Mount Kinabalu

Monday, June 8, 2015

Salam,

Mt Kinabalu. Gunung tertinggi di Malaysia, yg mempunyai ketinggian 4,095 m. Baru² ni kita dikejutkan dengan gempa bumi berukuran lebih kurang 5.6 skala richter. Sedih.

Alhamdulillah time aku mendaki tahun lepas, selamat naik dan turun. Syukur! Lepas gempa ni, tak tahu nak naik lagi ke tak. InshaAllah kalau diizinkan, rasa mcm naik lagi. Tapi sampai laban rata dah lah :)

Kenangan manis 18-19 jun 2014, naik ikut mesilau trail, turun ikut timpohon. Start naik jam 9pg+, sampai Laban Rata jam 6.30pm. Agak lewat. Then makan malam di Laban Rata, rehat sampai jam 2pg. Then, jam 2.30pg bertolak naik puncak. Sangat sejuk! Alhamdulillah, dapat tawan puncak dalam pukul 8pg+ sama bff dan geng² sekepala yg lain.



Ready di Kinabalu Park




Cantik kan trek Mesilau





rehat seketika di Pondok Magnolia











Puncak Seringgit



Kami


Bah, di Sayat-sayat check point






Memang cantik!










Di Puncak Kinabalu




Thank you to Awang Graseka, eh. Awang Suzaini yang arrange trip ni. My BFF, peneman dan sorg lagi kawan senior masa dekat UiTM dulu, Kak Azimah yang cantik. Enjoy the trip!

Sape belum pernah pegi, aku nak review sikit pasal Gunung Kinabalu ni.

  • Gunung Kinabalu/Mount Kinabalu, Sabah
  • Terletak di Negeri Sabah di Bawah Bayu. Lebih kurang 3jam perjalan dari Bandar Kota Kinabalu, Sabah
  • Mempunyai ketinggian 4,095m dari aras laut atau 13,435 kaki
  • Puncak tertinggi di Malaysia, dan Asia Tenggara
  • Ada dua trek, Timpohon dan Mesilau. Nak view lebih cantik ikut Mesilau tapi jauh. Timpohon banyak dengan tangga tapi dekat sikit.
  • Trek dari bawah sampai Laban Rata, tak susah. Dari Laban Rata ke Puncak, agak memerlukan kekuatan tangan dan kaki sebab nak pegang tali naik ke atas melalui lereng batu. Pakai kasut getah best, sangat grip!
  • Suhu antara 1-5 darjah celcius. Tengok keadaan. Sebab masa aku pergi sebelum ni, musim hujan, so suhu dibawah 5 darjah kat Laban Rata.

Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu:
  • Puncak Low (Low's Peak; 4095.2 m)
  • Puncak St. John (St. John's Peak; 4090.7 m)
  • Puncak Oyayubi Iwu/Puncak Victoria (Oyayubi Iwu Peak; 3975.8 m)
  • Puncak Kakak Buruk (Ugly Sister Peak)
  • Puncak Raja Edward (King Edward Peak)
  • Puncak Telinga Keldai (Donkey Ears Peak)
  • Puncak Tunku Abdul Rahman (Tunku Abdul Rahman Peak)
Selamat Maju Jaya pada yang baru nak pegi. Tapi buat masa sekarang ni, Gunung Kinabalu ditutup akibat gempa yang berlaku pada minggu lepas 5 June 2015.

Nota Kaki: Back to nature itu indah!

Wassalam,
AkuSeorangTraveler

Post a Comment

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.