Menara Condong

Wednesday, August 26, 2015

Assalam,

Siapa tau Menara Condong? Ke ada sapa yang memang tak pernah dengar? :D haha! OK, takpe. Aku pun baru 1st time pegi. Selama ni dok dengar nama je.Jejak memang tak pernah langsung, padahal Teluk Intan tu penah jugak lalu.

Ok, Menara Condong ni terletak di Teluk Intan, Perak. Memang terletak di tengah-tengah bandar Teluk Intan. Sabtu malam Ahad lepas baru aku jejak kesana. Itupun sebab ada kenduri, belah sana. Alang-alang dah sampai, terjah jugakla Menara Condong ni.

Teringin beno rasa nak tengok, condong ghuperrr dia macamane! :p

Orang kata, kalau nak pegi Menara Condong tu biar waktu malam sebab cantik dengan lampu. Tapi malam, tak boleh masuk menara tu, siang boleh. 

#reason tak tahu kenape, maybe ade hantu kot :O

So decide lepas kenduri haritu, terus pegi sana dalam pukul 11pm.

Sebelum sampai, dah macam-macam imagine. Risau lewat malam ni, orang tak ramai. Sunyi. Macam A'Farmosa, Melaka! 

Tak ramai senang nak bergambar, tapi dalam keadaan takut :p

Bila dah sampai tu, dari jauh nampak cahaya lampu pada Menara Condong tu. Cantikla, sebab bertukar-tukar color. Ramai orang rupanya, sebab ada macam dataran disekitar menara tu. 

Punyela ramai family bersantai kat situ, bergambar, berborak-borak, main heli. Macam-macam, meriah la. So share sikit gambar dekat Menara Condong. Sory, gambar tak berapa cantik guna fon saje!


Kalau tengok gambar ni, ternyata ia memang condong. Ke gambar aku yang condong, huhu











Memang tengah-tengah bandar, depan tu (kanan gambar) kalau malam sabtu ada pasar malam kata orang tempatan, so ramai orang. 
Sejarah Menara Condong. Klik kalau nak nampak lebih jelas. Tu pun kalau nampakla :p
So pada sape yang minat nak pergi, korang boleh je on #waze atau #googlemap alamat bawah ni. Senang je kot. InshaAllah mesti jumpe.

Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, 36000 Teluk Intan, Perak, Malaysia

Kalau malam, cantik dengan lampu. Waktu siang pulak, kita dibenarkan masuk dalam menara tu. Aku tak pernah masuk lagi! :D Nantila next time.

No ticket! Free je :) err, tu kalau malam la free. Kalau siang aku tak tahu!

Review sikir sejarah Menara Condong, cedok dari Wikipedia;

Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.
Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali.

OK bai,
AkuSeorangTraveler

2 comments

  1. cantiknya menara condong tu waktu malam...x perha sampai lg ke sana..kira nya nanti ia aka nbetukar2 colour lah eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhe aah menara condong agak cntik dwktu malam sbb berlampu, tukar2 color lampu ngeee, tp wktu mlm xbole masuk dlm menara, siang boleh

      Delete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.