Perahu Pecah Seafood

Monday, September 14, 2015

Assalam,

Weekend lepas, ada job di Behrang, sempadan Negeri Perak. 2 hari 1 malam aku ada sana, sebab cover majlis kenduri 2 hari. 12 dan 13 September 2015.

Macam ni lah, kehidupan seorang partime photographer. haha!

Macam biasalah, kalau ada job ditempat orang seronok. Sebab sambil ada job, sambil boleh travel. Walau tempat tu biasa je, rasa seronok sebab bukan tempat biasa kita pegi.

Sepanjang 2 hari tu, kami stay di Hotel Hajjah Rohayah, Bandar Behrang 2020. Hotel not bad, selesa satu bilik untuk 2 orang. WIFI pun ada. Nak breakfast, boleh singgah Restoran Hajjah Rohayah, bawah hotel ni je. Rasanya pemilik yang sama, Jangan lupa makan nasi lemak dia, memang sedap :)

Kawan saya siap tambah lagi sambal, sedap katanya haha! So, untuk info lanjut pasal hotel ni, korang boleh review facebook page ni;


Malam sabtu, kami dinner di Restoran Perahu Pecah Seafood. Restoran ni terletak di Tanjung Malim, Perak. 

Behrang sempadan perak. So tak jauh.

Kalau makan dekat situ, aku suka order Tomyam Putih. Memang sedap. Set tomyam, ada sambal belacan + timun. Pastu ditambah lagi dengan telur dadar, waaa memang perfect la! Makan pulak tomyam panas time-time hujan. :D
Restoran ni kalau tak silap, bukan hanya makanan ala thai. Western, melayu rasanya semua ada. Nak bakar-bakar pun ada, termasuk kerang bakar! :D So sesape yang nak ke utara, boleh singgah restoran ni. Kalau ikut dari PLUS highway dari KL kena Exit 121, Tanjung Malim. Dan terus ke simpang menghala ke Ipoh.

Ke kanan nak ke KKB (Kuala Kubu Bharu).




Dalam 20 minit, dari simpang exit tol Tanjung Malim tadi, korang akan nampak restoran ni belah kiri. Betul-betul sebelah BHP Tanjung Malim. Kalau rasa tak boleh imagine, boleh #waze Restoran Perahu Pecah Seafood :)

Kalau korang dari Hotel Hjh Rohayah tadi, restoran tu belah kanan. Keluar dari Simpang Bandar Behrang 2020, ambil kiri. Terus sampai ke bandar Tanjung Malim, dan korang akan lalu BHP yang ada KFC Drive Thru belah kanan, situ la terletak restoran Perahu Pecah Seafood. Senang cerita macam gambar bawah ni. Aku cedok dari Google Streetview.


So selamat mencari :D

AkuSeorangTraveler

4 comments

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.