Laksa

Friday, July 10, 2015

Assalam,

Waa, kalau tengok balik gambar laksa ni. Memang teringatla nikmat bila makan laksa dekat Taman Jaya, PJ tu. Tau tak mana Taman Jaya ni?


Taman Jaya ni, terletak berhampiran dengan amcorp mall. Bila nak pegi amcorp mall, ada nampak tasik tak belah kiri? (Kalau dari Federal Highway la) haa, tasik tu la tasik Taman Jaya. Dekat situ ada dua gerai. Yang macam gerai lori tepi jalan tu.

Masuk parking Taman Jaya tu je, korang akan nampak dua buah gerai tu. Boleh tengok map yang aku tampal kat bawah ni;


Yang aku tandakan dengan bulat putih tu, terletaknya gerai laksa sedap! :D

Laksa yang aku makan ni, gerai kedua. Bukan yang 1st tu. Sebab aku dah try laksa dekat dua-dua gerai tu. Yang sedap, gerai pakcik tu. Gerai kedua.

Ingat, gerai lori yang kedua tau!

Harga laksa ni, RM2.50 kalau tak silap sebelum ni. Kalau tambah telur mata RM3.50. Lepas GST ni, aku tak tau berapa harga. Tapi memang sedap. Korang leh try.

Nota Kaki: Lepas jogging lepak makan laksa kat situ, memang best. Siap ada angin-angin sepoi bahasa lagikk :) hahaa

OK bai,
AkuSeorangTraveler

4 comments

  1. Replies
    1. aha. ure welcome. nice travel photog blog. sy suka! :D tahniah..

      Delete
  2. kalau tgk ma ni mmg fail sampai ke malam x jumpa hihihi....sis JM guna waze pun boleh sesat...adusss

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.mmg map tu ringkas. sape tau amcorp mall je akan tahu tmn ni. :) xpe bole slow2 waze. msti jumpa :D

      Delete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.