Denggi

Tuesday, July 28, 2015

Assalam,


Selamat pagi!

Tetiba pagi ni, nak update pasal #denggi. Sebab musim denggi jugak sekarang ni.

Tahun lepas aku pernah kena demam, #simptom denggi.

Time aku kena tu, memang tengah hot pasal demam denggi. Aku demam, then rasa-rasa sengal badan (lemah badan), sakit urat-urat mata. Aku dah mula risau. Pastu terus tanya en #google.

taip, simptom-simptom denggi.

Baca punya baca, sah aku ada simptom demam denggi. Cepat-cepat pegi klinik, doc pun cakap macamtu. Ada simptom denggi.

Apa lagi, dengan segera aku #google penawar denggi.

Terjumpa point-point ni;

1) Minum 100 Plus banyak-banyak, selagi boleh sumbat. *berbotol-botol aku beli
2) Minum air masak banyak-banyak
3) Makan sup ketam, malam tu jugak aku order sup ketam
4) Minum rebusan air pucuk betik. Punyalah pahit! =(( *Paksa minum

Cari daun pucuk betik ni, dekat kampung baru. Punyala payah nak dapat dekat KL ni, Kalau kampung memangla senang!

Pegi klinik, follow up 3 hari berturut-turut cek darah dekat Klinik Kesihatan Ampang, kalau tak silap. Padahal aku tinggal dekat Shah Alam time tu. Kenapa pegi sampai ke Klinik Kesihatan Ampang? Jauh!

Reason aku pegi dekat Klinik Kesihatan Ampang sebab situ rawatan dia cepat, dan mudah. Walau ramai orang. Terbaik. So aku buat keputusan cek kat situ memandangkan hospital lain penuh dengan kes-kes denggi ni.

Alhamdulillah, lepas buat semua yang aku cuba #google penawar denggi tu, hilang rasa lemah badan. Then lepas 2-3 hari macamtu, aku sihat dari demam. :) Syukur!

So, kepada sesape ada terkena demam dan simptom-simptom denggi tu ada. Baik cepat-cepat cuba yang aku buat tu. InshaAllah, demam denggi akan pulih. :)

Sekian,
AkuSeorangTraveler

4 comments

  1. Dulu masa kena, memang amalkan 100 plus, masa tu baru ada simpton, sejuk kejap, pans kejap, lepas tibai 100 plus dengan air masak banyak banyak, alhamdulillah settle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tujuan minum air byk2 ni supaya darah xjd pekat disebabkan denggi

      Delete
  2. rupanya kan jue...awal2 simpton lagi perlu cepat2 ambil penawar seperti di kongsi ni so x perlu minum or mkn ubat dr kan...kalau dh teruk sgt tu yg sampai admit...bagus air 100plus ni rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul :)

      aah air 100plus ni memang bagus ;) supaya bdn kita sentiasa ada air.

      Delete

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.