Restoran Pecel Lele Padang Jawa

Monday, October 12, 2015

Assalam,

Hi semua! Lama dah tak jenguk blog. Pagi ni, sempat! :D

Minggu lepas, aku makan Nasi Ayam Penyet dekat Restoran Wong Solo Seksyen 7, Shah Alam. So semalam aku try bawak kawan-kawan aku makan Nasi Ayam Penyet dekat Restoran Pecel Lele Padang Jawa, Shah Alam/Klang. 

Gambar ni cedok dari en.Google


Restoran Pecel Lele Padang Jawa, bagi aku memang terbaik setakat ni. Sedap, murah, servis pun cepat, layanan pun OK. Yang penting sekali, nasi putih dengan kuah sup cedok sendiri. Cedok la bape banyak korang nak cedok.

Segenggam , dua genggam, tiga genggam nasi? Ikut la banyak mana. Kalau tengok secara kasar, cara owner ni, memang ikhlas nak berniaga. Tak berkira. :) Tu la pasal maju!

Semalam makan kat situ, aku order 2 menu;

1) 2 set Nasi Ayam Penyet
2) 2 Air Kosong

Total: RM10.60





Air kosong, segelas RM0.30. So kiranya Set Ayam Penyet tu RM5 sepinggan. Murah kan? Kalau
dekat Restoran Wong Solo, satu set Ayam Penyet RM10.90. Jauh beza harganya :) Mungkin sebab restoran tu Wong Solo sewa mahal, beraircond. Restoran Pecel Lele ni, biasa-biasa saja, berkipas tapi takdelah panas. Selesa je. Bagi aku lah :)

** Air jus dia pun murah je, RM1.50 segelas.




Ehsan Google



Memang murah, sedap. Ayam penyet dia, rangup, rapuh (ikan keli), lembut hahhaa! Pastu kena dengan sambal dia tu, perghh licin.

So pada sape yang belum try lagi makan Nasi Ayam Penyet dekat sini, korang boleh #waze ikut alamat bawah ni;

1) Retoran Pecel Lele Padang Jawa, Seksyen 16/17 Shah Alam
2) Kalau tak jumpe jugak, korang tanya orang. Restoran ni sangat glemer habaq hanggg! Penuh dengan student UiTM.

Sesape yang tak penah makan kat sini. Cara nak order makan dekat sini, lain sikit. Bukan kena tunggu waiter datang amik order. Kita kena pegi terus ke kaunter, bayar terus menu apa nak makan, jangan lupa bagitau meja mana. Dekat setiap meja ada nombor :) Sebab nanti dia tanya,

Meja mana ya?

Lepas bayar tu, terus amik nasi putih dengan kuah sup sendiri. Bawak ke meja masing-masing. Then tunggu la menu ayam penyet dan air, akan dihantar oleh pelayan restoran.

Eh, nasi putih tak cukup la!

Jangan risau, nasi putih boleh tambah-tambah. Macam makan dekat rumah. Free je! Side menu lain ada, korang boleh tambah, contoh macam bergedel dan lain-lain.

Wajib cuba makan kat sini! Mesti repeat lagi nanti :D

OkBai,
AkuSeorangTraveler

4 comments

  1. Terus perut saya jadi berdengung baca pasal ayam penyet nih....nak kena pergi makan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sure... wajib try kalau awk ada area2 padang jawa. murah pun murah :)

      Delete
  2. hehehe baca komen Kak Farrah sengih2 je.. iols faham kak.. sebab kita sama2 suka ayam penyek.. eheh..

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.