklumlah time sekolah-sekolah dulu mana mampu beli CD, mahal.

Walau time tu takde lagi GST, wakaka!

Berikut adalah sejarah diorang, aku cedok dari Wikipedia;

Ketiga-tiga adik-beradik ini mula menghasilkan muzik sendiri sejak di bangku sekolah lagi apabila salah seorang emak saudara mereka membeli keyboard mainan untuk Norman sempena hari jadinya, turut mencetus minat adik-adiknya terhadap muzik.
Ketika adik-beradik bin Abdul Halim menghabiskan waktu remaja mereka di London, mereka terdedah kepada pelbagai irama muzik Barat. Pada masa itu muzik Melayu dipenuhi lagu berentak jiwang dan rock balada. Mereka juga merupakan penyokong pasukan bola sepak Selangor, pernah menulis lagu rap bertajuk Viva Selangor untuk pasukan kegemaran mereka, disusuli oleh lagu Merah Kuning. Ketika itu mereka dikenali sebagai SRU – Selangor Rappers Unit.
Semenjak itu, Norman, Yusry dan Edry mula menulis lebih banyak lagu original. Tanpa pengetahuan mereka seorang rakan sekampus Norman menghantar demo mereka kepada syarikat rakaman EMI (Malaysia). Pengurus syarikat ketika itu, Calvin Wong, menyukainya dan memanggil adik-beradik itu untuk ujibakat. Tidak lama kemudian, pada 19 Mei 1992, lahirnya kumpulan KRU.
Kumpulan KRU merupakan kumpulan rap yang paling diminati oleh para remaja sekitar tahun 90-an. Mereka telah terlibat dalam pelbagai kontroversi tetapi mereka masih dapat bertapak dalam industri muzik Malaysia dengan kukuh hingga sekarang.

Sekian!

Nota Kaki: Banyak kaset lain yang takde dalam gambar, hilang entah kemana :)]

Ok Bai,
©AkuSeorangTraveler

KRU

Assalam,

Sejuk pagi ni. Hujan alhamdulillah.

Belek-belek gambar lama dekat instagram, jumpa gambar Nasi Goreng Kampung, time makan dekat Restoran Sri Suria. Tengok gambar bawah ni, macam sedapkan?



Restoran ni terletak di Amcorp Mall, PJ. Rasanya ramai yang tau kot, dekat mana letaknya amcorp mall. Restoran Sri Suria ni terletak dalam mall tu. Ground floor. Kalau nak ke Giant, Amcorp Mall akan lalu restoran ni sebelum turun escalator, belah kanan.

Makanan dekat situ, semua sedap-sedap. Mee kari, Mee Goreng. macam-macam lagi la. Best! Korang leh try!

Pada siapa yang niat nak berbuka puasa petang ni, boleh singgah sini.

  • Restoran Sri Suria atau Sri Suria Cafe
  • Malay Style restaurant. Kalau tak silap, thai pun ada kot.
  • Alamat: Amcorp Mall, G14, Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
  • Phone:+60 3-2274 1188
  • Waktu operasi: Dibuka dari jam 11:30pg – 8:30mlm (bulan puasa ni tak sure open dan close pukul berapa)
  • Parking kat luar amcorp, mahal. Sejam RM5 rasanya. Parking berbumbung murah dari parking luar yang tak berbumbung. Motif, mungkin sebab dekat nak masuk mall dari open space parking tu dari yang berbumbung, kena menapak jauh sikit.
  • Kalau berani, parking luar, tepi jalan bawah rail LRT Putra, FREE. Ramai je parking situ kalau weekend. Tapi kalau nasib tak baik, kena saman dengan polis trafik atau MPPJ. Aku pernah kena! Cait!!

Selamat menjamu selera! :D

Nota Kaki: Kalau nak berjimat, jangan balik kampung! Makan Nasi Goreng Kampung takpe :p

Ok Bai,
AkuSeorangTraveler

Nasi Goreng Kampung @ Restoran Sri Suria

Wednesday, July 8, 2015


Tengok tabung ni, memang tak boleh korek langsung! Kena cari satu ni, boleh buat tabung.
Empunya tabung tu kata, dia berjaya simpan RM2800 penuh tong tu. Aiyakkkkk! :)]

Kalau tabung tin atau botol atau buluh tu boleh la nak korek-korek. Kena tahan iman kat dalam dada ni, tengok duit dalam botol dsb tu. hahha. :D Kalau tabung macamni, memang tak nampak duit langsung, baling pun tak pecah. Nak buka kena guna mesin. Wahhh, memang kental!

