Nak Jimat Jangan Balik Kampung

Tuesday, July 7, 2015


hahaha!

Nak gelak dulu sebelum tulis.

Terbaca dekat satu blog ni, memang terbaik ayat dia! :D

Alkisahnyer, orang-orang atasan sekarang memang bengap mengalahkan orang atas pokok sana tu :p

Ade ke patut, nak jimat jangan balik kampung, jimat petrol, wasting time. Katanyer.

Sedih betul dengar statement macamni. Kita ni kalau boleh, memang selalu nak balik kampung, nak jenguk mak ayah. Biar kata takda duit pun. Kalau kita balik nak jenguk mak ayah, inshaAllah rezeki makin bertambah. Dapat pahala lagi kalau buat mak ayah bahagia.

Ini tidak, disuruhnya kita jangan balik kampung, berjimat untuk time gawat macam sekarang ni.

Wahai orang atasan, korang kaji dulu apa punca ekonomi jadi teruk macam sekarang ni. Kaji apa masalah sebenar. Lepas tu, ambil tindakan secepat mungkin. Jangan biar bertambah teruk. Kalau negara dah banyak hutang tu, tolong-tolong ler bayar. Duit GST, cukai sana-sini berlambak. Tak cukup lagi dengan harga petrol naik sesajer, jap je turunnyer. Duit KWSP korang pegang. Duit felda, duit petrol, duit apa lagi. Banyak sangat income ni. Takkan nak bayar hutang tak larat kot?!

Adeh! :)]

Nota Kaki: Belajar jer tinggi-tinggi, tapi tahap kebodohan tu tak tau nak cakap tahap mana.

Ok Bai,
AkuSeorangTraveler

4 comments

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.