Mee Rebus Pak Yusof Taman Medan

Monday, October 12, 2015

Assalam,

Haa, satu lagi gerai best aku nak share. Gerai Mee Rebus Pak Yusof, terletak dekat Taman Medan, Petaling Jaya. Bukan restoran, tapi gerai dalam Pasar Pagi Taman Medan, setiap hari Sabtu dengan Ahad, dari jam 8pg-12tgh mungkin. Mee rebus kat sini, perghh memang sedap giler. Makan, mesti licin! :D



Aku biasa lepak makan sini, weekend je. Tu pun kalau ada masa terluang atau memang teringin sangat nak makan. Wajib pegi. 

Gerai dia kecik je. Meja pun ada dalam 4 buah meja. Nak makan, kena tunggu turn nak duduk kalau full. Selalu pegi tak penah tak full, kalau bernasib baik, adala tempat nak duduk makan. Kalau nasib tak baik, sampai-sampai tengok dah full, terpaksa order makanan dan air dulu, kemudian bila orang lain dah habis makan, baru boleh duduk makan. 

**Jangan risau bungkus pun boleh!

Mee rebus dia ada 2 jenis je. 

1) Mee Rebus Biasa RM4
2) Mee Rebus Daging RM5

Untuk air pulak, tak banyak pilihan. Biasanya ada, teh O ais, teh ais, siap limau, air kosong. Air lain tak sure, maklumla gerai kecik je, sangat terhad. Tapi orang sentiasa ada makan dekat situ.

Mee Rebus biasa. Nampak sedap tak? :D



Semua yang makan kat situ, semua orang akan fokus makan je. Senyap nak menghabiskan mee rebus masing-masing. Tak tahu sebab apa. Sebab sedap ke, atau nak cepat sebab tempat terhad? Dengan aku-aku sekali makan senyap, borak-borak sesikit je kalau menunggu order sampai.

Tapi takdela rasa kelam kabut nak habiskan makan. Makan santai-santai, sampai habis. :D

Nah licin. 

Lepas makan, kenyang boleh la jalan-jalan cuci mata dekat pasar pagi. Macam-macam ada. Baju, tudung, t-shirt, baju-baju bundle, DVD, CD, kuih-muih, buah-buahan, barang-barang basah. Macam-macam adala. Semua ada kat situ. Murah pun murah.

Kalau takut duit keluar banyak. Bawak RM10 je. OK? :p

Ok, so pada saper yang nak try Mee Rebus Pak Yusof ni, boleh #waze;

Jalan PJS 4/27A, Taman Medan, PJ

Kalau nampak ramai orang parking kete tepi-tepi jalan tu, haaa adala tu pasar pagi dekat-dekat situ. Korang round satu pasar pagi tu, akan jumpala gerai Mee Rebus Pak Yusof.

Mee Rebus ni memang wajib tryla!
Nak pegi makan, kena awal. Takut habis. Kalau habis cepat, gerai tutup cepat! ;)

Nota Kaki: Kalau tak silap aku, gerai Mee Rebus Pak Yusof ni ada restoran. Kawan aku yang cakapla. Tapi aku tak tahu celah mana restoran mee rebus ni. Nanti kena terjah :D

Babai,
AkuSeorangTraveler

15 comments

  1. adehh..terliur pulak tengok mee rebus ni..mesti sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap! wajib try. sy dh bykali repeat makan :D

      Delete
  2. memang nampak sedap..weekdays dia niaga kat tempat lain kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. rasanya ada restoran dia. tp xsure kat mana

      Delete
  3. Tengok gambar pun dah tahu sedap hehehe

    ReplyDelete
  4. what a cool photo.Excellent working
    http://www.auratrends.co.uk/
    http://grabbit.com.pk/

    ReplyDelete
  5. Wah mantap gan :D jadi inget kalau belum sarapan...

    ReplyDelete
  6. amboi amek gambar close up.. adeh.. kita tengok telan ayaq lioq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saje close up bg meleleh air liuqq hahahaa

      Delete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.