Nota Kaki: Traveler memang bagus pakai tabung macamni. Kalau RM2800 banyak tempat boleh travel kan? :D

OK Bai,
AkuSeorangTraveler

Tabung


hahaha!

Nak gelak dulu sebelum tulis.

Terbaca dekat satu blog ni, memang terbaik ayat dia! :D

Alkisahnyer, orang-orang atasan sekarang memang bengap mengalahkan orang atas pokok sana tu :p

Ade ke patut, nak jimat jangan balik kampung, jimat petrol, wasting time. Katanyer.

Sedih betul dengar statement macamni. Kita ni kalau boleh, memang selalu nak balik kampung, nak jenguk mak ayah. Biar kata takda duit pun. Kalau kita balik nak jenguk mak ayah, inshaAllah rezeki makin bertambah. Dapat pahala lagi kalau buat mak ayah bahagia.

Ini tidak, disuruhnya kita jangan balik kampung, berjimat untuk time gawat macam sekarang ni.

Wahai orang atasan, korang kaji dulu apa punca ekonomi jadi teruk macam sekarang ni. Kaji apa masalah sebenar. Lepas tu, ambil tindakan secepat mungkin. Jangan biar bertambah teruk. Kalau negara dah banyak hutang tu, tolong-tolong ler bayar. Duit GST, cukai sana-sini berlambak. Tak cukup lagi dengan harga petrol naik sesajer, jap je turunnyer. Duit KWSP korang pegang. Duit felda, duit petrol, duit apa lagi. Banyak sangat income ni. Takkan nak bayar hutang tak larat kot?!

Adeh! :)]

Nota Kaki: Belajar jer tinggi-tinggi, tapi tahap kebodohan tu tak tau nak cakap tahap mana.

Ok Bai,
AkuSeorangTraveler

Nak Jimat Jangan Balik Kampung

Tuesday, July 7, 2015

Assalam,

Salam 20 Ramadhan 1436H.

Argghhh dah masuk 20 hari, harini kita berpuasa, cepatnyer masa berlalu kan? @-)

OK. Pagi ni, aku cari Widget nak tambah recent komen, sebab kekadang tak perasan ada orang komen. So kalau kita tambah widget ni, senang. Terus dapat update.

Bila aku dah berjaya buat, so aku nak share gakla dengan korang. Yang mana nak tambah tu, boleh ikut cara aku buat ni. :)

Cara Nak Tambah Widget Recent Komen Di Blog

1) Macam biasa, log in acc blog korang
2) Buka Layout macam gambar kat bawah ni,


Layout > Add a Gadget > HTML/JavaScript

3) Lepas dah Add HTML/JavaScript, akan keluar box macam kat bawah ni;


4) Title tu letakla apa yang korang suka. Then content kosong atas ni, paste dengan code kat bawah ni;

<style type="text/css">
ul.helploggercomments{list-style: none;margin: 0;padding: 0;}
.helploggercomments li {background: none !important;margin: 0 0 6px !important;padding: 0 0 6px 0 !important;display: block;clear: both;overflow: hidden;list-style: none;word-break:break-all;}
.helploggercomments li .avatarImage {padding: 3px;
background: #fefefe;-webkit-box-shadow: 0 1px 1px #ccc;-moz-box-shadow: 0 1px 1px #ccc;box-shadow: 0 1px 1px #ccc;float: left;margin: 0 6px 0 0;position: relative;overflow: hidden;}
http://4.bp.blogspot.com/-SRSVCXNxbAc/UrbxxXd06YI/AAAAAAAAFl4/332qncR9pD4/s1600/default-avatar.jpg
.helploggercomments li img {padding: 0px;position: relative;overflow: hidden;display: block;}
.helploggercomments li span {margin-top: 4px;color: #666;display: block;font-size: 12px;font-style: italic;line-height: 1.4;}
</style>
<script type="text/javascript">
//<![CDATA[
    // Recent Comments Settings
    var
 numComments  = 5,
 showAvatar  = true,
 avatarSize  = 60,
 roundAvatar = true,
 characters  = 40,
 showMorelink = false,
 moreLinktext = "More »",
 defaultAvatar  = "http://4.bp.blogspot.com/-SRSVCXNxbAc/UrbxxXd06YI/AAAAAAAAFl4/332qncR9pD4/s1600/default-avatar.jpg",
 hideCredits = true;
//]]>
</script>
<script type="text/javascript" src="http://helplogger.googlecode.com/svn/trunk/helplogger/[helplogger.blogspot.com]recent-comments.js"></script>
<script type="text/javascript" src="/feeds/comments/default?alt=json&callback=helploggercomments&max-results=5"></script><div style="font-size: 10px; float: right; margin-top: -15px">Get this <a href="http://akuseorangtraveler.blogspot.com/2015/07/cara-nak-tambah-recent-komen-di-blog.html" rel="nofollow" >Recent Comments Widget</a></div>

5) Then Save.

