Hahhaa. Nampaknyer aku lebih nampak muda dari bff aku!

Korang boleh try aplikasi ni, dekat sini;

www.how-old.net

Aku akan tulis apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar,
©AkuSeorangTraveler



How Old . NET

Saturday, June 27, 2015 Bandar Utama, Petaling Jaya, Malaysia

video

Video ketika sedang perjalanan mendaki ke Laban Rata, melalui Mesilau trail. 18 Ogos 2014, sekitar jam 1ptg. Berkabus!

Kamera: SJ4000

Aku akan tulis apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar,
©AkuSeorangTraveler

Video Mount Kinabalu

Tuesday, June 23, 2015

Ini dia bff aku masa kecik!


Comel tak? :)

Aku akan tulis apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar,
©AkuSeorangTraveler

dot

Koki Bandung. Adalah salah satu restoran yang pernah aku singgah makan di Kota Kinabalu, Sabah.

Restoran Koki Bandung ni adalah salah satu restoran ala indonesia. err? Ala jawa kot, lebih senang nak explain, Indonesian cuisine! haha. Tapi memang semua menu dekat sini, adalah senarai menu dari indonesia. Contoh makanan yang aku pernah makan kat sini, adalah set Ayam Penyet. Sedap owh!

Restoran Koki Bandung disebalik pokok
Restoran ni terletak di Alamesra, Plaza Permai Kota Kinabalu, Sabah. Agak dekat dengan One Borneo, kalau tak silap aku. Makanan kat situ sedap-sedap. Kalau kita nak rasa makan betul-betul macam berada dekat indonesia, tersedia side yang boleh kita duduk atas pangkin. Kira duduk atas lantai yang bermeja. Dialunkan dengan muzik dari indonesia. Rasa makanan pulak, original dari Indonesia. Pergh!

*Dah rasa macam dekat Indonesia!


Konon macam dekat Bandung!
Harga menu di restoran ni, nak kata mahal tak. Nak kata murah sangat pun tak. Dibawah ni adalah antara menu yang ada, banyak lagi sebenarnya. Sempat snap satu je :)

Kalau harga yang belas-belas tu, jangan risau. Ianya banyak!
Set Ayam Penyet yang aku order. Memang sedap!


Sambal dia marvelesssss

Nasi dia banyak, boleh tambah-tambah


Ice Blended ni order lain, bukan set Ayam penyet :p
So sape yang cadang nk lunch atau dinner dekat sini, boleh guna alamat ni;

Map dari One Borneo ke Restoran Koki Bandung, jarak dia dalam 1.6km. Jalan kaki pun boleh!
KOKI BANDUNG
LOT 108, BLOK M,
GROUND FLOOR ALAMESRA
PLAZA PERMAI, K.KINABALU
TEL: 088-485298


Sekian!

Aku akan tulis apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar,
©AkuSeorangTraveler

Koki Bandung

Dengar jer air terjun, mesti terbayang suasana sejuk dan segar kalau mandi dekat situ. Lebih-lebih lagi air terjun dia jernih dan bersih!

Air Terjun Lepoh ni, terletak di Hulu Langat, berhampiran Kampung Pangsun atau Kampung Kuala Pansoon, Selangor. Aku pergi trip ni tahun lepas, bulan Jun kalau tak silap aku dengan member Kaki Gunung. Perjalanan dari PJ ke Kampung Kuala Pansoon, Hulu Langat mengambil masa dalam 45 minit hingga sejam+ bergantung pada trafik nak kesana.


Setelah tiba di parking, Asli Adventure Base Camp. Kami prepare macam biasa untuk masuk hutan. Perjalanan dari Base Camp ke air terjun mengambil masa dalam 2jam 30 minit +-

*Parking kena bayar kalau tak silap, sebab parking dekat situ dijaga.

Sebelum trekking, kena daftar nama dulu dipondok pengawal. Takut kalau apa-apa berlaku, dorang dah maklum. Senang.

Kami start trekking masa tu dalam jam, 12tgh hari. Agak lewat. Sampai ke Air Terjun Lepoh dalam jam 2.30ptg. Masa kitorang sampai tu, memang takde orang. Ada la, tinggal beberapa orang tapi dorg dah siap-siap nak balik. Tinggal team kitorang je yang bermaharajalela kat situ. haha!

Air Terjun Lepoh ni, sangat jernih airnya. Yang paling popularnya kat situ, kita boleh gelongsor dari atas tu, sampai bawah.

*Aku tak pernah try gelongsor pun, tak tau lah sakit ke x? :p

Mandi kat situ, sangat best. Air sangat sejuk!



























So sesaper yang nak plan pegi lepas ni, aku review sikit pasal Air Terjun Lepoh ni.

1. Air Terjun Lepoh atau Lepoh Waterfall. Ada juga yang panggil Air Terjun Bukit Lepoh. Kalau kita perasan, signboard nak masuk ada tulis Sungai Lopo. Tak tau mana satu official name dia.

2. Jalan masuk ke Air Terjun Lepoh adalah dari Asli Adventure Base Camp, iaitu terletak di kilometer 3.2, Sungai Lepoh, Kampung Kuala Pansoon.

3. Parking berbayar. Tak ingat berapa RM

4. Trekking dari base camp ke air terjun, mengambil masa dalam 2jam+

5. Nak masuk untuk trekking ke air terjun kalau boleh sebelum pukul 12tghari, pengawal kat situ pesan tak boleh lewat sangat. Ada banyak cerita disebaliknya. haha!

