Photographer

Friday, September 11, 2015

Assalam,

Haa, lama tak singgah teratak sendiri, post something. Bila ada masa free, belek-belek gambar. Terjumpa gambar rare ni! So sumbat dalam blog, supaya tak ilang!


Tengah busy shoot orang, ada orang rajin tukang amik gambar candid! :p Anyway thanks pada kawan aku atas gambar menarik ni :D

Sebelum serius minat dalam bidang fotografi ni, aku just suka-suka tengok gambar orang yang cantik-cantik. Suka tengok gambar je, tak terlintas pulak nak beli DSLR, buat duit bagai dalam bidang ni. Ade sorang ofismate aku dulu, yang tergila-gila DLSR. So, aku pun macam terikut, nak jugak ada satu DSLR.

Macam menarik je hobi ni. Maklumla suka tengok gambar cantik! Sape tak suka kan :D

Sebelum ada DSLR dulu, pakai fon cikai je snap gambar. Hasil, tak menarik jugak. Nampak biasa. Rupanya bila dah tahu pasal DSLR ni, baru la tahu macamane hasil-hasil gambar boleh menarik nak tengok.

Research...........

1st DLSR aku beli dulu, Sony A380. Beli mula-mula dulu konon nak shoot gambar pemandangan cantik-cantik. Tapi hasil tetap biasa je. Laah, nak gambar cantik bukan senang rupanya, Kena ada ilmu. Ilmu fotografi. Dah 2 tahun pegang kamera baru la nampak sikit hasil menarik, tu pun masih banyak kurang. Banyak lagi kena timba ilmu.

Tiba-tiba, jeng jeng!

Tercebur pulak dalam bidang wedding. Shoot gambar orang kawin. Mula-mula, rasa malu. Rasa tak pandai. Tapi nak cuba punya pasal, 1st job main bedal je shoot, itu pun shoot kawan, sebab dia rela apa hasil pun yang dia dapat. Sebab dia bayar dalam bajet dia. haha. Dari sini la, aku mula buat bisnes wedding photography dengan sorang partner merangkap bff aku, efi. Kalau sorang memang tak lah!

Seronok!

2st body, beli Canon 60D. Best gak ada live view. Tak perlu tonggeng-tonggeng. Nak buat job pun senang.

Bila dah pakai kamera brand lain, kena belajar dan terus belajar.

3rd body, yang sekarang. Beli Nikon D700. 2nd hand body je, bukan baru. Tapi alhamdulillah dapat jugak pegang fullframe camera.

So dah hampir 6 tahun pegang kamera, itu pun ada jugak gambar yang agak kurang menarik sebab masih lagi banyak kena belajar. :)

Bila dah ada kamera ni, rugi pulak kalau tak cari jalan untuk side income kan? Sebab kita ni bukan orang kaya! :p So, plan dengan partner:

  1. Nak mantapkan lagi skill dalam wedding photography atas nama Julfy Photography Jemput LIKE tau. :p
  2. Travel dan sambil shoot tempat-tempat menarik, sumbat dalam blog travel. Boleh dapat sideincome jugak kan :D Macam Zahariz Khuzaimah!
  3. Lagi ape ek? Masih dalam perancangan... 
InshaAllah moga dipermudahkan, amin!

Nota Kaki: Biasala, dalam apa jua bidang pun kalau nak berjaya pasti ada kenangan pahit manis. Sepanjang aku buat wedding photography, dari zero level. Sumpah banyak kenangan pahit dari manis hahhaa. Bila entah nak rasa manisnye yang berpanjangan ahahaa :p

Ok bai.
AkuSeorangTraveler



Post a Comment

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.