Nasi Goreng Pakpow

Tuesday, June 9, 2015

Hi,

Pernah dengar Nasi Goreng Pakpow tak? Jangan salah sebut, macam kawan aku sebut, Nasi Goreng Pak Kau. hahaa! Nasi Goreng Pakpow ni, 1st time aku dengar. Singgah restoran Dapur Kita, area Bentong Pahang haritu. Lapar giler sebab drive dah dekat 7jam dari Tanah Merah, Kelantan.

Nasi Goreng Pakpow ni, mungkin asal dari Thailand. Bukan Bentong. Sebab restoran yang aku singgah tu, restoran ala Thai. Then buka menu dia, ternampak Nasi Goreng Pakpow. Macam menarik. So aku try.

Dalam 20minit, order pun sampai. Tengok hiasan Nasi Goreng tu menarik. Tapi rasa dia, kurang menarik. Bagi aku la. Sebab nasi dia rasa macam nasi berempah. Ayam tu masak dengan tiram agaknyer. Yang telur mata comel tu, tambahan menu. Sebab telur adalah makanan faveret aku, tapi bukan telur rebus ek!


Restoran Dapur Kita ni, sedap masakan dia. Sebab dah pernah try tomyam ayam dia sebelum ni. Not bad. Kalau Nasi Goreng Pakpow ni, bagi aku tak bape sedap, tak kena dengan selera. Nak cuba boleh! Nak singgah sini, kalau dari bandar Bentong nak masuk highway ke KL, akan jumpa restoran ni belah kanan jalan. 

Nota Kaki: Nak tumpang toilet dia ada, tapi pintu dia tak boleh kunci. Sebab kawan aku dah penah masuk. haha! 

Wassalam,
AkuSeorangTraveler

Post a Comment

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.