P/S: No 5 kat atas ni, boleh tukar-tukar banyak mana korang nak show komen terbaru tu nanti.

Habis!

Nota Kaki: Cara mudah nak copy, select yang mana korang nk copy lepas tu, tekan Ctrl + C

Ok Bai,
AkuSeorangTraveler

Cara Nak Tambah Recent Komen Di Blog

Assalam,

Tetiba lak rasa nak update something pagi ni, pasal bersin.

Haaaachomm! :p

Baru aku perasan, ramai jugak dikalangan kita-kita ni kalau nak bersin ditahan. Kenapa ya? Kadang-kadang kesian jugak bunyinye tu, tak lepas. Kalau aku, lepaskan habis. Sebab salah satunya akan rasa lega lepas bersin.


Korang tau tak, kalau selalu sangat tahan bersin apa kesan? Aku terbaca artikel ni dekat satu blog. kesan kepada siapa yang selalu menahan bersin. Antaranya;

  • Menyebabkan patah tulang rawan hidung.
  • Pecah gendang telinga.
  • Gangguan pendengaran.
  • Veritgo
  • Keluar mata dari soketnya.
Hurm, agak bahaya sebenarnya menahan bersin. Padahal bersin tu bagus, sebab dia akan membersihkan rongga korang. Tapi pelik, ramai yang dok tahan bersin, sampai kadang-kadang tu bunyi yang terkeluar tu macam tersepit. hahaha :D

Vertigo (dari bahasa Latin vertō "gerakan berputar") adalah salah satu bentuk sakit kepala dimana penderita mengalami persepsi gerakan yang tidak semestinya (biasanya gerakan berputar atau melayang) yang disebapkan oleh gangguan pada sistem vestibular.

OK Bai!
AkuSeorangTraveler

Tahan Bersin, OK Ke Tak OK?

Monday, July 6, 2015


Cencalok!

Sape pernah makan ni? Makanan tradisi orang Melaka, cencalok. Bukanlah makanan utama, tapi sebagai hidangan sampingan. Macam kita, makan sambal belacan dengan nasi putih + gulai acor. Err, sapa tau gulai acor? Orang perak je yang tahu kot :p Atau budu, kalau orang klate :D

Cencalok ni, sedap jugakla bagi aku. Tambah pula, bila dicampurkan dengan perahan asam limau, pastu dengan hirisan bawang dan cili padi.

Adeh, sambil menulis pun boleh terliur!

Rasa dia masin-masin, ada masam-masam, pedas-pedas sikit. Memang kenalah kalau makan dengan nasi! :D

Sape tak pernah tahu pun pasal cencalok ni, kalau korang ke selatan tanah air, start dari Melaka sampai Muar memang banyakla gerai-gerai tepi jalan jual. Harga sebotol sekitar RM4.00 kebawah, kurang pasti.



Dekat sini, ada review sikit pasal cencalok. Aku cedok dari en Wikipedia.

Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.

Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.

Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang menarik lagi unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita akan teringatkan cencaluk.

Mengikut kepercayaan lama yang telah menjadi kata-kata senda gurau pula, kononnya jika pada hari perkahwinan seseorang itu, hujan turun sepanjang hari, maka dikatakan bahawa mempelai suka makan cencaluk. Namun itu semua hanyalah cerita lama.

Makanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat Melayu di Melaka kini lebih digemari oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Ia juga menjadi satu keperluan atau lauk semasa menikmati hidangan nasi dan ada juga yang menjadikan petai atau jering sebagai ulam semasa memakan cencaluk. Sir R. O. Winstedt telah menulis mengenai "Cencaluk" di Malaysia dalam bukunya "The Circumstances of Malay Life - 1909". [1]

Kini, perusahaan membuat cencaluk semakin mendapat tempat di kalangan penduduk di beberapa kawasan di negeri Melaka. Kerajaan negeri sendiri sudah menetapkan kawasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Udang sebagai kawasan mengeluarkan cencaluk di dalam rancangan 'Satu DUN Satu Produk'.

Selain itu, cencaluk juga kini mudah diperolehi menerusi penjualan yang terbuka seperti di tepi jalan raya serta di pasar-pasar sekitar negeri ini. Bagi mereka yang melalui pesisiran kawasan Tanjung Kling ke Sungai Udang, pasti akan dapat melihat deretan gerai yang menjual cencaluk dan juga belacan.

