Restoran Bulan Seafood

Tuesday, December 22, 2015

Ni ceriter ahad lepas.

Lepas job shooting punyer citer, outdoor pengantin di area Wisma Negeri, Seremban Negeri Sembilan.

Lepas habis shoot tu, perut mula la lapar. Time hujan-hujan masa tu, sedap bedal tomyam! So cari la, guna Google Maps. Search kat situ, keluar la restoran-restoran yang ramai orang dah check in maybe. Beberapa list yang keluar,

1) Man Tomyam (closed)
2) Restoran Tomyam Turbo Seremban.

List restoran kedua, Restoran Tomyam Turbo Seremban. Nama restoran macam sedap. So apa lagi, klik Google Map, suruh navigate ke restoran tu. Jalan punye jalan, entah jalan mana yang dibawak. Sampai masuk lorong rumah taman, backlane + sidelane. Makin pelik. Dan mula give up, sebab restoran tak jumpa-jumpa.

Kekadang, google maps ni tak boleh caya jugak kan. Tapi mmg zaman sekarang, aps map paling penting untuk navigate kiter. Tanpa map, tak tahu la sesat sampai kemana. Padahal, zama sebelum wujudnya segala bagai aps maps ni, boleh je kan cari destinasi yang nak pegi. :p

Bila tak jumpa-jumpa tu, decide nak jalan balik ke arah bandar Seremban. Mana yang jumpe tu, pegi je. Sebab masa tu dah lapar sangat.

Otw jalan tu, tetiba ternampak dari jauh, board tulis "Restoran Bulan Seafood" dan ada gambar tomyam. Nampak gambar tu, macam sedap. Gambar je pun kan, lapar punyer pasal. So singgah. Bedal je, sedap tak sedap belakang citer.

Cari tempat duduk dan terus order. Menu ala-ala masakan thai la. Dah ada gambar tomyam tadi tu kan. So order untuk 2 orang makan;

1) Tomyam Seafood 1x
2) Somtam 1x
3) Nasi putih 2x
4) Telur dadar 2orang makan
5) Special Tea (tak ingat apa nama teh tu, tp nampak agak special)
6) Horlick Ais 1x
7) Air Kosong 1x
8) Extra ais


Waa, macam banyak sangat yang diorder.

1st sekali, rasa kuah tomyam dia. ermmm, sedap! :D So laju je makan, sampai kenyang. Alhamdulillah.

Bajet kami RM25. Rupanya, total semua yang dibayar RM21.50 sajer. Murah tak? Tomyam tu order satu je sebab, banyak boleh makan 2orang.

So aku suggest lau korang ada area seremban, boleh waze/google map restoran ni ikut alamat bawah ni;

Restoran Bulan Seafood
Jalan S2 F2, Garden Homes,
Seremban Negeri Sembilan.

Tu jer nak share. Next kiter ke Perak lagi yer! :D

Err, Restoran Tomyam Turbo tu agak-agak wujud ke tak yer orang Soghomban? :D

Okbai,
AkuSeorangTraveler

5 comments

  1. tingat kat Ijok.. ada restoran Bulan gak.. bebudak uni slalu lepak situ ehehe..

    ReplyDelete
  2. t0myam turb0 tu ad0...tp ghas0 ea da tut0p skrg...t0myam turb0 sbnrnye blakang bulan t0myam j0😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke. err dh tutup terus ek? huhu nasib baik jumpa restoran bulan ni.. :D

      Delete
  3. t0myam turb0 tu ad0...tp ghas0 ea da tut0p skrg...t0myam turb0 sbnrnye blakang bulan t0myam j0😆

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.