UpSide Down House [Rumah Terbalik]

Wednesday, June 10, 2015

Hi,

Pernah dengar rumah terbalik tak? Rumah yang terbalik. Owner dia dah terbalikkan, then buat tempat menarik untuk dilawati. kekeke.

Rumah terbalik di Sabah, atau lebih dikenali sebagai UpSide Down House ni adalah rumah terbalik pertama kat Malaysia, terletak di Tamparuli. Pernah pegi? Alhamdulillah, aku dah 2kali pegi sini. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tamparuli, takdelah jauh mana. Tak sampai sejam pun aku rasa.

UpSide Down House ni, masa mula-mula aku pegi Free. Tapi tengok luar jelah. Kalau nak masuk dalam, kena bayar. Dewasa RM10 per entry. Budak-budak 4 tahun keatas kena bayar juga, tiketnya RM5. Bawah 3 tahun, FREE!

Apa yang menarik kat sini, semua benda start dari luar rumah, sampai dalam rumah, semuanya terbalik. 1st masuk macam pening. Jakun lah katakan! wakakaka. Rasa macam kita yang terbalik. TV, Meja, Katil semua bendalah terbalik. Kita je yang tak terbalik hahaha!

Nanti nak masuk ada orang guide, dan bagi penerangan. Nak masuk dalam, kamera xboleh snap sembarangan, nanti kena sound hahahaa! Kat luar rumah takde hal kalau nak bergambar macamane sekali pun, boleh je! :)











Ni admin office, kalau terbalik jugak memang tak tahula nak cakap. haha!










Nasib baik toilet betul tak terbalik, kalau tak parah!












Dah puas bergambar, kepada sape yang suka shopping, jangan risau, ada gift shop kat belakang rumah tu. So kalau nak beli something untuk diri sendiri atau kengkawan, boleh tengok-tengok kot ada yang menarik.Cafe pun ada kalau tak silap, so kalau lapar bolehla kat makan dalam tu.



Gambar dalam gift shop ni sikit je, banyak lagi barang sebenarnya, aku malas nk shoot sebab dah pening bergambar. haha!

So, sape yang teringin nak pegi sini. Aku review sikit pasal UpSide Down House ni.
  • UpSide Down House
  • Terletak di Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli (Kalau tak jumpa, sila waze)
  • Tiket dewasa RM10, kanak-kanak 4 tahun keatas RM5. Budak 3 tahun kebawah FREE. Kalau skrg kena bayar, tak tahulah plak.
  • Dalam rumah terbalik tak boleh snap sembarangan, luar rumah lantak koranglah
  • Buka dari 8pg sehingga 10mlm

Sekian.

Aku akan tulis apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar, 
AkuSeorangTraveler

Post a Comment

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.