Restoran Wong Solo

Tuesday, October 6, 2015

Assalam,

Ahad lepas aku pegi singgah makan dekat Restoran Wong Solo, Seksyen 7 Shah Alam. Menu pilihan time tu, Set Nasi Penyet Ayam Bakar. Harga set ayam bakar tu, RM10.90. Seperti gambar dibawah. Not bad bukan?


Dekat restoran ni, menu makanan semua ala-ala Indonesia. Termasuk dengan semua pelayan restoran, semua orang Indo. Tukang masak, mungkin datang dari Indo jugak kot :D

Set ayam penyet ni, kalau kita tak nak order air pun takpe. Sebab set ni memang dah free satu bekas mineral water kecik. Refer gambar, air mineral disebelah kanan pinggan :) Kecik kan?

Kalau aku tak cukup, kecik tu. So kena order air lain!

Sedap dia, not bad. 

Nak kata tak sedap langsung, tak. Nak kata sedap giler pun tak jugak! So korang kena try sendiri. Mungkin tekak ada yang rasa sedap giler. Kalau tengok pelanggan yang menunggu turn nak makan, memang ramai. Beratur tunggu meja kosong nak makan. Mesti sedap giler ni. *Menu lain maybe

Set Nasi Penyet ada 4 jenis

1. Ayam Bakar
2. Ayam Goreng
3. Ayam Penyet
4. Pecel Lele atau Ikan Keli

Sumber: Google Image

Haritu makan, ada sikit pengalaman tak best dekat restoran tu. Order hampir satu jam, baru dapat makanan. Tu pun pegi mintak dekat kaunter makanan. Siap pekerja perempuan yang jaga kaunter makanan tu, boleh pulak marah-marah. Padahal diorang yang lambat.

Orang sebelah yang lambat sampai dari kitorang, diorang punya makanan sampai dulu. Mula-mula cool jela. Maybe ayam bakar lambat. Tapi menunggu dekat sejam, sampai orang sebelah dah selesai makan, makanan tak dapat-dapat. Pegi kaunter mintak.

Kawan Aku: Makanan tak sampai lagi, dah lama tunggu
Pekerja Perempuan: Meja mana **Gaya Kerek
Kawan Aku: Meja 19
Pekerja Perempuan: Nah nah pi hantar ** Nada marah!

Aik? Hhahaa. Menyirap je rasa. So last la makan dekat restoran tu. haha. Banyak lagi restoran ayam penyet best-best. Satu lagi restoran ayam penyet dekat Padang Jawa, Shah Alam tu. Sedap, murah dan layanan baik punya! Nanti aku review. hehe!

So sesaper nak try makan dekat Restoran Wong Solo ni, boleh #waze atau #googlemap alamat bawah ni;

Restoran Wong Solo,
No. 8G & 10G, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, Selangor, 40000 Shah Alam, Malaysia
Phone:+60 3-5523 2894
Dah terlambat nak solat, takpe restoran ni ada surau :)

Nota Kaki: Kalau restoran yang ada owner/peniaga sombong-sombong, sorry dah lepas ni tak pegi situ lagi. Banyak lagi resotran sedap-sedap dalam malaysia ni hehe ;) Berniaga jangan sombong, nanti rugi!

OkBai,
AkuSeorangTraveler

6 comments

  1. kan. tak syok kalau pergi, ada waiter buat hal. menyirap je. dah la kita x boleh kalau tunggu kalau makanan lambat sampai ni. muka x boleh cover dah. rasa macam nak terbalikkan meja je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe. kecewa skit lau dpt peniaga mcmni huhu

      Delete
  2. wah nampak menyelerakan tapi tu lah peniaga pula macam tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sesetengah yg mcmtu, bermasam muka. tp ada yg sesetengah tu ok je. senyum sentiasa :)

      Delete
  3. CT lama dah nak makan sini.. huuurm.. tengok je orang makan..
    nanti balik Bangi nak ajak gak spupu pi cari terjah.. tak kira !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mmg sedap. tp servis kt tempat lain xsure!

      Delete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.