Bukan sikit, banyak ni! haha. Tq sebab sudi membaca :D

Nota Kaki: Tolong ye, makan jangan tak ingat dunia! :p

Wassalam,
Aku Seorang Traveler

Cencaluk Atau Cencalok

Thursday, July 2, 2015


Cantik kan gambar kat atas ni, nampak tenang je :) Nak tau kat mana kampung ni? Dekat Muar, Johor. Tapi dari bandar Muar nak ke tempat ni, lebih kurang dalam 45 minit. Nama kampung ni, Kampung Sawah Ring, Muar Johor. Hometown aku! :D

Petang-petang kalau lepak kat sini, best. Berangin je.

Then, kalau nak mandi air terjun, boleh pergi ke Hutan Lipur Gunung Ledang. Tak jauh, kalo dari sini nak ke air terjun kaki Gunung Ledang, ambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan.

Opss, satu lagi. Kalau nak cari homestay best dekat sini, singgahlah ke Saibi's Cottage ni, terbaik! ;)

Sekian!
Aku Seorang Traveler

Kampung Sawah Ring, Muar

Wednesday, July 1, 2015

Terbaca satu blog dari indo, rupanya ada website yang membolehkan kita buat banner animasi tanpa software.

Berikut adalah website yang disenaraikan;


Tapi aku belum try lagi dan tak tahu hasilnya macamne. Info lanjut, korang boleh explore sendiri! :D

Selamat mencuba! ;)

Kalau berjaya, jangan lupa komen sini kat aku! :x

Sekian!
Aku Seorang Traveler


Buat Animasi Banner Tanpa Software


Bila la nak hujan. Lama dah tak hujan. Rindu suasana mendung dan sejuk! =((

Aku Seorang Traveler

Aku Menunggu

Hi!

Cantik kan Rainbow color ni. Warna-warni, sangat cantik! Tapi cuba korang search "Rainbow Flag" dekat Google Search, tengok apa yang keluar? :D


Uit, ada maksud tau! Kalau kita ubah profile picture di Facebook atau mana-mana laman sosial jadi color rainbow, bermakna kita sokong LGBT! Tau apa itu LGBT?

Ini petikan dari en Wikipedia;

The rainbow flag, commonly the gay pride flag and LGBT pride flag, is a symbol of lesbiangaybisexual, and transgender (LGBT) pride and LGBT social movements. (Other uses of rainbow flags include a symbol of peace.) The colors reflect the diversity of theLGBT community, and the flag is often used as a symbol of gay pride in LGBT rights marches. It originated in Northern California, but is now used worldwide.

White House pun sokong dan diorang sambut besar-besaran!

Jadi, hati-hati dengan aplikasi yang suruh kita dok tukar profile picture color pelangi. Kalau tukar, nasibla kalau ada orang kata ko sokong LGBT :-c =((

Sebarkan!

Aku akan tulis apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar,
©AkuSeorangTraveler

Rainbow Flag!

Assalam,

Selamat pagi dan salam 14 Ramadhan. :) Entri kalo ni, aku nak kongsi pasal "Nak Tambah Button Like Facebook" di setiap posting korang di blog.

Jenuh jugakla aku cari, asyik tak jadi je. Last-last jumpa satu blog ni, memang cara dia explain jelas dan mudah paham. Then, bila aku dah dapat, dan paham. Aku pulak nak share dengan korang kat blog aku. Jom kiter memanjang-manjangkan ilmu yang ada. :D

Nak Tambah Button Like Di Setiap Post

Ikut langkah-langkah ni bebaik;

1) Sign In blog korang

2) Pastu pegi "Template" then "edit HTML"



3) Pastu, tekan Ctrl + F, untuk cari code ini <data:post.body/>


4) Lepas dah jumpa, code tadi. Copy code dibawah ni;

<iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

5) Lepas dah Copy, korang Paste code atas ni betul-betul kat bawah code <data:post.body/> ni. Contoh dia gini.



Eh, belum habis lagi tau. Lepas dah paste code tadi tu, cari lagi code ni, tekan Ctrl + F <data:post.body/>. Dan paste lagi code atas tadi, betul-betul dibawah code yang kita cari tadi.

**Kira kena buat dua kali la, sebab code <data:post.body/> ada dua. So dua-dua kena paste dengan code yang korang copy tadi. Pastu siap!

Berjaya tak? :D

Sekian!

Nota Kaki: Kalau time nak copy code tu, ada nampak smiley di celah-celah code. Sila refresh blog ni, supaya hilang ikon tu. Lepas refresh copy cepat-cepat, nanti takut lak timbul lagi smiley tu :D Thanks!

Aku akan tulis apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar,
©AkuSeorangTraveler

Nak Tambah Button Like Di Setiap Post

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.