Nasi Goreng Kampung @ Restoran Sri Suria

Wednesday, July 8, 2015

Assalam,

Sejuk pagi ni. Hujan alhamdulillah.

Belek-belek gambar lama dekat instagram, jumpa gambar Nasi Goreng Kampung, time makan dekat Restoran Sri Suria. Tengok gambar bawah ni, macam sedapkan?



Restoran ni terletak di Amcorp Mall, PJ. Rasanya ramai yang tau kot, dekat mana letaknya amcorp mall. Restoran Sri Suria ni terletak dalam mall tu. Ground floor. Kalau nak ke Giant, Amcorp Mall akan lalu restoran ni sebelum turun escalator, belah kanan.

Makanan dekat situ, semua sedap-sedap. Mee kari, Mee Goreng. macam-macam lagi la. Best! Korang leh try!

Pada siapa yang niat nak berbuka puasa petang ni, boleh singgah sini.

  • Restoran Sri Suria atau Sri Suria Cafe
  • Malay Style restaurant. Kalau tak silap, thai pun ada kot.
  • Alamat: Amcorp Mall, G14, Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
  • Phone:+60 3-2274 1188
  • Waktu operasi: Dibuka dari jam 11:30pg – 8:30mlm (bulan puasa ni tak sure open dan close pukul berapa)
  • Parking kat luar amcorp, mahal. Sejam RM5 rasanya. Parking berbumbung murah dari parking luar yang tak berbumbung. Motif, mungkin sebab dekat nak masuk mall dari open space parking tu dari yang berbumbung, kena menapak jauh sikit.
  • Kalau berani, parking luar, tepi jalan bawah rail LRT Putra, FREE. Ramai je parking situ kalau weekend. Tapi kalau nasib tak baik, kena saman dengan polis trafik atau MPPJ. Aku pernah kena! Cait!!

Selamat menjamu selera! :D

Nota Kaki: Kalau nak berjimat, jangan balik kampung! Makan Nasi Goreng Kampung takpe :p

Ok Bai,
AkuSeorangTraveler

8 comments

  1. Terima kasih sudi singgah di blog sis JM...ini kunjungan balas :-)

    nasi goreng kg pun dag RM8.90..hurmm...masak sendiri lah jawabnya..nak jimat duit utk balik kg hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ JM. mmg selalu singgah blog awk. sebab suka tgk citer travel dr sis! sy baru lg menulis. :D salam kenal ye. jgn lupa follow skali hehe

      haha. RM8.90.. ns grg kg buat sdri lg best kan, then dapat blk kampung! :D ahaha

      Delete
    2. dah follow tanpa di suruh heee

      Delete
    3. TQVM JM :D sudi singgah walau teratak sy masih baru hihihi..

      Delete
  2. Thanks sebab sudi singgah Pondok Buruksss SS tu... He He He...

    Nampak sodap Nasi Goreng tu...

    Salam Ramadhan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. thanks jugak sbb sudi singgah dan follow :D

      ns grg tu mmg sedap :D salam ramadhan kembali ;)

      Delete
  3. Kena try juga nie, nampak sangat sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo dok dkt dgn amcorp, leh try! mmg sedap :D

      Delete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.