Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Friday, June 19, 2015

Masjid Bandaraya ni, kalau kita dari Bandar Kota Kinabalu, perjalanan nak menghala ke One Borneo Sabah, kita akan nampak masjid ni belah kanan. Lebih kurang 6km dari bandar KK.

Cantik kalo kita tengok dari jauh, seolah-olah masjid ni dibina terapung diatas tasik.

Aku singgah sini, kalau masa suntuk untuk tunaikan solat asar atau maghrib. Takut tak sempat nak solat kalau bergerak terus ke rumah bff aku di Taman Flamingo, Menggatal dari bandar Kota Kinabalu. Petang-petang kalau weekdays memang jammed. Mungkin sebab itu adalah jalan utama penduduk disitu, untuk bergerak dari arah bandar Kota Kinabalu ke UMS (Universiti Malaysia Sabah), Pejabat Pendafataran Negara, One Bornea dsb dan sebaliknya. Semua satu jalan. 

Ada sekali tu, aku singgah nak solat maghrib. 

Di Sabah, maghrib awal dalam jam 6.30ptg. 

Kebetulan aku travel masa tu, bawak kamera DSLR dan ada tripod sekali dalam kereta. Sebelum masuk masjid aku ambil peluang untuk shoot suasana petang disitu. Main slow shutter supaya air ditepi masjid tu, nampak gebu macam kapas. SubhanAllah sangat cantik!


Snap guna handphone

Gambar yang ni dan seterusnya guna DSLR



Review;
  • Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah
  • Masjid utama yang kedua selepas Masjid Negeri di Sembulan
  • Terletak di persisiran pantai, dan tengah-tengah para jemaah dari kawasan perkampungan Likas, Yayasan Sabah, UMS (Universiti Malaysia Sabah) dan lain-lain.
  • Bilangan kubah 1 dan menara ada 4
  • Keluasan lebih kurang 15 ekar
  • Kos pembinaan MYR30 Juta
  • Kapasiti dalam saja 6,000 orang, luar dan dalam anggaran kapasiti dalam 12,000 orang
  • Jarak dari KK Waterfront ke Masjid Bandaraya lebih kurang 6.13km

Nak jalan kaki boleh, tapi agak semput jugakla.

Sekian.

Nota Kaki: Solat lah walau dimana jua kita berada.

Aku akan tulis apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar,
©AkuSeorangTraveler

Post a Comment

Latest Instagrams

© Aku Seorang Traveler. Design by Fearne.