6. Kat air terjun tu, banyak lebah. So prepare apa yang patut.

7. Kepayahan trekking, bagi aku ok. Banyak landai, ada part yang kena hiking sikit-sikit.

Nak lebih info, korang bole contact Asli Adventure Base Camp (AABC) sendiri!

Sekian!

Aku akan tulis apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar,
©AkuSeorangTraveler

Air Terjun Lepoh

Monday, June 22, 2015

Masjid Bandaraya ni, kalau kita dari Bandar Kota Kinabalu, perjalanan nak menghala ke One Borneo Sabah, kita akan nampak masjid ni belah kanan. Lebih kurang 6km dari bandar KK.

Cantik kalo kita tengok dari jauh, seolah-olah masjid ni dibina terapung diatas tasik.

Aku singgah sini, kalau masa suntuk untuk tunaikan solat asar atau maghrib. Takut tak sempat nak solat kalau bergerak terus ke rumah bff aku di Taman Flamingo, Menggatal dari bandar Kota Kinabalu. Petang-petang kalau weekdays memang jammed. Mungkin sebab itu adalah jalan utama penduduk disitu, untuk bergerak dari arah bandar Kota Kinabalu ke UMS (Universiti Malaysia Sabah), Pejabat Pendafataran Negara, One Bornea dsb dan sebaliknya. Semua satu jalan. 

Ada sekali tu, aku singgah nak solat maghrib. 

Di Sabah, maghrib awal dalam jam 6.30ptg. 

Kebetulan aku travel masa tu, bawak kamera DSLR dan ada tripod sekali dalam kereta. Sebelum masuk masjid aku ambil peluang untuk shoot suasana petang disitu. Main slow shutter supaya air ditepi masjid tu, nampak gebu macam kapas. SubhanAllah sangat cantik!


Snap guna handphone

Gambar yang ni dan seterusnya guna DSLR



Review;
  • Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah
  • Masjid utama yang kedua selepas Masjid Negeri di Sembulan
  • Terletak di persisiran pantai, dan tengah-tengah para jemaah dari kawasan perkampungan Likas, Yayasan Sabah, UMS (Universiti Malaysia Sabah) dan lain-lain.
  • Bilangan kubah 1 dan menara ada 4
  • Keluasan lebih kurang 15 ekar
  • Kos pembinaan MYR30 Juta
  • Kapasiti dalam saja 6,000 orang, luar dan dalam anggaran kapasiti dalam 12,000 orang
  • Jarak dari KK Waterfront ke Masjid Bandaraya lebih kurang 6.13km

Nak jalan kaki boleh, tapi agak semput jugakla.

Sekian.

Nota Kaki: Solat lah walau dimana jua kita berada.

Aku akan tulis apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar,
©AkuSeorangTraveler

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Friday, June 19, 2015

Bukit Tabur. Bagi aku, kepayahan bukit ini adalah tahap "hard core" dan ianya terletak di Taman Melawati, berhampiran Zoo Negara.

Aku dah mendaki Bukit Tabur secara un-official ini, pada tahun 2010 sebab pada mulanya plan nak shoot gambar matahari terbit di puncak pertama dan kedua saja. Tetapi, entah macamana boleh terlajak sampai puncak terakhir dan turun ikut jalan kebun.

Kami bersama rakan fotografi dan beberapa orang hiker yang lain, naik pada jam 7pg. Disebabkan tunggu kawan-kawan di station minyak petronas, dan ada yang lambat. Jadi kami terlewat nak kejar view "sunrise". Bila dah sampai puncak pertama tu, matahari dah tinggi naik. Tapi, view atas puncak pertama dan kedua tetap "awesome".

Setelah lepak sampai puncak kedua, kami ikut saja perjalanan mereka-mereka yang memang asalnya ingin habiskan trail di Bukit Tabur. Ikut jela, dengan bag yang di isi dengan laptop, kamera yang berat, kasut crocs pasar malam dan memang tiada persediaan langsung nak mendaki masa tu.Kami terpaksa ikut sebab, kalau nak patah balik memang tak boleh. Curam hampir 90 darjah, nak kami turun tanpa apa-apa alat kelengkapan keselamatan. aduh!

Mendaki dan terus mendaki. Sangat bahaya, curam, gaung semua kami terpaksa lalui. Sampai satu tahap rasa nak pengsan, aku dah tak larat nak bawak bag sendiri. Nasib baik ada seorang kawan lelaki bawak kan bag, separuh perjalanan. Bla bla bla

Alhamdulillah selamat turun bawah, dalam jam 1ptg+. Ade seorang cedera, dikaki. Yang lain selamat, walau gang hiker tadi dah tinggal kitorang yang langsung takde ilmu hutan ni paling belakang sekali. huhu. Pengalaman sangat pahit bagi aku, sampai Bukit Tabur tu dah aku blacklist kan dalam senarai untuk pendakian akan datang.








Tengokla bag, kembung mcm ape je! haha
Kepada sesape yang plan nak naik Bukit Tabur, ni aku nak review sikit info pasal bukit ni.
  • Bukit Tabur atau Tabur Hill
  • Juga dikenali sebagai Bukit Hangus
  • Terletak di Taman Melawati, bersebelahan dengan Zoo Negara
  • Ketinggian 396 meter atau 1300 kaki
  • Trek agak merbahaya, berbatu, bergaung dan tebing yang curam. Naik dan turun hampir 90 darjah.
  • Hardcore untuk beginner
Nota Kaki: Aku dapat MC seminggu gara-gara naik Bukit Tabur masa tu!

Aku akan tulis apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar,
©AkuSeorangTraveler

Bukit Tabur

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.