Sabah

Thursday, June 11, 2015

Hi gang!

Sape sini pernah pergi Sabah? Sabah ni besar, sampai sekarang aku masih belum habis pusing satu Sabah walau dah bape kali pegi. Banyak tempat menarik kat sana. Kalau list kan satu persatu, memang tak cukup kot satu page ni. ;)

Negeri Sabah ni, luas. Kalau setakat nak pegi sana jumaat, balik ahad. Memang tak puas la. At least, kena amik cuti seminggu untuk bercuti kesana. Tu pun still rasa tak puas. Banyak lagi tempat tak sempat nak pegi.

**Jadi fulltime traveler jelah senang. Takyah keje. Tapi mana nak cekau duit?! :O

Sabah, 1st tempat aku jejak ialah Kota Kinabalu. Kalau tak silap, bulan Mac 2011. Travel dengan bff. Masa ni 1st time aku travel naik flight. Kalau tak, naik bas je. Excited!

Lepak airport sebelum berlepas

Flight masa tu jam 8.45mlm, sampai sana lebih kurang 11.30mlm. Perjalan KL-KK ambil masa 2jam 30min. Hari pertama aku kat sana, just pusing-pusing KK je. Tak kemana pun. Esoknyer baru start berjalan jauh.


Muka excited 1st time naik flight


Tempat pertama bff aku bawak, ialah Kundasang. Kenapa Kundasang? Kalau sape yang dah pernah pegi tentu tau sebab apa :D Kat sana banyak tempat menarik tau! Terutama sekali, Gunung Kinabalu dan disekitarnya.

Kundasang.

Perjalanan dari KK ke Kundasang, kalau ikut Google Earth ambil masa antara 1 hingga 2 jam. Tapi kalau takde nasib, 3jam+ baru sampai disebabkan jalan berbukit, follow up pulak belakang lori. erm. Memang lambatla sampai. Sebelum sampai ke Kundasang tu, mesti tak lepas nak singgah ke Pekan Nabalu. Kat situ kita dah boleh nampak view Gunung Kinabalu yang makin hampir. Terasa dah sikit-sikit udara sejuk kat situ.
Apa yang ada di Pekan Nabalu?

Pekan Nabalu ada banyak kedai buah-buahan tempatan dan kedai souvenir/kraftangan orang tempatan. Kat situ kita dah boleh habiskan duit. wakakaka! Tak lupa jugak, kat situ view cantik boleh bergambar puas-puas.

Pekan Nabalu, dah dekat dengan Gunung Kinabalu!
Pekan Nabalu - Kundasang

Dah setel Pekan Nabalu, kitorang terus ke Kundasang. Amik masa lebih kurang sejam nak sampai. Dekat Kundasang tu, 1st sekali kitorang masuk "Kundasang War Memorial". Ada apa dalam tu? Nanti kita sambung!

Sape ada plan nak pegi Sabah, meh nak review sikit pasal Negeri Sabah dibawah Bayu ni.

1. Sabah Negeri Dibawah Bayu

2. Keluasan negeri 73,631 km², besar. Mana cukup seminggu, apatah lagi 2-3 hari :p

3. Antara destinasi yang menjadi tarikan utama pelancong adalah seperti Kolam air panas PoringTanjung Simpang Mengayau, Taman Pertanian Sabah, Taman Hutan Hujan Sandakan,Gunung KinabaluLembah DanumSungai PadasPulau SipadanPusat Pemuliharaan Orang Utan SepilokLong Pasia, Taman Pulau Penyu dan Monyet Proboscis Teluk Labuk.

Nota Kaki: Pergi Sabah, jangan lupa beli amplang. Aku paling suka amplang!

Aku akan tulis apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar,
©AkuSeorangTraveler

Post a Comment

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.