Restoran Pormtip Thai

Monday, September 28, 2015

Assalam,

Restoran yang aku nak review kali ni, adalah restoran ala thai. Terletak di Dataran Dwitasik, Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.

Aku selalu jugak lepak makan situ. Dari tahun 2011 sampai kini, tak berubah restoran tu. Cuma decoration dalaman restoran ada perubahan sikit-sikit. Yang paling banyak perubahan, adalah pekerja restoran tu, bertukar-tukar orang. :D

Makanan dekat situ, semua sedap-sedap. Paling best sekali, tomyam dia. Memang kaw! Rasa tomyam dia dari dulu sampai sekarang sama je kaw dia, tak pernah berubah walau dah banyakali tukar orang. ;)

Malam tadi baru lepas makan, menu Tomyam Ayam + Telur Dadar + Nasi Putih. Kenyang alhamdulillah.


Opss, sory. Gambar kurang menarik, sebab snap guna fon zaman tok kaduk, Note 2 je. hoho. Orang sekarang dah pakai Note 5.

Ketinggalan zaman :p

Harga direstoran ni not bad. Rata-rata antara RM7 keatas. Air kosong murah, dont worry :D Harganya sesuaila dengan kuantiti pada makanan. Agak banyak. Satu mangkuk tomyam RM9.80 (small), boleh 2 orang makan. So, pada sape yang tak berapa kuat makan, boleh order satu untuk 2 orang. Kenyang.

So, pada siapa yang nak try makan dekat restoran ni. Waze atau Google Map alamat dibawah;


  • Pormtip Thai Restaurant,
  • No 83 GF Jalan Diwi Tasik 1 Bandar Sri Permaisuri Kuala Lumpur 56000 Malaysia

atau korang boleh pegi ke 2 cawangan lain, satu di seremban dan satu lagi di USJ, Petaling Jaya.

Untuk info lebih lanjut, boleh view laman sosial berikut;

FB : http://Facebook.com/PormtipThaiMY
Twitter : https://twitter.com/PormtipThai
Google+ : http://gplus.to/PormtipThai


Atau boleh view website rasmi diorang disini;


Korang takkan kuciwa dengan rasa tomyam dia, perghh. Sedap!

Nota Kaki: Kepada peminat tomyam tegar, aku sarankan korang rasa tomyam dekat restoran ni. Wajib! :D

Okbai,
AkuSeorangTraveler

4 comments

  1. belum sampai sini lagi.. nak pergilah nanti

    ReplyDelete
  2. Saya peminat tomyam! Tengok gambar ni pun dah rasa terliur dah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mmg peminat tomyam. mmg disarankan pegi rasa tomyam kt situ. sedap! dr thn 2011 suka lepak situ mkn tomyam smpai sekarang!

      Delete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.