KRU

Thursday, July 9, 2015

Assalam,

Tetiba aku teringat zaman sekolah + study dulu-dulu. Aku fanatik dengan satu group ni, KRU. :D Peminat tegar! haha

Mesti korang tahu, siapa KRU ni kan? Tapi korang tau tak apa maksud disebalik perkataan KRU tu?

Ngaku nanti kat komen, sape yg tak tahu ek haha. :D

KRU bermaksud Kumpulan Rap Unggul.

Memang unggulkan? Sebab sampai sekarang dorang masih lagi dalam industri muzik tanahair. Hebat! Ni antara koleksi kaset yang aku ada.








CD aku tak pernah ada, maklumlah time sekolah-sekolah dulu mana mampu beli CD, mahal.

Walau time tu takde lagi GST, wakaka!

Berikut adalah sejarah diorang, aku cedok dari Wikipedia;

Ketiga-tiga adik-beradik ini mula menghasilkan muzik sendiri sejak di bangku sekolah lagi apabila salah seorang emak saudara mereka membeli keyboard mainan untuk Norman sempena hari jadinya, turut mencetus minat adik-adiknya terhadap muzik.
Ketika adik-beradik bin Abdul Halim menghabiskan waktu remaja mereka di London, mereka terdedah kepada pelbagai irama muzik Barat. Pada masa itu muzik Melayu dipenuhi lagu berentak jiwang dan rock balada. Mereka juga merupakan penyokong pasukan bola sepak Selangor, pernah menulis lagu rap bertajuk Viva Selangor untuk pasukan kegemaran mereka, disusuli oleh lagu Merah Kuning. Ketika itu mereka dikenali sebagai SRU – Selangor Rappers Unit.
Semenjak itu, Norman, Yusry dan Edry mula menulis lebih banyak lagu original. Tanpa pengetahuan mereka seorang rakan sekampus Norman menghantar demo mereka kepada syarikat rakaman EMI (Malaysia). Pengurus syarikat ketika itu, Calvin Wong, menyukainya dan memanggil adik-beradik itu untuk ujibakat. Tidak lama kemudian, pada 19 Mei 1992, lahirnya kumpulan KRU.
Kumpulan KRU merupakan kumpulan rap yang paling diminati oleh para remaja sekitar tahun 90-an. Mereka telah terlibat dalam pelbagai kontroversi tetapi mereka masih dapat bertapak dalam industri muzik Malaysia dengan kukuh hingga sekarang.

Sekian!

Nota Kaki: Banyak kaset lain yang takde dalam gambar, hilang entah kemana :)]

Ok Bai,
©AkuSeorangTraveler

2 comments

  1. peminat fanatik KRU rhoper nya..sis JM minat light2 je hiksss

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.