Mayang Oasis Food Court

Thursday, August 27, 2015


Assalam,

Tengah #lunch ke? Have a nice lunch! 

Aku harini makan Nasi Goreng Kampung, beli dekat Mayang Oasis Food Court. Sedap.
Nasi Goreng Kampung Pedas + Telur Mata

Memang berair mata, makan sebab pedas. Bedal cili-cili sekali. Orang malaysia ni, kalau tak pedas tak sah kan? :p

Korang tau mana Mayang Oasis Food Court? Food court ni kalau musim bola macam "World Cup", memang meriah. Tema bola dia, best! Kalau peminat football club antarabangsa, dia lebih kepada team MU (Manchester United). Peminat MU boleh serbu sini, kalau ada match.

Food court ni, macam-macam jenis kedai makanan ada. Malay, Chinese, Thailand, Indo, Western tapi lebih kepada Chinese sebab foodcourt ni terletak dikawasan majoriti Chinese.

So, siapa berminat nak kesini. Try makan-makan, boleh #waze alamat bawah ni;

Alamat: Mayang Oasis, Jalan SS 26/4, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
FREE Wifi, password aku tak tahu nak mintak kat sape.
Boleh tengok Astro FREE, tapi nak makan kena bayar :D

Ni ada sikit review, aku cedok dari Mr Google





Dulu ada burger bakar #kawkaw. Sekarang dah tutup, tak tau kenapa. :) Mungkin orang tak tahu kot.

OK bai,
AkuSeorangTraveler

2 comments

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.